Tak dapat nak dinafikan, Milford Sound memang wajib masuk dalam itinerary road trip New Zealand anda. Ia mungkin boleh dikatakan sentiasa padat dengan pelancong, tetapi ada satu sebab kenapa. Pemandangan di sini sangat unik dan breathtaking!

Walaupun tempat ini dikomersialkan untuk pelancongan, masih susah untuk dapatkan phone coverage, dan even kedai untuk tourist atau McDonalds pun tiada di sini. Sejujurnya, lebih baik dikekalkan begitu kot, kan? Tak adalah tempat ini tercemar dengan pembangunan semata-mata untuk pelancong. Tak ada semua benda tu pun, pelancong tetap ramai yang datang.

*Baca juga: Panduan Untuk Traveller Muslim ke New Zealand.

1. Milford Sound bukan bunyi!

Nak tau tak kenapa ia disebut sound? Dalam geografi, sound adalah sebuah bahagian laut yang manganjur masuk ke darat tetapi lebih besar daripada teluk dan lebih lebar daripada fjord. Sound terletak selari dengan garis pantai dan kebiasaannya memisahkan pantai dari pulau.

2. Namanya diambil daripada nama salah satu tempat di Wales!

Yes, betul tu! Ada Milford Haven di Wales. Tapi Milford Sound lagi cantik lah. Hehe.

Obviously, orang-orang Maori – iaitu orang-orang asli New Zealand telah lama tahu tentang tempat ini, lebih awal daripada peneroka Eropah. Mereka juga telah menamakan tempat ini ‘Piopiotahi’, bersempena dengan nama burung piopio yang dahulunya lazim didapati di New Zealand, tetapi malangnya kini sudah pupus.

3. Milford Sound sangat kerap menerima hujan.

Mengikut purata tahunan mereka, Milford Sound menerima hujan selama 183.9 hari daripada keseluruhan 365 hari dalam setahun! Ia juga merupakan salah satu tempat yang paling lembap di bumi dengan 6,412 mm air hujan secara purata dalam setahun. Tetapi lebih banyak hujan turun, lebih banyaklah air terjun, so embrace it.

4. Milford Sound adalah destinasi pelancongan yang sibuk!

Milford Sound menerima lebih daripada satu juta pengunjung pada setiap tahun. Ini bermakna, secara purata, mereka menerima lebih daripada 2,740 orang sehari! Ia bukan sahaja merupakan tarikan yang paling banyak dikunjungi di New Zealand, malah juga merupakan tempat yang paling banyak dikunjungi di keseluruhan Oceania!

Nota tambahan: Kurang daripada 1% orang yang datang ke sini end up tinggal di sini lebih daripada satu hari. Kalau anda nak consider jadi salah seorang daripada 1% itu pun okay juga. Sunset dan sunrise di sini boleh tahan cantik juga!

5. Air boleh mengalir ke atas di Milford Sound!

Selepas hujan yang lebat dan pada hari-hari yang anginnya kuat, air terjun yang mengalir dari atas gunung-gunung di sini dikatakan tertiup ke atas oleh angin kuat yang disebabkan oleh bentuk teluk tersebut (teluk, fjord, sound tak kisahlah mana-mana. Air terjun ke atas, gais!).

6. Salah satu ikon di New Zealand, Mitre Peak, bukan sekadar rupa!

Oleh kerana rupanya dikatakan hampir serupa dengan topi yang dipakai oleh bishop Kristian (dipanggil ‘mitre hat’ di dalam bahasa Inggeris), Mitre Peak yang ikonik ini telah dinamakan bersempena dengan nama topi tersebut oleh Captain John Lord Stokes. Nama yang diberikan oleh orang Maori pula adalah Rahotu. Dengan ketinggian 1,690 m dari paras laut, ia sememangnya adalah salah satu pemandangan yang paling fotogenik di New Zealand.

7. Milford Sound sangat kaya dengan hidupan liar!

Tak mustahil untuk anda spot anjing laut, penguin, ikan lumba-lumba, dan juga even ikan paus di sini! Ia juga agak biasa untuk tingkap kereta anda diketuk oleh Kea, iaitu burung nuri alpine yang terkenal di New Zealand.

Milford Sound sememangnya adalah keajaiban dunia yang ke-8! Satu tempat ini je pun dah simpan macam-macam perkara menarik. Apa lagi keseluruhan New Zealand?

new zealand


Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber asal: In A Faraway Land.