Musim panas adalah antara musim yang paling meriah sekali bagi pelancong. Matahari, warm weather, dan juga kafe-kafe rooftop. Tapi ini juga bermaksud pelancong yang ramai, terik matahari, dan juga public transport yang penuh dengan orang. Meriah memang meriah, tetapi kalau boleh, nak jugalah lari daripada keserabutan kota di tengah-tengah musim panas yang ramai orang, kan? Oleh sebab itu, ini dia beberapa destinasi di Bosnia & Herzegovina yang anda boleh kunjungi untuk escape kesesakan semasa summer gateway anda.

*Baca juga: 11 Sebab Untuk Anda Jatuh Cinta Dengan Balkan!

1. Borocka Lake

Boracko Lake adalah destinasi camping dan swimming yang popular pada musim panas. Ia terletak kira-kira hanya 20 km sahaja dari bandar Konjic, di pergunungan Prenj. Tasik ini merupakan salah satu landmark yang paling cantik di Bosnia & Herzegovina dan semestinya berbaloi untuk dikunjungi semasa musim panas.

2. Bihac

Bihac adalah sebuah bandar yang terletak di sebelah barat laut Bosnia & Herzegovina. Ada sebuah sungai yang lalu di bandar ini, iaitu sungai Una, dan ia bukan mengeluarkan suasana nyaman dan sejuk, malah anda juga boleh berkayak di sungai ini. Setiap tahun, ketika musim panas, mereka akan mengadakan festival kayak di sini. Tapi Bihac bukan setakat itu sahaja. Bihac menawarkan banyak lagi untuk diterokai dan dilihat, lebih-lebih lagi pada musim panas, kerana musim sejuknya boleh dikatakan agak brutal di sini.

3. Blagaj

Bandar Blagaj merupakan sebuah bandar yang kecil, hanya beberapa batu dari selatan Mostar. Bandar ini terletak di sungai Buna. Ia adalah salah satu tempat yang pasti akan membuatkan anda terpukau sebaik sahaja melihatnya, daripada telaga sungai sehinggalah ke restoran dan kafe-kafe yang ada membuatkan tempat ini sangat tenang untuk bersantai.

4. Jablanica Lake

Tasik ini boleh dikatakan sebagai satu sumber yang sangat penting di sini. Tasik ini bersempadan dengan banyak penempatan dan juga digunakan untuk beberapa tujuan. Tasik ini digunakan untuk menjana kuasa elektrik, serta juga berfungsi sebagai salah satu summer destination yang paling top untuk memancing, bermandi-manda dan berenag, serta sukan air dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain. Antara penempatan yang dikenali di sini termasuklah Ostrozac, yang menjadi tuan rumah di garisan permulaan rowing marathon tahunan mereka, dan juga Donje Paprasko, lokasi pantai awam dan juga tuan rumah untuk garisan penamat marathon tersebut.

5. Nature Park Blidinje

Saki baki daripada perkubutan Illyrian dan juga jalan daripada zaman Rom jelas menunjukkan bahawa Blidinje telah terbina sejak sekurang-kurangnya 2,500 tahun yang lalu lagi. Kewujudan nekropolis besar di Dugo Polje menunjukkan bahawa orang-orang Slavik yang datang pada abad ke-7 juga menjadikan kawasan ini sebagai penempatan mereka. Blidinje Nature Park ini terletak di kawasan lembah. Pada musim sejuk, anda juga boleh try ski di pusat ski di sini, ataupun buat road trip ke kawasan pergunungannya.

6. Neum

Senarai ini tak akan complete kalau tak include pitstop di tepi pantai. Pantai Bosnia & Herzegovina hanyalah sepanjang 20 km dan satu-satunya bandar yang terletak di pantai ini adalah Neum, menjadikannya satu-satunya akses negara tersebut kepada Lautan Adriatik. Dan yang pastinya, memang berbaloi untuk singgah di sini. Plus, makanan laut yang sedap-sedap juga ada dijual di sini.

7. Kravice Waterfalls

Air terjun yang setinggi 25 meter ini terletak di sungai Trebizat. Ianya terletak kira-kira 10 km dari selatan bandar Ljubuski dan 40 km dari selatan Mostar. Kawasan di sekitar Kravice Waterfalls ini juga ada terdapat kafe comel, rope swing, kawasan untuk berkelah dan juga tempat untuk berkhemah.

8. Lukomir

Lukomir merupakan sebuah perkampungan lama yang terletak tinggi di pergunungan Bjelasnica. Apa salahnya lari kejap ke kawasan tinggi sehingga 1, 495 kaki, kan? Tapi jangan tertipu dengan altitudnya sebab musim panas di sini boleh dikatakan agak warm juga. Tapi berbaloi sebab Lukomir menawarkan pemandangan yang sangat indah dan authentic ke masa lalu.

As you drive along the mountain roads you can’t help but wonder how people can survive in the harshest conditions.

Pemandangan musim panas dan musim luruh di sini memang cantik, tetapi sebaik sahaja awan musim sejuk datang dan salji mula turun, jalan-jalan semua akan terputus kerana dilitupi salji sehinggalah musim bunga tiba.

9. Jajce

Sangat perfect semasa musim panas kerana anda boleh escape daripada orang ramai dan pergi ke belah utara di mana musim panasnya tidak begitu sibuk. Jajce mempunyai kubu yang telah dibina pada abad ke-14. Kebanyakan pelancong terlepas pandang tempat ini disebabkan kerana ianya terletak agak jauh daripada mana-mana tempat pelancongan yang lain. Tetapi apa-apa pun, anda pasti akan terpukau dengan tempat ini.

bosnia