Dengan pelbagai bentuk dan warna, cahaya aurora, ataupun lebih dikenali sebagai ‘northern/southern lights’, kelihatan seperti magik pada langit malam yang cerah. Namun begitu, walaupun tidak mustahil, bukan senang ya untuk capture pemandangan indah ini. Disebabkan aurora ini hanya muncul selepas matahari terbenam, kekurangan cahaya menjadikan ianya susah untuk merakam gambar, dan kemungkinan besar ianya agak mustahil untuk menggunakan automatic camera setting.

aurora

*Baca juga: 10 Sebab Anda Kena Pergi Ke Lofoten Islands, Norway.

Untuk memudahkan anda, ini dia beberapa tips atau panduan tentang bagaimana untuk menggunakan kamera manual anda untuk mengambil gambar-gambar Aurora Borealis. Semoga membantu!

1. Bateri

Bateri sangat sensitif dengan suhu yang sejuk dan boleh hilang power kalau terdedah pada suhu sejuk terlalu lama. Jadi, ianya sangat penting untuk anda caj bateri anda penuh-penuh, dah jangan lupa untuk bawa bateri extra sekali, kalau ada.

2. Memory card

Pastikan memory card anda mempunyai space yang secukupnya. Apabila anda shoot aurora, ia mungkin akan mengambil sedikit masa dan mungkin juga anda perlu shoot banyak kali sebelum anda jumpa dengan setting kamera yang sesuai dan betul. Apabila setting kamera dah okay, barulah akan dapat hasil yang memuaskan.

3. Manual Recording Mode

Untuk membolehkan anda memilih setting kamera anda sendiri, anda perlu on-kan manual recording mode. Dengan cara ini sahaja anda boleh adjust setting kamera anda dan menyesuaikannya untuk shoot cahaya aurora. Dan jangan lupa juga untuk on-kan manual focus dan tutup flash.

4. Raw format.

Untuk dapatkan hasil yang terbaik apabila anda ingin edit gambar-gambar anda selepas sesi photo-shoot aurora anda, pastikan anda sentiasa cuba untuk shoot dengan menggunakan RAW format.

5. ISO

ISO yang paling ideal untuk capture cahaya aurora adalah 400. Namun begitu, semuanya bergantung kepada berapa banyak cahaya (extra lights) yang anda perlukan dan bagaimana ISO akan memberi kesan kepada setting kamera yang lain, seperti shutter speed dan aperture. Semakin tinggi ISO, semakin banyaklah cahaya yang akan masuk. Tapi perlu diingatkan, gambar akan jadi lebih grainy (berbintik-bintik) dengan ISO yang lebih tinggi.

6. White balance

Pastikan white balance anda setkan pada “Daylight” supaya cahaya di dalam gambar tidak terlalu kuning atau biru.

7. Shutter speed

Mulakan dengan setkan shutter speed anda pada 4 saat dan lihat bagaimana gambar yang terhasil dan kemudian, naikkan kalau perlu. Kebiasaannya ia berubah-ubah antara 4-30 saat bergantung kepada ISO dan aperture.

8. Aperture

Untuk mengambil gambar dalam keadaan yang gelap, lagi better kalau anda menggunakan lens yang lebih wide. Oleh itu, f-stop perlulah serendah yang mungkin, seperti daripada f/2.8 hingga f/5.8.

9. Steady je..

Dengan setting kamera sebegini, anda kena pastikan yang anda boleh steady semasa anda sedang menangkap gambar-gambar cahaya aurora tersebut. Seelok-eloknya, gunakan tripod.

10. Dan akhir sekali…

Dapat melihat aurora dengan mata anda sendiri adalah satu pengalaman yang sangat indah dan boleh dikatakan sebagai once in a lifetime experience lah untuk kita yang duduk di bumi khatulistiwa. Jadi, jangan risau kalau anda tak jumpa setting yang betul untuk merakamkan aurora di dalam gambar ataupun gambar anda tak seperti yang anda inginkan. Just enjoy the moment dan nikmatilah pemandangan menakjubkan di depan mata anda itu. Tak ada apa yang dapat menggantikan memori anda.