Kalau anda pergi ke Norway dan anda dapati anda berada di bandar selama beberapa hari, curi masa sedikit (banyak pun takpe) untuk keluar daripada kawasan bandar dan pergilah experience keajaiban semula jadi negara ini yang tidak terhitung banyaknya. Keajaiban alam semula jadi Norway boleh dikatakan sebagai bahagian yang paling best sekali tentang negara ini yang pasti akan membuatkan anda jatuh cinta head over hills dengannya dan seterusnya membuatkan anda desperate untuk travel ke sana berkali-kali!

Salah satu tempat di Norway yang cukup popular dalam kalangan travellers adalah Lofoten Islands. Lofoten adalah sekumpulan pulau yang terletak di bahagian utara Norway dan sangat terkenal dengan pemandangan yang lain daripada yang lain. Dengan perkampungan comel nelayan di fjord menghiasi pantainya yang sangat indah dengan puncak-puncak gunung yang ‘tumbuh’ naik dari lautan, kepulauan ini sering digambarkan sebagai salah satu bahagian yang paling cantik sekali di Norway!

Baca artikel ini sampai habis dan anda akan lihat kenapa anda perlu mengunjungi Lofoten Islands ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup..

1. Pemandangan matahari terbenamnya yang… indescribable~


2. Rumah-rumahnya yang comel.


3. Aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di sini (fjordswhale-watching, scuba diving dan banyak lagi!)

*Baca juga: Ini Dia 8 Fjord Yang Anda Wajib Kunjungi di Norway!


4. Puncak-puncak gunung yang tersergam indah.


5. Dimana-mana sahaja anda mendaki, anda pasti akan direward dengan pemandangan yang awesome!


6. Mencuba Norwegian stockfish atau ikan kering. Ia adalah satu tradisi selama lebih daripada 1,000 tahun. Kena cuba!


7. Mungkin anda juga boleh cuba untuk menangkapnya juga?


8. Okay, ini sebab yang paling besar sekali – aurora borealis!


9. Hari musim panasnya yang panjang dan chance untuk menyaksikan midnight sun!


10. Musim sejuk Lofoten yang dramatik dan sangat picture-perfect!

norway

So, macam mana? Terpegun tak? Lofoten memang sangat cantik dan semestinya antara tempat yang akan buat anda excited apabila anda mengunjungi Norway!