Ramai yang membayangkan bahawa musim panas, cuaca dan suhunya panas terik dan kering macam di padang pasir. Mungkin ada sesetengah tempat di dunia seperti itu, tetapi tidak semua. Dan antara kawasan yang mempunyai cuaca dan suhu yang just nice je semasa musim panas adalah negara-negara Balkan. Contohnya seperti di Bosnia, suhu musim panasnya adalah agak rendah dengan purata suhu 19°C je.

Oleh sebab itu, kami dah sediakan senarai 8 tempat paling popular di Semenanjung Balkan yang sememangnya wajib dan berbaloi untuk dikunjungi. Jom tengok! Selepas itu, bolehlah start planning trip anda. Enjoy!

Plitvice Lakes – Croatia

Taman ini mempunyai koleksi air terjun, tasik, hutan dan juga pelbagai jenis haiwan atau hidupan liar. Tasik ini terkenal dengan warnanya yang tersendiri, daripada warna biru langit hinggalah ke warna hijau, kelabu dan biru turquoise. Warna air tasik ini berubah-ubah bergantung kepada kuantiti mineral ataupun organisma di dalam air dan juga sudut cahaya matahari yang terpancar ke permukaannya. 16 buah tasik yang terbentuk oleh empangan semula jadi travertin dipisahkan menjadi beberapa tasik bawah dan atas. Tasik-tasik Plitvice diiktirafkan sebagai monumen semulajadi untuk manfaat dan kesenangan rakyat mereka sekarang dan juga untuk generasi akan datang.

Sv. Jovan Kaneo, Ohrid Lake, Macedonia

Tasik Ohrid terletak di lembah antara Ohrid dan Struda, di wilayah sempadan antara Macedonia dan Albania, serta merupakan tasik ke-7 yang paling dalam di Eropah. Sebahagian besar air tasik Ohrid berasal daripada pelbagai mata air, permukaan dan  bawah tanah. Disebabkan inilah ramai para penyelidik yang menganggap bahawa tasik ini sangat unik di dunia. Kebanyakan mata air terletak di sepanjang pantai selatan, berhampiran biara Saint Naum di sebelah Macedonia, dan berhampiran dengan desa-desa Tusemiste dan Starovo, dan bandar Pogradec di Albania. Tasik Ohrid adalah destinasi pelancongan nombor satu di Macedonia, menjadikan Ohrid dan Struga antara bandar yang paling banyak dikunjungi.

Nesebar, Bulgaria

Nesebar adalah salah satu bandar yang paling tua di Bulgaria. Bandar ini, yang terletak di semenanjung di laut, terdiri daripada dua bahagian ang dihubungkan oleh sebuah tanah genting (atau isthmus). Kawasan lama dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama dan gereja-gereja megah. Di pintu masuk ke bahagian lama Nesebar terdapat sisa-sisa tembok lama. Pada tahun 1983, monumen kebudayaan Nesebar telah disenaraikan dalam warisan budaya dunia UNESCO. Sejak kira-kira sepuluh tahun, resort di sana telah bertukar menjadi sebuah bandar Eropah moden dengan hotel-hotel yang menarik, menawarkan keadaan yang sangat baik untuk pengunjungnya. Pantainya bersih dengan pasir yang cantik. Kalau anda peminat aktiviti air, anda boleh pergi berenang, memancing atau menyelam di sini.

Sveti Stefan, Montenegro

Montenegro adalah salah satu negara di Balkan, di Lautan Adriatik, dan sangat dikenali sebagai permata Balkan. Di Adriatik berdekatan degan Budva, terdapat sebuah resort Sveti Stefan yang merangkumi sebuah pulau seluas tiga ekar dengan bilik-bilik style kotej abad ke-15.

Devil’s Town, Serbia

Devils Town adalah monumen semulajadi di selatan Serbia, yang dikenali ramai sebagai salah satu keajaiban dunia semulajadi. Ia terletak di bahagian paling selatan Serbia, 27 km dari bandar Kursumlija, di lereng Mt Radan, yang mempunyai sejumlah besar mata air mineral dan terma. Oleh kerana kepekatan mineral yang tinggi, seluruh tiada tumbuhan pun yang tumbuh di kawasan ini. Tanah di sana mudah terhakis dan menghasilkan pelbagai bentuk landskap. Devil’s Town terdiri daripada 202 bentuk fizikal muka bumi, dua meter tinggi.

Postojna Cave, Slovenia

Merupakan gua terbesar di rantau karst dan juga salah satu gua yang paling banyak dikunjungi di Eropah, tiada perkataan yang sepadan untuk describe kemegahan Postojna Cave ini. Setakat ini sahaja, lebih daripada 20 km galeri telah ditemui, dimana kebanyakan daripadanya belum lagi dibuka untuk orang awam. Terbentuk sejak berjuta-juta tahun yang lalu oleh sungai Pivka, gua ini telah dijumpai pada abad ke-13. Namun begitu, gua ini hanya betul-betul diterokai kira-kira sekita awal 1800-an sahaja. Antara highlight di gua tersebut termasuklah stalaktit dan stalagmit yang besar dan juga concert hallnya yang boleh memuatkan sehingga 10,000 orang! Suhu di dalam gua ini agak rendah sehingga mencecah 10°C. So, kalau anda bercadang untuk melawat gua ini, jangan lupa bawa sweater atau jumper. Selain itu, gua ini juga merupakan rumah kepada spesis salamander putih. Kalau bernasib baik, dapatlah lihat haiwan ini muncul di dalam air ketika anda meneroka gua ini. Walaupun haiwan ini buta, tetapi ia sangat sensitif terhadap cahaya flash. Jadi kalau anda terserempak dengannya, jangan ambil sebarang fotografi.

Meteora, Greece

Meteora adalah sebuah kawasan di Thessaly (Greece Tengah) dan Kalampaka adalah sebuah bandar yang terletak di bawah menara batu (rock towers) Meteora. Apa yang menjadikan Meteora ini special adalah biara yang terletak di bahagian atas menara batu tersebut. Biara-biara yang tersergam indah, jalan-jalan serta puncak-puncak untuk didaki telah membawa ramai pelancong asing ke Meteora pada setiap tahun.

Dubrovnik, Croatia

Dubrovnik merupakan sebuah bandar lama di Lautan Adriatik di pantai Croatia. Ia adalah salah satu kawasan resort pelancongan yang paling terkenal di sekitar kawasan Mediterranean.balkan

Baca juga: 10 Tips Backpacking Overland di Balkan


Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber asal: topDreamer