Ketika musim luruh, apabila daun-daun kuning, merah, dan coklat mula memunculkan diri di Gunung Hallasan (Hallasan Mountain) dan padang rumput pampas berwarna perang dapat dilihat di keseluruhan pulau, suasana di Jeju juga mula berubah. Angin membawa bunyi ‘kering’ ketika ia bergerak melalui pandang rumput pampas, daun-daun kering yang gugur kedengaran crunchy apabila dipijak, dan juga deruan ombak yang sentiasa memukul pantai dengan tiupan angin laut yang sejuk seolah-olah adalah alunan muzik di Jeju pada musim luruh.

Hado-ri, Beophwan Port, Ojo-ri

Untuk memastikan mereka dapat meneruskan hidup dan terus survive, para wanita di Jeju, secara paradoksnya, ‘kena berhenti bernafas’. Mencari rezeki di bawah permukaan lautan selama beberapa minit dalam satu masa dengan hanya berbekalkan udara yang disedut dan ditahan sebelum masuk ke dalam air, haenyeo (atau “wanita laut”) muncul dari bawah ombak dengan membawa hasil tangkapan mereka. Di sekeliling pulau ini, hanyeo bekerja keras menggunakan teknik menyelam tradisional mereka, daripada menggunakan peralatan moden. Mereka sangat menitikberatkan dan bersikap berhati-hati untuk sentiasa mengekalkan kuota produk lautan yang sustainable dan mesra alam. Boleh dikatakan, mereka inilah yang menjaga laut Jeju, lebih-lebih lagi di Hado-ri, Beophwan Port, Hallim dan Ojo-ri, antara kampung-kampung nelayan dan juga pelabuhan di sekitar pulau Jeju.

Pada tahun ini, haenyeo meraikan ulang tahun pertama mereka sebagai UNESCO Intangible Cultural Heritage of Humanity. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang penyelam wanita Jeju ini, bolehlah berkunjung ke Jeju Haenyeo Museum di Sehwa Village.

Saengyigijeong

Pulau Jeju juga terkenal dengan tiupan anginnya yang seolah-olah tak pernah berhento. Dalam bahasa dialek Jeju, nama “Saengyigijeong” mempunyai asal-usul yang menarik, di mana “saengyi” bermaksud burung dan “gijeong” bermaksud tebing. Persisiran pantai gunung berapi ini adalah di mana anda boleh mendengar burung bernyanyi-nyanyi, bunyi deruan ombak menghempas tebing dan daratan, dan juga bunyi rumput pampas dan dedaun kering yang ditiup oleh angin mengikut kekuatan dan arah angin tersebut.

Di belakangnya, keindahan pemandangan Pulau Chagwido dan Wando bergabung dengan keindahan bunyi-bunyi musim luruh ini. Ini adalah antara the best spot untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di pulau ini. Jeju Olle Trail No 12 adalah sebuah laluan sepanjang kira-kira 1.5km sepanjang Seangyigijeong dari Dangsanbong ke Pelabuhan Yongsuri.

Naedo Aljakji, Gaetkkak Jusangjeolli

Bergantung pada usia kesan daripada aktiviti gunung berapi, serta arus air dan angin laut di situ, persisiran pantai Jeju terbentuk dengan pelbagai ‘cara’ yang berbeza. Di Pantai Mongdol, Jeju, kesan daripada hakisan ombak telah menyebabkan batu-batu di kawasan itu menjadi batuan-batuan kecil dari pelbagai saiz.

Oedo pula tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, dan sangat mudah untuk dikunjungi oleh travellers. Di sebelah selatan pula terletaknya Gaetkkak Jusangjeolli, iaitu sebuah gerbang terbing batu sepanjang 1.75km di Sangye-dong, Seogwipo. Anda tak boleh terlepas peluang untuk mengunjungi tempat ini sebab memang sangat cantik! Tapi hati-hati kerana kawasan ini dengan pukulan ombaknya kadang-kadang boleh jadi berbahaya.

Sewa basikal di Jeju.

Kalau anda bercadang untuk ambil bicycle tour disepanjang jalan persisiran pantai pulau ini, anda akan dapati bahawa bunyi angin akan sentiasa bernyanyi-nyanyi di telinga anda. Haha. Musim luruh adalah antara waktu yang paling best untuk berbasikal di Jeju, dimana anda boleh menikmati pemandangan laut dengan warna perang daun-daun di tepiannya, kehidupan burung-burung akuatik, dan cuacanya akan menjadikan aktiviti berbasikal dan aktiviti outdoor anda terasa lebih nyaman dan aman damai je. Terdapat banyak kedai-kedai basikal yang menawarkan servis sewa basikal di sekitar Jeju.

Ttarabi Oreum

Sebab mengapa bukit berbentuk kon ini dikenali sebagai “the queen of Jeju oreum” adalah kerana bentuk dan pemandangnya mengeluarkan aura royalty. Ketika musim luruh, warna rumput pampas di Ttarabi akan bertukar menjadi warna coklat keemasan yang sangat lawa. Rumput-rumput ini seolah-olah melambai-lambai dan bersorak menyaksikan perarakan diraja. Keindahan dan kelimpahan alam semulajadi di Ttarabi sangat terpelihara seperti raja.

Ttarabi mempunyai bentuk seakan-akan ladam kuda dan terdiri daripada tiga buah kawah dan 6 buah puncak, besar dan kecil, yang bersambung antara satu sama lain. Kawasan ini lebat dengan rumput dan pokok-pokok dimana ia mungkin akan memakan masa sekurang-kurangnya satu jam untuk anda berjalan berjalan mengelilinginya.

Seonrimsa Temple, Cheonwangsa Temple

Terletak di pintu masuk Halla Arboretum, Seonrimsa Temple terkenal dengan scenerynya yang menenangkan dan juga dengan bunga teratai merahnya. Sementara itu, di Cheonwangsa Temple pula yang terletak di selatan Bandar Jeju, ada terdapat pohon cedar dan phon cemara tumbuh di kaki gunung Hallasan. Ia terletak di lembah yang agak tersembunyi dengan pemandangan yang sangat menakjubkan berhampiran dengan laluan gunung Eoseungsaengak. Dullegil Eco-trail di Gunung Hallasan juga adalah tempat yang sunyi, dan aman damai untuk bersiar-siar dan menikmati suasana musim luruh di Jeju.

Hallasan Mountain Gwaneumsa Course

Kalau anda nak tahu, Gunung Hallasan adalah antara tempat yang paling last di Korea yang menyambut kedatangan warna-warna musim luruh. Ini kerana daun-daun di sini hanya berubah warna apabila suhu turun, dan iklim di Jeju adalah lebih warm daripada di tanah besar Korea. Biasanya, kalau ikut perkiraan, waktu puncak musim luruh di Jeju adalah sekitar hujung bulan Oktober sehingga pertengahan November. di mana anda akan melihat daun mapel berwarna kuning, merah dan juga coklat.

Kalau anda berminat untuk mendaki Gunung Hallasan semasa daun mulai bertukar warna, course yang paling recommended adalah 8.7km Gwanemsa Trail. Di sini anda akan dapat melihat keindahan alam semulajadi Jeju yang sangat cantik. Di Tamna Valley, Yongjingak Suspension Bridge akan membawa anda seakan-akan berjalan betul-betul “into the heart of these autumnal colors”. Walau bagaimanapun, trail ini kurang sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia hiking kerana ia akan mengambil masa kira-kira 9 jam untuk satu roundtrip. Dan disebabkan cuaca dan suhu di sana agak unpredictable, pastikan anda bawa sarung tangan, lapisan tambahan dan juga kot dan kasut boots yang bersesuaian. Anda boleh semak peraturan dan masa yang dibolehkan untuk mendaki di laman web Hallasan National Park.

Dawn fish markets.

Pada waktu awal pagi, semasa orang lain sedang tidur, ada sesetengah penduduk Jeju akan berkumpul di pasar-pasar di tepi laut dan mmenghidupkan suasana pagi. Ini adalah antara pemandangan yang paling energetic yang anda akan pernah lihat dimana para nelayan, vendor, pelelong, dan juga pembeli kesemuanya bersungguh-sungguh untuk ‘menekspresikan’ diri mereka.

Kalau anda ingin experience sendiri benda ini, set alarm awal pagi dan terus pergi ke mana-mana pasar yang berhampiran sebelum 6 pagi. Ini termasuklah pasar-pasar ikan seperti di Bandar Jeju, Hallim, Seongsan dan Seogwipo, di mana pelanggan boleh dapatkan fresh seafood dengan harga yang sangat kompetitif. Tapi kalau cuacanya kurang baik, bot-bot nelayan mungkin tidak akan keluar ke laut pagi itu dan pasar-pasar juga tidak akan dibuka.

Tangerine experience programs & teh sitrus

Kalau anda ingin merasai pengalaman memetik buah tangerin, bulan November adalah waktu yang terbaik kerana waktu ini buah-buah ini sudah mulai masak. Macam di Cameron Highlands dengan strawberinya, ada banyak kebun atau ladang di seluruh Pulau Jeju yang menawarkan program memetik buah tangerin ini. Kalau anda teringin nak buat aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan buah tangerin seperti membuat kek, tart dan sebagainya, anda bolehlah tengok-tengok di sini.

Kalau anda tak sempat nak buat semua itu, apa kata anda enjoy teh sitrus panas yang kaya dengan vitamin C? Kebanyakan kafe-kafe di Jeju pasti ada menyediakan pelbagai teh tempatan di dalam menu mereka.

jeju

Baca juga: Satu-satunya Itinerary 5H4M Untuk Mencari Seoulmate Anda di Seoul.


Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber asal: Visit Jeju

Kalau anda tahu mana-mana lagi tempat yang best-best di Jeju atau di mana-mana sekitar Korea Selatan, jangan lupa kongsikan dengan kami dengan meninggalkan komen anda di bawah! ^^

By the way, TMPL ada buka trip baru, iaitu Trip Autumn in Jeju 2018! Jom join kami! Kalau nak tau lebih lanjut boleh tinggalkan komen anda di bawah 🙂