Sama ada anda terbang untuk business atau untuk melancong, anda tak boleh biarkan jet lag memakan masa berharga anda daripada trip. Cukuplah menghabiskan masa yang panjang di airport sebelum penerbangan. Ini ada beberapa cara untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya mengurangkan jet lag.

Elakkan jet lag dan manfaatkan sepenuhnya trip travel anda.

Tak payah travel jauh-jauh sehingga ke US untuk kena jet lag. Travel dekat-dekat pun kadang-kadang boleh jet lag sebab perbezaan waktu siang dan malam. Anda mungkin tak dapat completely elakkan jet lag, tapi anda boleh je mengurangkan kesannya. Berikut adalah antara cara-caranya.

Elakkan kafein.

Mungkin anda sudah terbiasa meminum kopi sementara menunggu flight, mahupun ketika penerbangan, tetapi anda akan lebih senang adapt kalau anda elakkan minuman berkafein semasa dalam perjalanan. Apabila anda tiba di destinasi anda, sebolahnya elakkan juga kafein, terutamannya pada hari pertama. Walaupun nampak tempting, lebih-lebih bila nampak kafe-kafe hipster yang comel-comel, cuba elakkan untuk sehari dua kerana ia boleh mengganggu tidur anda, lebih-lebih lagi pada malam pertama anda di time zone baru.

Recharge diri dengan tidur.

Sekiranya anda tiba di destinasi anda pada waktu pagi atau tengah hari, settle down dulu di hostel anda dan kemudian dapatkan tidur sebentar, sekurang-kurangnya 30 minit. Tidur atau rehat sebentar selepas tiba membantu untuk mencerdaskan dan mencergaskan kembali tubuh badan – tetapi jangan terlebih tidur pula sebab anda mungkin akan menghadapi masalah susah tidur pula pada malam nanti.

Berjalan kaki.

Selepas tidur tu, pergi bersiar-siar berjalan kaki lebih kurang 30 minit. Aktiviti fizikal melancarkan peredaran dan meningkatkan degupan jantung setelah berjam-jam travel. Cahaya matahari membantu untuk reset tubuh badan anda dan adjust dengan time zone baru.

Progressive muscle relaxation.

jet lag

Cuba praktikkan untuk melakukan progressive muscle relaxation, dimana anda bergantian menegangkan dan kemudian merehatkan kembali setiap otot di dalam badan anda, bermula dari jari kaki anda sehinggalah ke bahagian kepala. Progressive muscle relaxation membantu untuk merehatkan badan dan memfokuskan semula fikiran anda, membantu anda untuk get back on track.


Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber asal: Reader’s Digest.