Dah bosan dengan hotel mahal, layanan first class dan penginapan yang hampir sama je? Online vacation rental service seperti Airbnb mungkin boleh menghidupkan kembali wanderlust anda ketika travel. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum anda booking penginapan anda di Airbnb dan seangkatan dengannya.

Sedang berfikir untuk tempah penginapan di Airbnb?

Sekarang dah makin ramai yang lebih memilih untuk tidak menetap di hotel, sebaliknya menempah penginapan yang lebih murah seperti hostel dan Airbnb. Airbnb, misalnya, bukan sahaja menjimatkan duit anda, malah anda juga berpeluang untuk berjumpa dan meluangkan masa dengan orang baru, serta enjoy pengalaman travel yang lebih authentic. Penginapan seperti ini menawarkan daripada bilik kongsi sehinggalah ke keseluruhan rumah, dengan tempat bbq, istana, igloo, bot dan mungkin juga treehouse untuk memenuhi keperluan dan kehendak semua traveller. Tapi sebelum anda pack barang-barang anda, ini anda 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum anda menempah penginapan atau menyewa tempat tinggal anda di website seperti ini.

*Baca juga: 7 Langkah Penting Untuk Memilih Hostel

1. Sentiasa bandingkan gambar dengan description.

Kalau boleh, janganlah main redah je untuk pilih tempat tinggal dengan alasan suka surprise. Lol. Baca elok-elok property listing di dalam website tersebut. Ada sesetengah tuan rumah (atau host) yang menyenaraikan sofa sebagai katil atau tempat tidur, jadi pastikan anda scan semuanya yang mereka senaraikan dan padankan ia dengan gambar-gembar yang mereka sertakan. Jika mereka mengiklankan 2 buah bilik dan anda hanya melihat gambar sebuah bilik dan satu lagi gambar sofa, kemungkinan besar bilik satu lagi itu tiada katil pun, tetapi hanyalah sofa seperti yang ada di dalam gambar.


2. Review daripada tetamu lain adalah bff anda.

Tetamu Airbnb boleh menilai atau rate host mereka untuk ketepatan description, kebersihan, komunikasi dan juga lokasi. Pengguna tetap Airbnb pasti tahu untuk bergantung pada feedback daripada tetamu lain untuk mengukur sama ada patut atau tidak mereka menempah penginapan tersebut. Kalau anda jumpa penginapan yang mempunyai rating rendah ditambah lagi dengan tiada respon daripada tuan rumah selepas negative review daripada tetamu, anda bolehlah terus simpulkan bahawa tuan rumah tersebut tak kesah pun dengan apa yang tetamu experiencewhich is very important dalam mana-mana percutian. Jadi ambillah masa untuk baca review. Kalau nanti terkena dengan owner atau rumah yang tak best, hilang pula mood bercuti nanti.

How an owner handles any feedback-reasonable or otherwise-tells you a lot more than a simple star rating can.


3. Pastikan anda ada backup Airbnb walaupun anda dah tempah yang lain.

Kadang-kadang, ada perkara yang tak dapat dielakkan sehingga membuatkan tuan rumah terpaksa membatalkan tempahan anda. Kalau bagi notis awal, takpe juga. Ada sesetengah yang last minute baru bagi notis pembatalan. Tak ke susah macam tu? Nak marah pun tak boleh juga sebab itu rumah mereka dan hanya mereka yang menguruskan rumah mereka. Jadi nak tak nak, terpaksalah akur juga. Kalau anda merancang percutian anda sekitar acara-acara atau perayaan besar di tempat itu, harga boleh naik dengan sangat mendadak, dan kemungkinan besar juga tempat-tempat yang available untuk disewa tidak banyak. Jadi, sentiasalah bersedia untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan. Buat research pilihan kedua atau ketiga mungkin berguna in case tempahan anda betul-betul dibatalkan last minute.


4. Buat homework tentang kawasan kejiranan Airbnb yang anda ingin tempah.

Apabila anda sedang mempertimbangkan untuk menempah penginapan Airbnb, jangan lupa untuk buat research kawasan penginapan tersebut dan juga kawasan sekitarnya. Takut-takut silap hari bulan ter-end up di kawasan yang tidak diingini seperti yang berbahaya atau yang jauh daripada tempat-tempat menarik yang anda ingin pergi.

We booked an apartment in a hurry, not looking into the area too much because it was close to tourist spots. But when we got there it was in the club district with loud music until early hours of the morning, and it wasn’t the greatest part of town at night.” – Review di Airbnb


airbnb5. Kunci kepada tempat penginapan Airbnb yang best adalah komunikasi.

The best experiences start with regular communication between the guest and the host.

Ada kebaikannya sebenarnya kalau anda cuba untuk create a relationship dengan tuan rumah tempat penginapan yang anda sewa.  Hantarkan mereka emel beberapa kali sebelum anda pergi, lebih-lebih lagi sebelum wang deposit anda tidak lagi boleh dikembalikan (refund). Tanyakan mereka soalan. Cuba dapatkan info daripada mereka tentang apa yang boleh dilakukan disekitar kawasan tempat tinggal tersebut. Kalau boleh, dapatkan gambar-gambar daripada tuan rumah. Kalau anda rasa macam ada something yang tak kena atau tak memuaskan pada anda, anda boleh batalkan sahaja tempahan anda tanpa sebarang penalti.


Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber asal: Reader’s Digest.