Oh Canada, sebuah negara yang mempunyai banyak sebab untuk orang jatuh cinta dengannya, daripada landskapnya yang sangat sangat sedap mata memandang, sehinggalah ke orang-orangnya yang terkenal dengan sifat peramah mereka. Kombinasi unik antara sejarah dan kecantikan alam semulajadinya menjadikan negara ini antara tempat yang paling menakjubkan di dunia. Fakta-fakta menarik tentang Canada ini pasti akan membuatkan anda lebih interested untuk ‘kenal’, dan mungkin, pergi sendiri ke sana untuk experience sendiri kehidupan dan alam semula jadi di sana.

Suhu terendah yang pernah dicatatkan adalah sesejuk planet Marikh!

Salah satu fakta yang paling common dan semua orang tahu tentang Canada adalah suhu di sana boleh menjadi sangat sejuk pada musim sejuk. Purata suhu rendah bagi bulan Januari di Ottawa, Ontario adalah -14.4 ºC. Sejuk, kan? Walau bagaimanapun, pada tahun 1947, Snag, Yukon pernah mencatatkan bacaan suhu hampir 5 kali lebih rendah, membuatkan cuaca dan suhu musim sejuk di tempat lain di seluruh negara ini seolah-olah seperti suhu santai-santai di tepi pantai sahaja. Haha. Suhu serendah -63 ºC telah dicatatkan di sebuah perkampungan kecil Snag pada 3 Februari 1947. Dah sama dah dengan suhu di permukaan planet Marikh!


Canada mempunyai lebih banyak tasik daripada yang anda fikirkan.

Tahukah anda bahawa Canada mempunyai lebih banyak kawasan tasik daripada mana-mana negara lain di dunia? Ya, tak tipu. Negara yang juga dikenali sebagai ‘The Great White North’ ini mempunyai 563 buah tasik yang luasnya lebih daripada 100 km persegi. The Great Lakes sahaja pun dah mengandungi lebih kurang 18% daripada air tasik segar di dunia. Banyak tu! Tiba-tiba terfikir yang negara kita mungkin dahagakan air fresh. Haha.


Canada lebih besar daripada Kesatuan Eropah.

Kalau anda tak ada idea tentang saiz sebenar Canada , ini ada beberapa fakta ringkas yang boleh anda gambarkan: negara ini lebih besar daripada Kesatuan Eropah (33 kali lebih besar daripada Itali dan 15 kali lebih daripada Perancis), lebih daripada 30% lebih besar daripada Australia, 5 kali lebih besar daripada Mexico, 3 kali lebih besar daripada India dan juga seluas kira-kira 81,975 buah Walt Disney Worlds yang disatukan. In fact, Canada adalah negara kedua terbesar selepas Rusia!


Alert, Nunavut adalah komuniti atau perkampungan yang paling utara di dunia.

Di hujung utara Pulau Ellesmere, iaitu hanya 817 km dari Kutub Utara, anda akan jumpa tempat tinggal yang paling utara di dunia, iaitu Alert, Nuvanut. Tempat ini mungkin tidak mempunyai shopping mall ataupun panggung wayang, tetapi Alert adalah tempat tinggal sementara untuk anggota tentera dan kakitangan atau pegawai saintifik yang bekerja di kawasan itu. Masuk akal lah kalau dikatakan sebagai tempat tinggal sementara kerana suhu di sini sangat sejuk, dimana suhu purata pada bulan Julai (bulan yang paling panas) adalah 3.4 ºC dan pada bulan Februari pula, iaitu bulan yang paling sejuk, pernah jatuh sehingga -32.19 ºC.


Canada mempunyai persisiran pantai yang paling panjang di dunia.

Kalau anda berjalan dan terus berjalan tanpa berhenti untuk makan, untuk berehat, mahupun tidur, anda akan mengambil masa selama 4 tahun setengah untuk berjalan kaki sepanjang persisiran pantai Canada . Mungkin perairan mereka tidak menimbulkan imej atau kurang terkenal dengan laut biru ataupun pasir pantai putih, tetapi negara ini mempunyai persisiran pantai yang paling panjang di dunia, bersempadan di tiga bahagian oleh tiga lautan: Atlantik, Artik dan Pasifik. Untuk meletakkannya dalam perspektif, Canada conquer 202,080 km daripada keseluruhan 356,000 km persisiran pantai dunia. Satu-satunya negara yang paling hampir dengan Canada adalah Indonesia, yang mempunyai persisiran pantai sepanjang 54,716 km.


Canada memiliki 10 peratus daripada keseluruhan hutan di dunia.

Semua orang tahu alam semulajadi mereka memang sentiasa menggagumkan dan mempunyai banyak pokok, tetapi tahukah anda bahawa 30% daripada hutan boreal di dunia dan 10% daripada keseluruhan hutan di dunia adalah di Canada ? Sejumlah 396.9 juta hektar hutan boleh didapati di seluruh negara, di mana kira-kira 68% daripada kesulurahan hutannya adalah terdiri daripada hutan konifer. Nak tahu apa yang paling best? Kebanyakan kawasan hutan di Canada adalah hak awam.


Satu-satunya bandar bertembok (walled city) di Amerika Utara terletak di Canada.

Quebec adalah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara, dan kubu (tembok) yang mengelilingi Quebec Lama merupakan satu-satunya tembok kota yang masih lagi wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika Utara. Pada mulanya ia dibina oleh orang Perancis, dan kemudian disambung oleh orang Inggeris sekitar abad ke-17 hingga abad ke-19. Daerah bersejarah Quebec, termasuklah bentengnya, telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985.


Taman negara di Canada adalah lebih besar daripada kebanyakan negara.

Canada sangat besar sehinggakan taman negaranya sahaja lebih besar daripada negara lain. Tengok je lah Taman Negara Nahanni di Wilayah Barat Laut (Northwest Territories). Bukan sahaja pemandangannya sahaja yang menarik perhatian, ia juga merupakan sebuah tanah yang seluas 30,050 km persegi – lebih besar daripada Albania. Taman Negara Wood Buffalo di Alberta dan Wilayah Barat Laut adalah lebih besar dengan keluasan 44,807 km persegi, menjadikannya lebih besar daripada Denmark dan Switzerland!


Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber asalReader’s Digest dan Narcity.

Wow kan Canada? Trip musim luruh kami ke Canada pada tahun depan ada satu kekosongan je lagi. Kalau nak join, boleh hubungi kami laju-laju!

Sementara itu, nah layan dulu video dari trip Canada 2017 kami lalu 😎 Dan jangan lupa subscribe juga Youtube Channel kami!