Rangkaian Kereta Api Trans-Siberia, atau lebih dikenali sebagai Trans-Siberia Railway adalah rangkaian kereta api yang yang paling panjang di dunia! Ramai yang sudah mula mengenali Trans-Siberia Railway tapi belum ramai lagi yang sudah take up the challenge untuk travel dengan Trans-Siberia Railway ini. Al-maklumlah, bukan dekat dan kebiasaannya trip Trans-Siberia memakan masa yang agak lama. Itu belum kira ‘ongkos’nya lagi. Haha.

Mana-mana trip pun yang anda pergi, pasti memerlukan persediaan yang lengkap, betul tak? Tapi untuk trip yang jauh dan lama seperti ini memerlukan perancangan yang lebih teliti dan kena betul-betul prepare. Macam biasa, kenalah buat research tentang perjalanan yang bakal anda tempuhi dan yang paling utama, perbelanjaan. Itu asas dalam mana-mana trip sekalipun. Yang penting adalah bagaimana anda survive trip tersebut?

Untuk anda yang bercadang untuk memulakan perjalanan luar biasa dengan Trans-Siberian Railway ini, ataupun untuk anda yang curious nak tahu macam mana orang survive trip ini, ini dia 10 tip untuk menakluki rangkaian keretapi terpanjang di dunia ini:

1. Makanan

Bawa banyak snek dan makanan sendiri, lebih-lebih lagi kerana makanan halal sangat sukar untuk didapati. Anda boleh je memilih untuk mendapatkan makanan vegetarian tetapi biasalah, makanan di dalam kereta api selalunya mahal. Jadi, sebagai persediaan, bawalah makanan sendiri seperti tuna tin ataupun travel food pack seperti ini. Kalau anda ingin mendapatkan snek ringan seperti biskut dan buah-buahan, anda boleh dapatkan di kiosk makanan yang ada di hampir setiap stesen. Air panas pula ada disediakan di dalam gerabak untuk buat kopi, teh dan sup atau apa-apa makanan segera. Jadi bawalah stok makanan yang segera dan mudah dimasak secukupnya. Makanan-makanan ringan seperti granola bars, coklat dan sebagainya, lebih baik sediakan awal-awal sebagai makanan tambahan untuk alas perut dan tambah tenaga. Makan makanan yang sama hari-hari muak juga, kan?

2. Bersedia dengan pen dan kertas. Catat perjalanan dan pengalaman anda.

Percaya atau tidak, pengalaman anda adalah lebih berharga daripada mana-mana souvenir yang anda bawa balik rumah nanti. Trip di dalam kereta api Trans-Siberia ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk berjumpa dan buat kawan dengan orang-orang atau traveller dari seluruh dunia, dan dapat mengingati dan mengimbau kembali kenangan-kenangan tersebut di atas kertas atau di dalam jurnal adalah sesuatu yang tidak ternilai. Anda boleh baca artikel ini sebagai inspirasi untuk memenuhkan lagi travel journal anda. Lagi satu, alang-alang dah ada kerta dengan pen tu, bolehlah mengisi masa main game Bingo atau Hangman dengan kawan-kawan baru, ataupun buat senarai bucket list kalau tak boleh tidur malam-malam. Ala-ala late night thoughts gitu. Hehe.

3. Belajar bahasa Rusia.

Masalah bahasa boleh dikatakan sebagai lumrah traveller di mana-mana negara sekalipun. Bukan setakat bercakap pun macam ayam dengan itik. Nak baca apa-apa yang ditulis dalam bahasa mereka pon tak keluar bunyi. Lebih-lebih lagi jika mereka menggunakan abjad yang berbeza dengan abjad rumi yang biasa kita gunakan. Haha. Abjad-abjad Rusia agak rumit untuk kita yang tidak familiar dan tidak tahu bahasa-bahasa Slavik, tetapi belajar untuk mengenali huruf-huruf dan faham keywords tertentu pasti membantu dan sangat berguna. Kebanyakan petugas-petugas kereta api hanya boleh bercakap perkataan-perkataan basic bahasa Inggeris sahaja. Jadi kalau anda tahu ayat-ayat basic bahasa Rusia, sekurang-kurangnya dapatlah juga berkomunikasi sikit-sikit dengan mereka, just in case.

4. Bawa tisu basah.

Tisu basah, baby wipes, wet tissue dan seangkatan dengannya sangatlah berguna semasa berada di dalam kereta api ini. Tisu basah ini boleh digunakan untuk lap toilet seat sebelum digunakan, atau untuk menggantikan air dan sabun kalau malas nak ke toilet, mahupun untuk menyegarkan muka apabila anda tiada pilihan lain selain untuk tidak mandi selama beberapa hari.

5. Jangan bergerak terlalu jauh daripada kereta api.

Kereta api di sepanjang Trans-Siberian Railway hanya berhenti selama 5 hingga 20 minit sahaja. Kalau anda ingin keluar daripada kereta api semasa ia berhenti di stesen, hati-hati dan pastikan anda tak merayau jauh daripada kereta api. Pengumuman untuk berlepas, kalau ada pun, dalam bahasa Rusia. Selain daripada itu, kebiasaannya tiada pengumuman atau warning yang diberikan sebelum kereta api meninggalkan stesen dan kalau anda tertinggal, ia boleh melambatkan perjalanan anda selama berhari-hari.

Andai kata anda tertinggal, anda ada dua pilihan. Anda boleh meminta bantuan daripada pekerja yang bertugas di stesen tersebut untuk menghubungi kereta api anda dan meminta mereka mengeluarkan barang-barang anda dari kereta api dan menyimpannya di stesen berikutnya dan anda naik kereta api seterusnya untuk pergi ke stesen tersebut. Ataupun pilihan kedua adalah untuk kejar kereta api tersebut dengan menaiki teksi sehingga ke hentian seterusnya.

6. Berkenalanlah dengan penumpang lain.

Mat saleh kata “you’re in this together” dan bersosial dengan penumpang lain yang anda jumpa sepanjang perjalanan anda bukan sahaja akan membuka peluang untuk anda experience more trip anda, malah mereka juga berkemungkinan besar tidak kisah untuk membantu anda di sepanjang perjalanan sekiranya anda memerlukan. Kereta api ini penuh dengan pengembara dari serata dunia – dan anda ada banyak masa kosong sepanjang trip anda di dalam kereta api ini jadi apa salahnya mengisi kekosongan tersebut dengan buat kawan baru, kan?

7. Cuba untuk ikut jadual tidur normal.

Anda mungkin akan terbuai-buai dengan pergerakan kereta api sehingga tertidur, tetapi anda mungkin juga akan berasa seperti tak cukup rehat walaupun dah tidur berjam-jam. Menjaga jadual tidur anda akan membantu anda untuk sentiasa berasa segar dan bertenaga semasa di dalam kereta api. Lagipun, kalau anda tidur pada waktu siang, terlepaslah untuk cuci mata melihat pemandangan indah countryside Rusia. Bila lagi nak dapat peluang berharga begini, betul tak?

trans-siberia

8. Pack light tapi mencukupi.

Kabin kereta api agak sempit dan terpaksa mengheret beg berat adalah sangat memenatkan dan annoying. Jadi tak perlu bawa pakaian banyak-banyak. Cukuplah bawa 3-4 pakaian (walaupun trip lebih 10 hari). Jangan risau sebab semua orang kitar semula je pakaian mereka di dalam kereta api ini. Melainkan anda beli tiket untuk kabin kelas pertama, memang tiada shower untuk anda. Jadi bersedialah untuk tidak mandi selama beberapa hari. Haha. Walaupun anda pergi ketika musim panas, pastikan anda bawa pakaian layers sebab suhu tak boleh nak dijangka dan berubah dengan cepat.

9. Cuba untuk bersiap setiap hari.

Bersiap setiap hari bukanlah maksudnya pakai pakaian macam nak pergi fashion show. Apabila berhari-hari berada di dalam kereta api, sesetengah orang berasa tak berbaloi pun untuk bersiap setiap pagi dan lebih memilih untuk bermalas-malasan dengan baju tidur atau terus tidur dengan baju siang tadi. Cuba tukar outlook sikit dan bersiaplah seperti hari-hari biasa anda. Ini akan membuat anda berasa lebih clean walaupun anda dah empat hari tak mandi. Dan lagi satu, jangan lupa baby powder. Sangat membantu untuk kurangkan rambut berminyak atau rasa badan berlengas.

Kalau anda nak tahu apa yang ada di dalam kereta api Trans-Siberia ini, artikel ini ada serba sedikit gambaran tentang kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di dalam kereta api ini yang telah dikongsi oleh salah seorang travel buddy kami semasa trip Trans-Siberia 2017 kami beberapa bulan lepas.