Selain daripada Reykjavik, trip anda ke Iceland pasti akan lebih rewarding jika anda menghabiskan sebahagian besar daripada perjalanan anda menjelajah rangkaian-rangkaian air terjun, glasier dan fjord di Iceland. Bagi mereka yang adventure-seeker ataupun peminat aktiviti outdoor bolehlah menghabiskan percutian anda di Iceland dengan hiking di sepanjang glasier, menerokai gua-gua ais, mengunjungi kolam air panas dan geyser Iceland, dan malah anda juga boleh snorkeling antara dua plat tektonik seperti gambar di bawah ini!

Jom kita tengok apa lagi yang boleh dimasukkan dalam itinerary Iceland anda!

1. Blue Lagoon

Seringkali dianggap sebagai “the Disneyland of Iceland“, Blue Lagoon, iaitu sebuah spa geoterma, adalah antara tarikan yang paling popular di Iceland. Selain keunikan muka buminya, airnya yang dikatakan sangat menenangkan dan berkhasiat untuk kulit juga telah memikat ratusan ribu pengunjung pada setiap tahun untuk berendam di takungan air panas berwarna biru kehijauan itu. Tempat ini juga sangat dekat dengan lapangan terbang. Ramai yang singgah di sini untuk memanjakan badan sebelum mahupun selepas penerbangan. Yang paling best, beg plastik untuk pakaian basah, shower, pengering rambut dan banyak lagi kemudahan lain ada disediakan di sini. Senang, kan?

2. Hallgrimskirkja

Salah satu ciri-ciri yang paling menonjol di Reykjavik, Hallgsimskirkja terletak di puncak tertinggi di bandar tersebut. Walaupun ada lagi struktur yang lebih impressive yang telah dibina sejak beberapa tahun kebelakangan ini — seperti Harpa — Hallgsimskirkja adalah simbol yang mewakili percubaan terawal Iceland dalam menghasilkan seni bina unik dan bersifat nasionalistik. Kalau anda perhatikan, butiran-butiran hiasan pada gereja yang tertinggi di Iceland ini ada memaparkan unsur-unsur semula jadi yang terdapat di kawasan pedalaman Iceland. Contohnya seperti lajur yang kelihatan seperti barisan batu-batu basalt. Kalau anda nak tau, Hallgrimskirkja ini hanyalah sebahagian sahaja daripada banyak lagi gereja-gereja unik yang boleh didapati di seluruh Iceland. Kalau tak percaya, nah cuba Google gereja di Stykkisholmur, Olafsvik, dan Blonduos. Memang unik!

3. Lake Myvatn

Lake Myvatn adalah antara alasan yang terbaik untuk meneroka sehingga ke utara Iceland. “Myvatn”, secara literalnya, bermaksud “lalat air”. Ini kerana akan ada sejumlah besar serangga kecil terbang daripada spesis lalat yang boleh ditemui di sini pada musim panas. Serangga-serangga ini tidak berbahaya pun dan cepat hilang. Fuhh nasib baik! Haha. Bolehlah kalau nak hike di sekitar kawasan ini. Dan juga jangan lepaskan peluang untuk berendam di Myvatn Nature Baths, iaitu kolam dengan air biru yang sangat kaya mineral. 

4. Natural Hot Springs

Terdapat beratus-ratus takungan geotermik yang sesuai untuk berendam dan berenang bertaburan di sekitar pulau Iceland ini. Kolam atau takungan-takungan air panas ini, di mana kebanyakan daripadanya terletak agak tersembunyi, telah menjadi antara hot spot bagi pelancong. Kelompok kolam air panas yang paling besar yang terdapat di Iceland terletak di Westfjords. Cubalah kolam air panas rahsia di Seljavallalaug, South Iceland, kira-kira 12 minit berjalan kaki dari Edinborg. Di sini ada disediakan kemudahan asas untuk menyalin pakaian dan sebagainya. So senanglah. Kolam air panas semulajadi Iceland sangat popular ketika musim sejuk, apabila anda boleh berendam dengan kelipan cahaya aurora di langit. Cantik sangat!

5. Seydisfjordur

Tiada satu pun destinasi di Iceland yang menawarkan vibe unik perkampungan Skandinavia seperti Seydisfjordur. Pemandangan pertama bandar kecil ini yang anda akan lihat adalah daripada atas, apabila anda meluncur turun melalui jalan curam yang berselekoh tajam. Travelers yang tiba di Iceland daripada Eropah dengan feri akan memulakan perjalanan mereka di sini. Tetapi bagi kebanyakan pengunjung yang lain, Seydisfjordur seperti tempat rahsia yang jauh yang hanya diketahui oleh penduduk tempatan yang datang untuk berkayak di fjord, mengunjungi galeri-galeri artis dan juga untuk melihat burung-burung puffin yang ‘melepak’ di tebing laut.

6. Snaefellsnes Peninsula

Snaefellsnes Peninsula adalah sebuah kawasan yang terkenal dengan sejarah Viking dan terletak kira-kira dua jam dari Reykjavik. Mulakan dari Stykkisholmur, iaitu sebuah perkampungan yang dikatakan sebagai perkampungan yang paling comel di Iceland kerana kedudukannya yang terletak di fjord dan juga rumah-rumahnya yang ala-ala style Denmark. Tengok sahajalah gambar di bawah ini. Memang comel pun! Oh dan kalau anda mahu mengunjungi taman negara, di hujung semenanjung ini ada terletaknya Snæfellsjökull National Park. Bolehlah singgah. 

7. Thingvellir

Thingvellir adalah tapak parlimen pertama di dunia, iaitu telah bermula sekitar tahun 900, dan juga merupakan persinggahan yang paling berbaloi sekali untuk dikunjungi di laluan Golden CircleWalaupun tiada struktur asal yang kekal sehingga ke hari ini, tetapi sejarahnya masih lagi sehingga ke hari ini. Selain itu, topografi kawasan ini yang berjurang juga membuktikan bahawa Iceland, yang menyeberangi dua plat benua, secara literalnya, retak dan terbelah dua menjadi dua plat benua. Pengunjung boleh menyelam atau snorkeling di celah jurang tersebut, di mana yang paling popular sekali semestinya Silfra. Airnya sangat jernih. Orang putih kata “crystal-clear!”

8. Thorsmork & Laugavegurinn

Thorsmork (“Thor’s Woods” dalam bahasa Iceland) dan juga Godaland (“Land of the Gods“) yang terletak berdekatan dianggap oleh ramai penduduk tempatan sebagai tempat yang paling indah di seluruh Iceland. Kawasan lembah yang subur ini terlindung oleh glasier daripada angin Artik yang brutal. Kembara hiking berhari-hari yang paling popular di Iceland, Laugavegurinn Trail adalah sejauh 49 batu (atau lebih kurang 79 km!) dan kebiasaannya berakhir di Thorsmork.

9. Vestmannaeyjar

Vestmannaeyjar dapat dilihat dari tanah besar. Kepulauan kecil Westman Islands ini boleh dikatakan sebagai tempat yang jauh lebih terpencil daripada mana-mana destinasi Iceland anda. Populasi di sini berkumpul di sebuah perkampungan di pulaunya yang paling besar, iaitu Heimaey, di mana sebahagiannya tertanam di bawah aliran lava gunung berapi yang meletus kira-kira 50 tahun yang lalu. Di sini pengunjung akan dapat melihat rumah-rumah kampung comel dan juga mencari koloni burung puffin yang bersarang secara besar-besaran di Stórhofdi (dikatakan sebagai tempat yang paling berangin di Eropah) pada musim panas.

10. Westfjords & Hornstrandir Nature Reserve

Untuk anda yang ada lebih masa, bolehlah consider untuk mengunjungi Westfjords, di mana semua keindahan alam semulajadi Iceland (seolah-olah) berkumpul. Di sini, setiap penjuru boleh dikatakan mempunyai panorama yang lebih cantik daripada apa yang anda lihat sebelum ini, terutamanya di kawasan sekitar Dynjandi. Pengunjung juga akan menemui perkampungan Viking dan mata air semulajadi. Kalau ada masa extra, naik feri dari Isafjordur atau Bolungarvik menuju ke Hornstrandir Nature Reserve untuk kembara santai di antara tebing-tebing laut yang kelihatan seperti daratan Bumi yang paling hujung.

Iceland

So macam mana? Terpegun tak? Trip Iceland 2018 kami sedang menunggu ni. Apa lagi? Jomlah!


Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber asal: Travel + Leisure

Mahukan tips-tips travel yang lebih awesome secara percuma? Dapatkan ebook ekslusif TMPL Backpackers secara percuma di sini >> Download Ebook Percuma