Transit lama di Seoul atau hanya sekadar melawat untuk sehari sebelum terbang ke bandar lain pula? Walaupun anda hanya ada 24 jam sahaja di Seoul, dengan sedikit kegigihan dan perancangan awal, ianya absolutely possible untuk anda explore ibu negara Korea Selatan ini, mengunjungi tarikan-tarikan popularnya dan experience serba sedikit budaya orang Korea dalam masa yang singkat – ini caranya!

Mula di Istana Gyeongbokgung

seoul

Tarikan yang paling banyak dikunjungi di Seoul adalah istana-istananya. Gyeongbokgung, istana utama di bandar ini, dan Changdeokgung, dengan Secret Gardennya, Huwon, adalah dua antara “Five Grand Palaces” yang dibina oleh raja-raja Dinasti Joseon (1392–1897) dan juga merupakan istana yang paling popular di kota ini. Untuk traveller yang mempunyai masa yang agak terhad, anda bernasib baik kerana dua istana ini terletak berdekatan antara satu sama lain. Istana ini dibuka pada pada keempat-empat musim dan sememangnya antara tarikan yang harus dikunjungi ketika di Seoul.

Terokai kebudayaan Korea di Bukchon Hanok Village

Seterusnya, sebelum meneruskan perjalanan anda ke Istana Changdeokgung, singgah dan bersiar-siar dahulu di perkampungan Hanok Bukchon. Perkampungan tradisional ini mempunyai kira-kira 900 rumah Hanok Korea tradisional dengan kedai, kafe, restoran dan teahouse yang comel-comel. Cha Masineun Tteul (차마시는 뜰) contohnya, adalah sebuah bangunan yang sangat cantik di yang terletak di atas bukit di Bukchon. Namanya kalau diterjemahkan secara literal bermaksud “The Garden Where Tea is Drunk“. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan indah kawasan tersebut sambil menghirup secawan teh panah.

Nikmati Keindahan Istana Changdeokgung dan Taman Huwon

Sebaik anda tiba Changdeokgung, anda boleh terokai bahagian-bahagian bangunan yang terdapat di istana tersebut. Kalau anda dah puas melawat istana Korea selepas lawatan anda ke Gyeongbokgung, terus sahaja pergi ke Secret Garden, Huwon. Kawasan hijau yang unik ini mempunyai kolam-kolam dan juga pavilion yang indah, dan semestinya wajib dilawati apabila ke Seoul.

Kenali seni Korea di Insadong

Seterusnya di dalam itinerary anda perlu ada Insadong. Kawasan ini boleh dikatakan sebagai pusat atau artistic soul kota Seoul, dengan pelbagai hasil seni dan kraftangan dijual di kedai-kedai di sepanjang jalan-jalan di Insadong. Kalau anda mahu dapatkan ole-ole unik dengan sentuhan budaya Korea untuk dibawa pulang, bolehlah dapatkan cenderahati buatan tangan Korea di sini.

Nikmati pemandangan indah dari Menara Namsan

Salah satu titik tertinggi di Seoul, Menara Namsan atau Menara Seoul yang juga lebih dikenali sebagai N Seoul Tower, adalah tempat yang terbaik untuk anda melihat keseluruhan kota Seoul. Tidak kira pada waktu siang, malam, N Seoul Tower boleh memberikan anda pemandangan terbaik untuk menyaksikan hiruk-pikuk kota raya tersebut. Lagi best kalau anda berpeluang untuk menyaksikan matahari terbenam dari menara tersebut, seterusnya menyaksikan kegemerlapan lampu-lampu di Seoul pada waktu malam.

Shopping dan mencuba Korean street food di Myeongdong

Setiap tahun, beribu-ribu pelancong daripada seluruh dunia datang ke Korea untuk dapatkan fesyen terkini Korea dan juga produk-produk penjagaan kulit dan kecantikan mereka. Dan tempat yang paling best untuk memenuhi nafsu shopping anda semestinya adalah di Myeongdong! Kawasan ini adalah di mana terletaknya banyak kedai-kedai jenama-jenama popular Korea, termasuklah Innisfree, Skinfood, Tony Moly, Etude House, jenama pakaian terkenal Korea, MIXXO, dan banyak lagi! Selepas selesai, ataupun semasa anda membeli-belah, bolehlah cuba Korean street food yang banyak terdapat di sekitar kawasan ini. Kalau takpun, cari je restoran-restoran local yang menjual seafood.

Seoul sangat menyeronokkan. Anda tidak akan pernah bosan walaupun sudah mengunjunginya sehingga dua tiga kali. Kalau ini adalah kali pertama anda ke Seoul, panduan comel ini mungkin boleh membantu anda merancang perjalanan anda nanti 😀

Anda yang dah pergi berkali-kali ke Seoul tu, sharelah dengan apa yang buat anda pergi lagi di ruangan komen di bawah 🙂

Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber asal: The Culture Trip


Mahukan tips-tips travel yang lebih awesome secara percuma? Dapatkan ebook ekslusif TMPL Backpackers secara percuma di sini >> Download Ebook Percuma