Apabila sebut Amerika Selatan, pasti ramai akan membayangkan pelbagai aktiviti jenayah, scammers dan juga perkara-perkara buruk yang menakutkan. Negara-negara di Amerika Selatan sebenarnya merupakan destinasi percutian yang boleh dikatakan agak selamat walaupun banyak laporan akhbar melaporkan berita-berita yang kurang menyenangkan. Kalau nak kata tak selamat, di mana-mana sahaja pun tak selamat sebenarnya. Hatta di Kuala Lumpur sekalipun. Perkara yang paling penting adalah bagaimana kita berwaspada dan menjaga diri ketika mengembara. Oleh yang demikian, di sini kami kongsikan 15 tip bagaimana untuk ‘stay safe‘ ketika berada di Amerika Selatan.

1. Belajar dan faham ayat-ayat basic bahasa Sepanyol.

Di Amerika Selatan, bahasa Inggeris bukanlah bahasa utama rakyat di sana. Main language mereka adalah bahasa Sepanyol. Ianya sangat membantu jika anda boleh belajar untuk bercakap dan memahami sekurang-kurangnya ayat-ayat basic bahasa mereka, lebih-lebih lagi jika anda di dalam situasi yang tidak diingini dan anda perlu berbicara dengan pihak polis, doktor di hospital dan sebagainya.

2. Elakkan berjalan seorang diri. Bergeraklah secaraberkumpulan.

Tidak kiralah anda travel ke Amerika Selatan di kawasan bandar mahupun perkampungan, seeloknya berjalanlah dalam kumpulan, tidak kiralah pada waktu siang sekalipun. Ianya adalah lebih selamat dan anda juga boleh saling menjaga antara satu sama lain.

3. Elakkan berjalan pada waktu malam.

Kalau boleh, elakkan berjalan-jalan pada waktu malam. Limitkan waktu berjalan anda sehingga sebelum hari mulai gelap. Jika anda perlu atau terpaksa keluar pada waktu malam, contohnya untuk pergi ke kedai, pastikan anda berteman atau bergerak beramai-ramai. Di mana-mana tempat pun, jenayah lebih banyak berlaku di tempat-tempat yang gelap, kurang orang dan sunyi. Jadi elakkan keluar pada waktu malam.

4. Hindari kawasan yang berbahaya.

Di Amerika Selatan, terdapat sejumlah kawasan yang dikenali sebagai kawasan yang berbahaya. Buat research secukupnya tentang tempat-tempat yang anda ingin kunjungi. Pastikan tempat tersebut selamat, lebih-lebih lagi bagi orang luar.  Jika ada penduduk tempatan, contohnya staff hostel, yang memberitahu anda tentang kawasan yang berbahaya, elakkanlah daripada melalui kawasan tersebut. Mereka lebih tahu tentang kawasan mereka.

Apabila sampai di tempat baru, cuba praktikkan untuk sentiasa bertanya kepada owner atau pekerja hostel tempat anda menginap jika ada jalan-jalan atau kawasan-kawasan berdekatan yang patut anda elakkan.

5. Jangan terlalu mempamerkan gajet-gajet anda.

Berjalan-jalan dengan iPhone 7 Plus RM4k di tangan dan DSLR RM5k anda tergantung dileher boleh menjadi masalah di sesetengah tempat di Amerika Selatan – lebih-lebih lagi jika anda sedar bahawa nilai gajet-gajet anda itu boleh jadi berkali-kali ganda lebih mahal daripada pendapatan bulanan penduduk tempatan di sana. Oleh itu, anda patut sentiasa simpan gajet-gajet mahal anda itu di dalam beg (yang tak nampak macam beg kamera) dan hanya mengeluarkannya apabila anda mahu menggunakannya sahaja.

6. Jangan memakai atau menampakkan perhiasan mewah.

Elakkan daripada memakai dan menampakkan perhiasan mewah seperti rantai atau gelang emas, jam tangan mewah, beg tangan berjenama dan sebagainya. Sama juga seperti point nombor 5 di atas, menunjukkan kekayaan anda, lagi-lagi anda sebagai seorang pelancong asing, akan menjadikan anda sebagai easy target dan cukup untuk membuatkan anda dirompak.

7. Dress like local.

Dress like local tidak semestinya anda perlu meniru sebiji-sebiji cara pemakaian mereka. Tapi sekurang-kurangnya anda perlu tahu tentang apa yang biasa dan apa yang nampak menonjol apabila dipakai. Contohnya, memakai kasut tinggi atau jaket dengan warna menonjol. Kebiasaannya mereka memakai jaket berwarna gelap seperti kelabu dan hitam.

8. Jangan bawa wang tunai atau cash terlalu banyak.

Jika anda hanya keluar untuk berjalan-jalan, dan bukan untuk transfer ke tempat lain, anda patut gunakan locker di hostel anda untuk menyimpan barang-barang berharga dan pasport anda. Jika anda ingin keluar untuk sightseeing, tak perlu bawa cash banyak-banyak. Hanya bawa secukupnya sahaja dan juga satu salinan pasport anda (9).

9. Simpan pasport di hostel dan hanya bawa salinan pasport sahaja ketika keluar berjalan-jalan.

Kehilangan pasport akan menjadi masalah yang besar, jadi bawa pasport bersama-sama anda jika anda betul-betul memerlukannya sahaja (contohnya untuk cross borders atau transfer ke tempat lain). Dalam kebanyakan situasi, anda hanya perlu bawa salinan pasport anda sahaja.

10. Sediakan dummy wallet.

Fungsi dummy walet, atau fake wallet ini adalah so that anda ada sesuatu untuk diberikan kepada perompak andai anda dirompak dan tetap dapat melepaskan diri dengan barang-barang berharga anda, seperti kad kredit dan wand tunai, masih lagi ada dengan anda.

Dalam dummy wallet, kebiasaannya orang akan letak:-

  • Kad-kad yang kurang penting dan mudah untuk diganti seperti kad pelajar, kad keahlian gim ataupun lesen memandu yang dah expired.
  • Kad kredit yang sudah tidak boleh digunakan lagi.
  • Gambar anda bersama keluarga, rakan-rakan atau kucing anda pun boleh.
  • Resit, loyalty rewards card, business card dan kupon.
  • Sedikit wang tunai yang anda tak akan rasa terbeban sekiranya hilang.

Untuk membuatkan dummy wallet anda kelihatan lebih real, anda kenalah gunakannya in public. Letakkan wang secukupnya untuk cover perbelanjaan anda untuk hari tersebut dan gunakan ia untuk membayar apa-apa.

11. Jika berlaku perkara yang tidak diingini, jangan melawan.

Andai kata anda diserang dan dirompak, jangan cuba untuk melawan. Kemungkinan untuk penyerang tersebut mempunyai senjata adalah tinggi – sama ada mereka menunjukkannya kepada anda atau tidak. Dan kebanyakan mereka di sini tidak takut untuk menggunakannya. Jika situasi sebegini berlaku dan mereka ingin merompak anda, jangan melawan. Dengan tenang, serahkan sahaja apa sahaja yang mereka minta (ketika ini la pentingnya ada dummy wallet) dan apabila mereka telah pergi, segeralah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

12. Simpan nombor-nombor kecemasan.

In case ada kecemasan, anda perlu sentiasa tahu nombor yang patut anda hubungi: insurans, keluarga, bank, polis, hospital, pejabat kedutaan… Buat senarai untuk nombor-nombor ini.

13. Naik Uber.

Sudah banyak kita dengar tentang pemandu teksi yang tidak menggunakan meter dan mengenakan bayaran yang tinggi kepada penumpang dan ini berlaku di mana-mana sahaja. Menaiki Uber adalah jauh lebih murah dan boleh dikatakan lebih selamat. Ini kerana perjalanan anda sepanjang menaiki Uber akan ditracked. Jalan yang dilalui dan pemandu anda juga ada di dalam rekod Uber. Jadi Uber sememangnya lebih dipercayai berbanding teksi.

14. Sekiranya menaiki teksi/uber, pastikan beg atau barang-barang berharga anda diletakkan di bahagian kaki.

Pernah tak anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan beg tangan anda di tempat duduk penumpang semasa anda sedang memandu? Sama juga di negara lain, walaupun bukan anda yang memandu, elakkan daripada meletakkan beg atau barang-barang berharga anda di atas riba anda, tapi sebaliknya letaklah di kaki atau bahagian bawah kerusi. Kadang-kadang, semasa peak hour (traffic jammed), ada kemungkinan akan ada pencuri yang cuba untuk mencuri beg yang anda letakkan di atas riba anda melalui tingkap kenderaan. Sentiasalah berwaspada.

15. Listen to your heart.

Kadang-kadang, gerak hati juga memainkan peranan. Tak salah untuk sentiasa bersikap positif, tapi kadang-kala anda perlu percaya instinct anda juga. Jika anda ada rasa tak sedap hati, contohnya apabila ingin menaiki bas atau teksi, ataupun apabila anda sampai di sesuatu destinasi, lihat keadaan sekeliling dan be extra careful. Lagi bagus kalau anda boleh elakkan terus situasi tersebut. Sekiranya ada rasa macam tak kena je, mungkin memang ada sesuatu yang tak kena. If in doubt, trust your instincts!Amerika Selatan

Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Selepas berpeluang mengunjungi negara-negara di Amerika Selatan, boleh dikatakan ianya lebih selamat daripada apa yang yang media tunjukkan kepada kita.

Pernah tak anda menghadapi apa-apa kesukaran semasa travel? Kalau pernah, cuba share dengan kami macam mana anda menyelesaikannya di ruangan komen di bawah 😊