Anda dah check in barang-barang, lepas security check dan sempat sampai gate tepat pada masanya sebelum penerbangan anda.

Dan sekarang, satu-satunya perkara anda perlu tempuhi yang menjadi halangan antara anda dan percutian idaman anda adalah tempat duduk bernombor 21B, tersepit antara seorang penumpang yang banyak cakap dan seorang lagi yang suka pergi tandas (contoh jeee). Nasib baik hanya 9 jam je perjalanan. Huhu.

So, ini dia 12 cara untuk upgrade pengalaman anda supaya anda berasa kurang claustrophobic dan lebih selesa semasa di dalam penerbangan:

Pakai pakaian yang longgar.

Pakaian yang boleh menyebabkan pergerakan anda agak terbatas, contohnya seperti pakaian yang ketat, akan menyebabkan anda lebih mudah untuk berasa claustrophobic ketika di dalam penerbangan. Sebaliknya, pilihlah pakaian yang longgar dan selesa seperti jogger pants, t-shirt dan kalau perlu, baju sejuk atau sweater yang ringan. Lagipun, dari segi perubatan, ada sebab kenapa tidak digalakkan memakai pakaian yang terlalu sendat. Deep vein thrombosis atau DVT adalah satu keadaan yang disebabkan oleh aliran darah yang terhad. Salah satu jenis pakaian yang boleh menyebabkan DVT adalah.. ehem.. skinny jeans anda.. Jadi, untuk keselesaan anda sepanjang berjam-jam terperap di dalam perut kapal terbang, pilihlah pakaian yang santai. Tak perlu bergaya sangat pun. Tak ada sesiapa yang nak tengok. Semua orang tidur apabila di dalam flight. Haha.

Dan kasut jenis slip-on.

Supaya anda boleh melepasi airport security dan terus tanggalkan kasut anda sebaik sahaja anda duduk di tempat duduk anda di dalam flight. Risau kaki berbau? Sapu je bedak baby pada kaki anda sebelum berangkat ke lapangan terbang.

Simpan semua barang-barang anda di ruang simpanan bagasi (overhead compartment), termasuklah purse anda.

Percayalah, semasa di dalam penerbangan yang panjang, beberapa inci extra untuk ruang meletakkan kaki di tempat duduk anda adalah satu nikmat yang tak boleh anda dustakan. Lagipun, lepas dah ambil keluar barang-barang keperluan (handphone, penyumbat telinga, lip balm dan earphone), apa lagi yang anda perlukan ketika di dalam penerbangan?

Support leher anda dengan ostrich pillow!

Atau bantal biasa pun boleh. Haha.

Dan jangan lupa tentang keselesaan tulang belakang anda.

Tempat duduk di dalam kapal terbang yang berbentuk ‘C’ akan menyebabkan bahagian belakang anda berasa tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila anda duduk terlalu lama. Untuk mengelakkan ia daripada terjadi, minta untuk dapatkan bantal kecil atau selimut daripada pramugari yang bertugas. Ataupun, anda boleh juga gulungkan sweater atau scarf anda dan selitkan ia di belakang anda untuk menyokong natural curve tulang belakang anda.

Tanggalkan makeup anda.

Tahukah anda, makeup yang tebal semasa dalam penerbangan adalah sangat dehydrating? Ini kerana tahap kelembapan di dalam kapal terbang adalah rendah, ditambah lagi dengan udara yang dikitar semula sahaja selama berjam-jam. Memakai makeup akan mengeruhkan lagi keadaan dimana kulit anda akan menjadi lebih kering sehingga boleh menggelupas. Jalan penyelesaiannya? Bawa makeup remover di dalam beg carry-on anda dan bersihkan muka anda sebaik sahaja anda settle down di tempat duduk anda selepas masuk ke dalam kapal terbang.

Pakai face mask.

Penting untuk anda sentiasa pastikan kulit anda, terutamanya kulit muka, sentiasa terhidrat semasa di dalam penerbangan. Jadi jangan lupa untuk pack sekali moisturizing mask, dan kalau boleh yang anda tak perlu remove selepas memakainya supaya anda tak perlulah susah-susah untuk membersihkannya.

Harumkan ruang anda dengan sampel minyak wangi.

Kadang-kadang, ada bau-bauan yang pelik muncul di dalam kapal terbang. Ya lah, ada beratus dan bermacam-macam orang disempitkan di dalam satu ruang. Macam-macam baulah ada. Haha. Kalau anda tak bawa signature perfume yang anda selalu gunakan, sebelum dipanggil masuk ke dalam penerbangan, dapatkan sampel minyak wangi percuma di kedai-kedai minyak wangi yang ada di dalam lapangan terbang. Kemudian, sapukanlah pada lengan, leher, baju dan juga headrest di tempat duduk anda. Yang penting, ruang di sekitar tempat duduk anda berbau segar.

Atau relaks dengan aromaterapi.

Chill out dan berehatlah di dalam penerbangan dengan sapukan sedikit aroma yang menyenangkan, seperti aroma lavender atau ros, pada pergelangan tangan anda dan di bawah hidung anda. Nak jimatkan ruang? Sebelum masuk ke dalam kapal terbang, letakkan sedikit minyak aromaterapi tersebut pada cotton ball dan simpankannya di dalam plastik kecil. Jadi tak payahlah susah-susah nak bawa sekali botol minyak aromaterapi itu di dalam beg carry-on anda.

Bawa snek anda sendiri.

Daripada anda menunggu flight attendant untuk muncul menolak troli membawa makanan, rancanglah awal-awal untuk membawa snek-snek ringan anda sendiri. Contohnya seperti gula-gula, coklat, mahupun buah-buahan yang elok dipek yang semestinya lebih hydrating untuk dijamah semasa di dalam penerbangan.

Dan air mineral juga.

Air mineral yang diberikan semasa penerbangan kebiasaannya di dalam botol bersaiz kecil dan tidak mencukupi. Memang boleh request sahaja daripada pramugari kalau anda memerlukan air mineral tetapi lecehlah sikit-sikit nak minta. Lama-lama pramugari itu pun muak tengok muka anda je. Haha. Jadi, bawa je lah air mineral anda sendiri. Botol air kosong boleh dibawa masuk melepasi airport security. Sebaik tiba di gate anda, penuhkanlah botol air anda itu.

Pelbagai cara sebagai signal “jangan ganggu”.

penerbangan

Sleeping mask atau sepasang headphone besar gedabak adalah antara cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan mesej “jangan ganggu” anda sampai pada mereka.

Anda ada lagi tip-tip lain? Mohon kongsikan dengan kami, please! 😀

Artikel ini telah diambil dan diolah daripada sumber: PureWow