Paris dan Barcelona adalah antara tempat yang paling popular untuk dikunjungi. Satu-satunya masalah tentang itu? Semua orang pun fikir benda yang sama. Jadi sebaliknya, apa kata anda jadi lain sikit dan nikmati keindahan semuanya sendiri-sendiri di salah satu negara yang paling kurang dikunjungi di dunia? Ini adalah enam buah negara di seluruh dunia yang didedahkan oleh  United Nations World Tourism Organization sebagai antara yang menerima jumlah pengunjung yang paling sedikit, daripada syurga Polinesia sehinggalah permata Eropah yang tersembunyi.

LIECHTENSTEIN (69,000 PENGUNJUNG)

Terletak di antara Switzerland dan Austria, Liechtenstein merupakan negara yang keenam terkecil di dunia. Tapi jangan terpedaya dengan saiznya yang kecil kerana jika dibandingkan dengan saiznya, Liechtenstein boleh dikatakan mempunyai banyak istana, ala-ala fairy-tale pula tu. Dengan pemandangan gunung-ganangnya yang cantik dan sejarah diraja yang menarik, negara terpencil ini ada banyak untuk ditawarkan kepada setiap pengunjungnya. Daerah ini tidak mempunyai lapangan terbang, jadi jika anda ingin ke sini, anda perlu terbang ke Zurich yang terletak berdekatan terlebih dahulu.

TUVALU (2,000 PENGUNJUNG)

Jika pantai-pantai yang cantik dan tersembunyi yang anda cari, tak perlu tercari-cari lagi kerana ini ada sembilan buah pulau yang cantik-cantik belaka yang terletak di tengah-tengah antara Hawaii dan Australia. Boleh dikatakan memang terpencil gila lah kawasan ini. Terletak di Lautan Pasifik di bahagian selatan garisan Khatulistiwa, Tuvalu mempunyai iklim Khatulistiwa, sama seperti Malaysia, iaitu panas, lembap dan hujan sepanjang tahun. Dengan suhu dan cuaca yang boleh dikatakan agak selesa, air laut berwarna biru turquoise dan pasir pantainya yang keemasan, sukar untuk percaya bahawa kepulauan ini hanya mempunyai kira-kira 2,000 orang pengunjung sahaja pada tahun lepas.

BELIZE (386,000 PENGUNJUNG)

Tinggalan-tinggalan orang Mayan, laut yang penuh dengan terumbu sawar sepanjang 200 batu dan hutan hujan tropika yang rimbun adalah antara beberapa sebab untuk mengunjungi negara yang paling kurang dikunjungi di Amerika Tengah ini. Untuk anda yang gemarkan aktiviti yang mencabar, anda pasti akan suka dengan zip-lining melalui hutan, scuba diving di Great Blue Hole yang sangat terkenal yang anda pasti pernah lihat gambarnya, mununggang kuda di bukit yang subur menghijau dan berkanu (atau cave tubing) merentasi sungai.

SAN MARINO (60,000 PENGUNJUNG)

Kita skip lambakan pelancong di Tuscany dan terus pergi ke San Marino, iaitu sebuah negara kecil yang terletak di bahagian utara Itali. San Marino mungkin kecil dengan populasi hanya kira 30,000 orang sahaja, tetapi seperti Itali, ia sangat padat dengan pemandangan yang menakjubkan dan juga makanan yang sedap-sedap (oh, dan juga dapat shopping bebas cukai)!

SIERRA LEONE (74,400 PENGUNJUNG)

Negara yang terletak di Afrika Barat ini pernah menjadi tumpuan dunia semasa krisis wabak Ebola pada tahun 2014 yang lalu, tetapi kini telah disahkan selamat dan bebas daripada virus tersebut sejak Mac 2016. Jika anda melancong ke sini, anda bukan sahaja membantu usaha pemulihan negara ini, malah anda juga dapat menerokai pantai indah yang dipenuhi dengan pokok palma, mencuba makanan tempatan, dan juga dapat mengenali budaya mereka yang sangat peramah dan welcoming, terutamanya terhadap pelancong luar.

BHUTAN (155,000 PENGUNJUNG)

Anda tahu tak apa yang paling menarik tentang negara comel yang terletak dan dikelilingi oleh pergunungan Himalaya ini? Mereka mengukur kekayaan negara (i.e. GDP) mereka dengan kebahagiaan rakyatnya. No wonderlah negara ini mendapat jolokan sebagai negara yang paling bahagia di dunia! Sebagai sebuah negara Buddha, Bhutan mempunyai banyak biara Buddha yang cantik, puncak gunung yang mengagumkan dan juga festival-festival yang berwarna-warni. Walaubagaimanapun, tak murah ya untuk travel ke negara ini kerana semua pengunjung luar dikehendaki membayar travel tariff harian sebanyak sekurang-kurangnya $200 (atau lebih, bergantung pada musim). Tetapi harga itu sudah termasuk dengan penginapan, makanan, tour guide dan juga pengangkutan.

Artikel ini telah diambil dan diolah dari sumber asalHuffPost