Bolivia adalah termasuk antara negara yang kami berkesempatan untuk jejaki sepanjang kembara kami ke benua South America baru-baru ini. Walaupun sebahagian besar daripada negara ini bukanlah dibina untuk tujuan pelancongan, tetapi untuk anda yang willing to take the path less traveled pasti akan diberi ganjaran dengan pengalaman yang pasti akan membuka mata anda, aktiviti yang adventurous dan juga peluang untuk mengambil gambar yang cantik-cantik belaka. Itu tak termasuk lagi dengan cerita epic untuk diceritakan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga anda di rumah!

Di sini, kami ingin ceritakan bagaimana untuk anda dapatkan visa pelancongan ke Bolivia kerana apparently, ramai yang tak tau macam mana nak apply memandangkan tiada kedutaan Bolivia di Malaysia. Tiada bayaran yang dikenakan bagi permohonan visa ini secara online, tau. So, jom baca step-by-step cara-cara untuk memohon visa Bolivia bagi rakyat Malaysia:

1. Pergi ke laman web rasmi Ministry of Foreign Affairs Bolivia dengan klik di SINI.

2. Scroll ke bawah. Di sebelah kanan page, anda akan nampak seksyen yang bertulis “ENLACES DE INTERÉS”. Di bawah seksyen itu, ada tabFORMULARIO DE SOLICITUD DE VISA”. Klik pada tab tersebut.

3. Seterusnya anda akan dibawa ke page untuk memulakan permohonan anda. Isikan maklumat ‘nationality dan ‘type of passport’ seperti yang diperlukan, serta alamat emel di ruangan yang disediakan. Setelah itu, klik pada linkRegistro del correo y envio al solicitante / registration email and sent to the applicant yang ada terdapat di bawah ruangan mengisi alamat emel.

4. Anda akan menerima kod pengesahan (validation code) melalui emel anda. Gunakan kod tersebut untuk mengakses borang permohonan visa secara online.

5. Untuk membuat permohonan visa ini, ada 5 langkah kesemuanya. Isikan segala maklumat yang diperlukan. Pada langkah terakhir pula, anda akan diminta untuk memuat naik dokumen-dokumen seperti yang berikut:

  • Itinerary sepanjang berada di Bolivia. Kalau boleh, itinerary tersebut mestilah lengkap menunjukkan entry point dan exit point anda di Bolivia.
  • Salinan pasport yang terkini.
  • Salinan akaun bank, atau penyata kewangan atau kad kredit.
  • Salinan tempahan penginapan untuk tempoh sepanjang berada di Bolivia.
  • Gambar berukuran pasport (saizL 2” x 2”)

6. Selepas anda selesai melengkapkan kelima-lima langkah tersebut dan memuat naik semua dokumen yang dikehendaki, barulah anda boleh klik ‘submit’!

7. Selepas permohonan visa anda berjaya dihantar, anda akan diberikan satu kod bagi permohonan anda tersebut. Simpan kod itu. Catatlah di mana-mana supaya tidak hilang atau terlupa.

8. Jangan lupa print borang permohonan dan juga kesemua dokumen yang telah anda muat naik tadi kerana anda wajib bawa kesemuanya bersama ke pejabat kedutaan.

9. Seperti yang telah dijelaskan tadi, di Malaysia tiada Pejabat Kedutaan Bolivia. Jadi, ada dua alternatif yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan visa Bolivia:

  • Di pejabat kedutaan Bolivia yang hampir dengan Malaysia, contohnya di Beijing, Manila, Osaka, Seoul, Sydney, Tokyo dan sebagainya.
  • Semasa transit, tetapi sebelum anda memasuki Bolivia melalui mana-mana negara Amerika Latin di mana ada terdapat pejabat kedutaan atau konsulat Bolivia.

Semasa trip kami ke South Amerika tempoh hari, kami telah membuat permohonan visa Bolivia kami ketika berada di Cusco, Peru.

12. Sekiranya semua dokumen yang telah anda upload itu sudah lengkap dan tiada sebarang kesalahan, visa akan diberikan kira-kira dalam masa satu jam sahaja. Tak lama pun. Tetapi kalau terdapat sebarang kesalahan dalam permohonan anda, berkemungkinan besar anda akan dikenakan bayaran penalty, iaitu sebanyak 10 peruvian soles bagi setiap kesalahan.

13. Anda dinasihatkan untuk standby juga gambar bersaiz pasport anda just in case. Andai kata gambar yang anda telah muat naik ke dalam sistem itu distort, pegawai yang bertugas nanti akan meminta anda gambar baru. So, prepare siap-siap 2-3 keping gambar awal-awal.

Tip: Untuk mengelakkan long queue semasa di pejabat kedutaan Bolivia, datanglah awak pagi.

Jika anda akan travel ke South America, bolehlah ke Pejabat Kedutaan Bolivia di Cusco, Peru.

  • Alamat: Oswaldo Baca 105, Cusco 080000, Peru.
  • Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 3.30 petang)

That’s all!

Selamat mengembara 😎

bolivia