Sepanjang kembara ke South America, boleh dikatakan hampir semua destinasi yang kami tujui berada di kawasan yang tinggi (lebih 2000 meter dari aras laut). Contohnya seperti Machu Pichu. Pewai jugalah. Tapi nasib baik view dia lawa, jadi terubat jugaklah penat lelah semua tu. Haha.

Orang yang tidak biasa dengan altitud tinggi boleh berisiko untuk terkena acute mountain sickness (AMS). Biasanya ia berlaku apabila anda bergerak dari kawasan rendah ke kawasan tinggi dengan cepat. AMS ini boleh jadi bahaya kalau tak dicegah awal-awal. Walaupun anda rasa tahap kecergasan anda sudah cukup baik, anda tetap juga boleh terkena, tak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Di kawasan yang tinggi, oksigen kurang, lalu boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk bernafas. Antara tanda-tanda lain yang menunjukkan anda menghadapi AMS termasuklah:

  • sakit kepala
  • pening dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • rasa lemah dan letih
  • perut berasa tidak selesa
  • tidak dapat tidur dengan lena

So, kalau anda ingin hiking atau camping (seperti di Canadian Rockies), atau bercadang untuk travel ke negara-negara beraltitud tinggi seperti Peru, Ecuador dan Nepal, ini dia serba sedikit tips untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko terkena AMS ini:

  1. Pastikan anda meminum air secukupnya. Anda perlu pastikan badan anda sentiasa hydrated semasa travel, lebih-lebih lagi apabila anda perlu berjalan jauh dan mendaki.
  2. Ambil pil acetazolamide (Diamox) sebelum memulakan perjalanan ke tempat yang beraltitud tinggi. Diamox boleh didapati di  kebanyakan farmasi di Malaysia. Tapi sebelum itu, kalau boleh, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.
  3. Jangan skip makan. Apabila perut anda kosong, akan lebih mudah untuk anda berasa pening dan sakit kepala, lebih-lebih lagi semasa mendaki. Ambil makanan berkarbohidrat secukupnya supaya anda ada tenaga semasa dalam perjalanan. Ini termasuklah roti, cereal, pasta dan nasi.
  4. Beberapa jam sebelum anda hiking tu, boleh juga minum hot coca tea. Ini adalah sebagai energy booster untuk anda sebelum memulakan perjalanan dan boleh menstabilkan tekanan dalam badan.
  5. Kalau boleh, standby juga beberapa snek seperti gula-gula, atau apa-apa energy bar. Bolehlah makan semasa hiking atau dalam perjalanan untuk tambah tenaga.
  6. Jika anda rasa terlalu penat sehinggakan rasa seperti tak cukup nafas, berhenti dan take a deep breath. Lakukan ini dalam kiraan 7-10 kali sebelum meneruskan perjalanan anda. Kalau anda join local tour, kebiasaannya agensi yang mengendalikan tour tersebut akan standby tangki oksigen awal-awal, in case ada kecemasan.
  7. Jika anda rasa tidak selesa atau menghadapi tanda-tanda AMS yang disebutkan di atas, seperti pening dan degupan jantung anda juga terasa laju, perlahankan langkah anda dan ambil masa untuk berehat seketika. Jangan paksa diri. Anda boleh sambung perjalanan anda setelah anda berasa pulih sepenuhnya.
  8. Kalau anda masih lagi berasa tidak selesa dan simptom-simptom AMS masih lagi ada walaupun selepas kira-kira 24 jam, anda perlu turun ke bawah sekurang-kurangnya 500 meter. Elakkan mendaki selagi anda belum pulih sepenuhnya. Kalau masih lagi teruk, alamatnya teruslah turun dan pergi ke klinik, dan dapatkan rawatan yang sepatutnya. Jangan pandang ringan AMS ni, walaupun anda rasa tak teruk mana. Kebiasaannya, badan anda akan dapat adapt dengan altitud itu selepas 2-3 hari. Selepas dapat menyesuaikan diri, hilanglah simptom-simptom AMS tersebut.

Semakin tinggi anda pergi, semakin nipislah udara, dan semakin kuranglah oksigen. Apabila oksigen pun tak cukup dalam badan, kita akan mudah berasa penat. Bila dah penat, nak melangkah satu langkah pun boleh takes a lot of effort. Kalau tak larat, jangan paksa diri. Know your body limit and listen to your body. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Semasa kembara kami di South America, orang-orang local di sana sering menasihati kami dengan 3 simple rules mereka iaitu:

Walk, walk and stop.”

Dan alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Yang paling penting semasa travel ini adalah untuk tahu your body limit. Dan lagi satu, jangan lupa ambil travel insurance sebelum memulakan kembara anda.

Selamat mengembara!

AMS