Tak sah kalau anda berkunjung ke Barcelona tapi tak ambil kesempatan untuk menyaksikan sendiri hasil-hasil kerja Antonio Gaudi, iaitu seorang arkitek yang ternama dari Reus, Catalonia, Sepanyol. Hasil-hasil kerja Gaudi mempunyai gaya individualistik dan sangat tersendiri dan kebanyakannya terletak di Barcelona. Kalau anda belum tahu, Sagrada Familia yang sangat terkenal di Barcelona itu telah direka oleh beliau lah!

Dikenali dan dikagumi di seluruh dunia, style yang ditonjolkan oleh Gaudi di dalam kerja-kerjanya bukan sahaja telah mempengaruhi bandar Barcelona sahaja, tetapi juga orang-orangnya, keseluruhan Sepanyol dan malah seluruh dunia juga.

Barcelona merupakan sebuah bandar yang padat dengan makanan, tarikan dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, jadi sementara anda berada di sana untuk kembara Eropah anda di salah satu bandar tercantik di Eropah ini, pastikan anda sentiasa buka mata untuk melihat antara ciptaan artistik yang sangat luar biasa yang telah dirancang oleh Gaudi ini. Jom tengok antara hasil-hasil kerjanya yang paling berpengaruh yang wajib dimasukkan di dalam bucket-list Barcelona anda! 🙂

1. Sagrada Familia

Walaupun masih belum siap sepenuhnya, Sagrada Familia adalah salah satu lifelong dreams Gaudi yang masih lagi dalam pembinaan. Ia telah dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 atau 2028, iaitu kira-kira hampir 140 tahun selepas ia mula-mula dibina. Walaupun Gaudi tahu bahawa Sagrada Familia ini tidak mungkin akan siap semasa hayat beliau, visinya untuk menjadikannya sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO yang paling dikenali tetap dikekalkan dan malah tercapai juga.

Jangan lupa untuk membeli tiket masuk secara online sebelum anda berkunjung ke sini, ya!
6 Must See Pieces Of Architecture By Gaudì In Barcelona (5)

2. Park Güell

Park Güell merupakan antara taman awam (public park) yang paling terkenal di Barcelona. Terletak di pinggir Carmel Hill, taman itu sendiri sudah cukup indah, ditambah lagi dengan bangunan-bangunan yang berwarna-warni yang menarik menjadikan Park Güell sebuah tempat yang wajib pergi, lebih-lebih lagi pada hari yang cerah di Barcelona.

3. Casa Milà

Casa Milà telah dibina pada awal abad ke-20 oleh Gaudi. Dikomisenkan oleh Pere Milà i Camps dan isterinya, Roser Segimon i Artells, bangunan ini sebenarnya tidak disukai oleh kebanyakan penduduk Barcelona semasa ianya masih lagi dalam pembinaan. Nasib baik bandar ini, penduduknya dan juga pengunjung-pengunjung akhirnya suka juga akan bangunan dengan senibina yang begitu mengagumkan ini.

Jangan lupa untuk melawat rooftopnya pada sekitar waktu matahari terbenam di mana anda boleh tengok langit dengan cahaya keemasan sambil menyaksikan kesibukan kota ini dari rooftop.

4. Casa Battlò

Casa Battlò terletak hanya kira-kira 10 minit berjalan kaki daripada Casa Milà. Reka bentuk, termasuk bumbungnya yang eye-catching dipengaruhi oleh corak kulit naga, sementara bentuknya yang diinspirasikan daripada alam semulajadi membuatkan bangunan ini menjadi antara sesuatu yang unik yang menarik pelancong untuk mengunjunginya apabila mereka berada di Barcelona.

5. Sagrada Família Schools

Terletak berhampiran dengan Sagrada Familia, di antara jalan Sardenya dan Mallorca, bangunan unik ini adalah salah satu tempat yang paling best untuk menerokai sejarah pembinaan projek-projek Gaudi. Tidak seperti sesetengah arkitek pada awal abad ke-20, Gaudi merupakan seorang yang sangat prihatin tentang kebajikan pekerja-pekerjanya. Malah beliau sentiasa memastikan pekerja-pekerjanya, keluarga dan anak-anak mereka mendapat manfaat daripada projek-projeknya, dengan Sagrada Família Schools menjadi salah satu daripada projeknya yang paling dikenali.