Darjeeling sangat terkenal dengan industri teh mereka. Bandar ini terletak di tengah-tengah kawasan rendah Himalaya yang juga lebih dikenali sebagai Mahabharat Range. Ia merupakan sebuah bandar yang dirahmati dengan sejarah dan sumber alam semula jadi yang melimpah ruah, dan kerana iklimnya yang sentiasa baik sepanjang tahu, Darjeeling boleh dikatakan sebagai antara destinasi pelancongan yang menjadi pilihan di India.

Jom kita kenal dengan Darjeeling! Berikut adalah antara 5 fakta menarik bandar cantik ini:

 

1. “Darjeeling” berasal daripada perkataan Tibetan “dorje” yang bermaksud petir dan “ling” yang bermaksud “tempat atau tanah”. Jadi ianya juga dikenali sebagai Land of Thunderbolt.


2. Darjeeling Ropeway, atau juga lebih dikenali sebagai Darjeeling-Rangit Valley Cable Car merupakan cable car yang paling tua di India. Daripada cable car, anda dapat menyaksikan pemandangan valley yang sangat cantik yang dipenuhi dengan ladang teh berwarna hijau dan hutan-hutan yang dipisahkan oleh beberapa sungai yang mengalir. Ia merupakan salah satu spot yang paling popular di Darjeeling dalam kalangan pelancong.


3. Keretapi Darjeeling lebih dikenali sebagai “Toy Train” kerana landasannya yang hanya seluas 2 kaki. Keretapi ini telah dibina pada sekitar tahun 1879 dan 1881. Ini bermakna keretapi ini telah pun berusia kira-kira 138 tahun! Selain itu, ia juga mempunyai landasan kira-kira sepanjang 88 kilometer dan telah diiktirah sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada 2 December 1999.


4. Tiger Hill di Darjeeling mempunyai pemandangan gunung Kanchenjunga yang sangat mengagumkan ketika cahaya matahari mula memancar ke puncaknya. Ia mungkin sahaja adalah antara pengalaman yang paling tak boleh miss bagi sesiapa sahaja yang travel ke Darjeeling. Berada di ketinggian 2,590 meter dan dengan jarak 13 km daripada Darjeeling, Tiger Hill mampu menawarkan pengunjungnya dengan pemandangan menakjubkan pergunungan tersebut.


5. Darjeeling merupakan syurga bagi pencinta teh. Ladang teh di Darjeeling telah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 1854! 25% daripada bekalan teh di negara ini datangnya daripada Darjeeling. Teh Darjeeling mempunyai warna yang terang dan juga aroma bunga yang lembut yang pasti akan membuatkan orang rasa tertarik, lebih-lebih lagi bagi tea lovers. Disebabkan aromanya juga, Darjeeling ini dapat gelaran “champagne of teas” tau. Wow! Mesti wangi gila kan bau daun teh mereka. Ummpphh gittew. Haha.

darjeeling india


Fakta tambahan:

6. Anda peminat Sherlock Holmes? Tahukan anda bahawa pelakon Benedict Cumberbatch pernah mengajar bahasa Inggeris di Darjeeling😱