Bila bercakap tentang travel memang seronok, tapi setiap orang pasti akan menghadapi cabaran tertentu sewaktu travel. Lebih-lebih sekarang ini bagi Muslim travelers, islamophobia semakin berleluasa. Kadang-kadang, kesusahan atau cabaran akan membuatkan kita rasa down dan patah semangat – dan seterusnya timbullah bisikan-bisikan halus dalam kepala yang menyatakan ‘kalau dari awal-awal tak travel mesti tak jadi macam ni’, ‘menyesal travel!’, ‘taubat lah tak nak travel lagi dah lepas ni’ dan sebagainya. Tabahkan hati, cekalkan iman. Setiap pengalaman yang anda kutip ketika travel adalah satu pengajaran yang berharga yang anda tidak akan dapat kalau anda tak keluar daripada zon selesa anda.

Travel sebagai seorang Muslim tak mudah, tapi tidaklah susah juga. Yang penting, macam-macam yang anda akan dapat apabila travel dan semestinya ianya berbaloi. Jika selama ini anda mengelak untuk travel kerana perasaan takut terhadap dunia pada masa ini, di bawah ini ada antara beberapa pengajaran yang mungkin boleh meyakinkan anda bahawa cabaran yang anda hadapi semasa travel itu bukanlah sesuatu yang sia-sia, bahkan sebenarnya sangat berharga – mungkin tidak pada saat itu, tetapi apabila anda teringat dan merenungnya kembali nanti.


Anda perlu sentiasa keep track waktu solat.

Merancang perjalanan anda berdasarkan waktu solat akan membolehkan anda untuk menguruskan waktu yang anda ada semasa travel dengan sebaiknya.

Kalau fikir dapat travel tanpa perlu kisah nak tengok waktu mungkin kedengaran best, tetapi percayalah, kalau anda lupakan waktu solat anda, anda pasti akan merasakan seperti masa berjalan dengan lebih cepat tanpa anda sedar. Akhirnya, anda yang akan tertanya-tanya apa yang anda buat sampai boleh tak rasa masa berlalu dengan begitu cepat.

Mesti anda pun sudah terbiasa dengan dialog seperti “kita gerak lepas subuh”, “sebelum zohor kita pergi makan”, “lepas maghrib kita jumpa kat sini” dan sebagainya. Tak rasa awesome ke kita ada lima ‘reminder’ tentang waktu dalam sehari? Awesome, kan?


Anda akan sentiasa mencari bilik atau ruang kosong untuk anda menunaikan solat anda.

Apabila anda travel, anda akan jauh daripada semua yang familiar dengan anda, sehinggakan kadang-kadang buatkan rasa seperti tiada tempat bergantung, walaupun anda bukanlah travel berseorangan. Waktu inilah anda akan dapat rasa yang Tuhan sahajalah tempat bergantung anda yang berkuasa melindungi anda sepanjang perjalanan anda.

Apabila anda jumpa tempat yang sesuai untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim, anda akan sedar bahawa Dia sentiasa memberikan jalan untuk anda kalau anda mencarinya. Dia akan sentiasa menjaga dan melindungi anda dan juga semua urusan anda. Bukan setakat berkenaan dengan tempat solat sahaja tau. Anda cari makanan halal pun jumpa, kan? Itu tandanya Dia memberikan jalan untuk anda.

Semasa anda solat, anda immerse diri anda dalam mempercayai yang Tuhan akan melindungi dan menjaga anda dalam apa jua keadaan sekali pun, Selepas daripadanya, anda berasa fresh, tenang, selamat dan dilindungi. Dan perasaan itu akan kekal dengan anda sepanjang hari.

 “Not a leaf falls but that He knows it.” (Quran 6:59)

Percayalah yang Dia tahu setiap niat anda dan apa yang anda lakukan, dan yakinlah bahawa Dia akan selalu membuka jalan untuk anda.


Anda tidak boleh makan sesuka hati.

Ini akan membuatkan anda lebih bersyukur dengan kemewahan (makanan halal yang ada di mana-mana) yang anda ada di tempat atau home country anda sendiri.

Anda berjalan melintasi deretan kedai-kedai yang menghidangkan makanan yang kelihatan sangat menyelerakan, ataupun restoran-restoran yang sangat padat dengan orang, dan ada kalanya terlintas di fikiran anda yang tempat-tempat tersebut tidak halal untuk Muslim seperti anda. Anda harap anda boleh masuk dan makan dengan bebas. Kan senang kalau boleh macam tu, kan? Tapi anda lawan perasaan itu dan itulah yang sebenar-benarnya keberkatan yang anda dapat. Pilihlah untuk melakukan sesuatu kerana Dia, anda pasti akan mendapat balasan yang berlipat kali ganda.


Orang akan pandang anda.

Inilah peluang anda untuk tunjukkan kepada orang lain tentang Islam yang sebenar.

Sebagai seorang Muslim, anda mungkin pernah ditahan atau disoal siasat lebih daripada orang lain semasa melalui imigresen, lagi-lagi jika anda seorang wanita kerana hijab yang dipakai jelas-jelas menandakan anda seorang Muslim. Jadi anda sentiasa berharap anda dapat melepasi imigresen tanpa apa-apa masalah. Anda juga mungkin sentiasa berharap dapat bergaul bebas dengan orang lain tanpa dipandang dua kali hanya kerana anda seorang Muslim. Daripada anda melihatnya sebagai sesuatu yang negatif, anda sepatutnya berasa bangga anda dikenali sebagai seorang yang beragama Islam dan orang memandang anda – untuk mereka tahu apa Islam yang sebenarnya.

Waktu-waktu seperti inilah anda boleh menunjukkan kepada mereka, melalui pakaian atau akhlak yang baik, bahawa Islam sangat jauh berbeza daripada imej-imej negatif yang digambarkan oleh media. Itulah kebolehan dan kuasa yang anda ada sebagai pengembara, dan itulah juga yang anda pegang sebagai seorang Muslim.


Anda tak boleh elak pandangan buruk dari orang lain.

Ya, tapi iman anda akan lebih kukuh dan anda juga akan belajar dalam kesabaran.

Apabila anda travel, anda akan berjumpa dengan ramai orang. Dan ada antara mereka yang mungkin akan menjauhkan diri daripada anda atau membalas senyuman anda dengan memandang sinis, dan anda mungkin berasa kecewa apabila perkara seperti ini berlaku. Tapi pengalaman seperti ini akan mengingatkan anda tentang ruang kecil yang anda diami di dunia ini – di tempat asal anda, anda mungkin seorang yang dikenali dan dipandang tinggi kerana tahap pendidikan anda, atau pangkat anda, di mana biasanya akan menimbulkan rasa bangga dalam diri.

Jika anda berdepan dengan orang asing yang seolah-olah tak suka dengan kewujudan anda, lihatlah ia sebagai peringatan daripada Tuhan:

“Do not walk proudly on the Earth. You can neither tear the Earth apart, Nor can you rival the mountains in height.” (Quran 17:37)


Orang akan menghujani anda dengan soalan.

Anda akan menyedari bahawa ianya lebih kepada perasaan ingin tahu daripada mereka bersifat offensive.

“Kenapa anda pakai kain itu di kepala anda?”, “kenapa anda perlu solat?” Soalan-soalan seperti ini adalah common, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tak pernah berjumpa atau bersemuka dan berbual dengan Muslim sebelum ini. Tapi anda sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang untuk bantu mereka lebih memahami Islam dan menjelaskan kepada mereka tentang salah faham tentang Islam yang mungkin selama ini mereka percaya.

Ubah soalan-soalan yang diajukan kepada anda menjadi satu perbualan yang terbuka dan mungkin juga boleh mengajar mereka serba sedikit tentang Islam. Anda juga akan belajar lebih banyak lagi tentang diri anda sendiri dan juga tentang agama yang anda pegang selama ini. Kembara anda ke dunia luar pasti akan jadi lebih berharga apabila anda mengambilnya sebagai peluang untuk, bukan sahaja mengubah diri dan pandangan anda sendiri, tetapi juga orang-orang di sekeliling anda.


Sesetengah orang akan menjauhkan diri daripada anda kerana mereka fikir anda menyusahkan.

Tapi inilah masanya anda kenal siapa kawan siapa lawan.

Anda mungkin berasa bersalah apabila kawan-kawan anda perlu cari dan makanan halal bersama-sama dengan anda untuk accommodate keperluan anda, atau apabila kawan-kawan anda terpaksa menunggu anda sementara anda mengambil masa untuk menunaikan solat anda. Kadang-kadang anda rasa seperti anda menyusahkan mereka, tapi anda akan sedar bahawa sahabat sejati tidak akan merasakan ini sebagai satu beban. Malah, mereka akan turut mencari kedai halal dan berasa seronok makan dengan anda. Mereka akan sentiasa menunggu anda, walaupun anda menyuruh mereka untuk tidak menunggu anda. Dengan kawan-kawan seperti ini, yang sentiasa bersama anda melalui waktu senang dan yang tak-berapa-senang, anda akan belajar untuk lebih menghargai mereka dan hubungan persahabatan yang anda ada bersama mereka.


Anda berasa risau dan takut apabila anda terdengar tentang sesuatu daripada media dan juga orang di sekeliling anda tentang tempat yang anda ingin lawati.

Tapi apabila anda pergi dan experience sendiri tempat-tempat tersebut, anda tahu sendiri betapa silapnya mereka.

Orang-orang di sekeliling anda yang rapat dengan anda mungkin akan memberitahu anda tentang bahaya yang ada di tempat-tempat tersebut, atau mungkin juga mereka akan mempersoalkan kenapa anda mahu travel ke sana. Paling advance, mungkin ada juga yang menasihati anda untuk tidak memakai hijab “demi keselamatan anda”. Tetapi apabila anda pilih untuk memberanikan diri untuk melangkah keluar dari zon selesa anda dan travel, anda akan sedar yang mereka silap, dan betapa indahnya tempat-tempat tersebut dan juga orang-orang yang tinggal di sana. Percayalah, anda hanya akan dapat gain sesuatu jika anda tolak tepi gambaran-gambaran orang lain dan pergi experience sendiri tempat-tempat tersebut. Ha, balik nanti, bolehlah bantu untuk memperbetulkan salah faham mereka pula.

Artikel ini telah diambil dan diolah dari sumber asal: The Muslim Vibe