Kalau anda ada peluang untuk travel ke Canada, ambil lah peluang tu. Seronok tau! Dapat tengok pemandangan padang rumput hijau yang terbentang luas, gunung-ganang yang puncaknya diselaputi salji putih, tasik berwarna biru yang anda mesti tak percaya,  boleh jalan-jalan di bandar, boleh nikmati pemandangan di countryside dan macam-macam lagi lah. Yang paling best, semua ini anda boleh dapatkan dalam satu negara! Awesome, kan? Nak golek-golek atas rumput atau atas salji pun boleh. Haha.

Cara yang paling baik untuk anda merasai semua yang disebutkan di atas itu adalah dengan menyewa kereta dan buat road trip. Tapi biasalah, memandu di negara orang dengan memandu di negara kita sendiri pastinya serba-sedikit ada perbezaan. Banyak juga perkara yang boleh berlaku apabila menyewa kereta seperti kereta rosak, kemalangan dan sebagainya. So, di sini kami kongsikan dengan anda sedikit sebanyak tips untuk menyewa kereta dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan yang perlu anda ambil tahu sebelum memandu di Canada:

1. Rakyat Malaysia yang ingin memandu di Canada tidak perlu memiliki lesen memandu antarabangsa kerana lesen memandu Malaysia boleh dan sah digunakan di Canada. Tapi kena lesen yang baru lah, yang ada dua bahasa, iaitu termasuk bahasa Inggeris. Lesen lama tidak boleh dipakai, ya.

2. Di Canada, pemanduan adalah di sebelah kiri, berbeza dengan kita di Malaysia yang di sebelah kanan. Maknanya, lane juga berlainan arah. Jadi pandulah berhati-hati. Kalau boleh, sebelum memulakan perjalanan jauh, ambil masa terlebih dahulu untuk membiasakan diri memandu di sebelah kiri kereta dan di sebelah kanan jalan. Praktis dulu, ya!

3. Seeloknya tempah kereta sewa dengan lebih awal secara online untuk dapatkan harga yang lebih murah. Lebih-lebih lagi jika anda travel ke sana ketika peak season seperti musim panas. Harga memang akan melambung tinggi, so jangan lupa untuk tempah awal-awal, tau!

4. Antara website yang anda boleh gunakan untuk lebih jimat apabila menyewa kereta adalah Hotwire. Harga yang ditawarkan di laman web ini boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan dengan laman web lain.

5. Hampir kesemua syarikat akan memerlukan anda untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit. Jarang sekali ada syarikat yang menerima wang tunai. Dan yang paling penting, nama di atas kad kredit yang digunakan tersebut mestilah sama dengan nama pemandu yang menyewa kereta tersebut. Andai kata pemilik kad kredit tersebut tiada bersama pada waktu itu, anda perlu menyediakan surat pengesahan daripada pemilik kad tersebut yang menyatakan persetujuan dan kebenaran untuk anda menggunakan kad kreditnya bagi tujuan menyewa kereta.

6. Pastikan anda dapatkan perlindungan insurans. Kalau boleh, ambillah yang lebih komprehensif atau pun yang full coverage car insurance. Memang agak mahal sedikit tetapi berbaloi. Kalau apa-apa jadi sepanjang anda menyewa kereta tersebut, contohnya kemalangan dan sebagainya, anda tidak akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos tambahan sekiranya anda ada insurans. Insurans ini bukanlah wajib. Kalau tak nak pun tidak mengapa, tapi apa-apa risiko anda kena pandai-pandai tanggung sendiri lah nanti.

Kebiasaannya apabila anda hendak booking kereta sewa, akan ada option untuk anda dapatkan sekali pakej insurans bersama-sama dengan kereta sewa. Boleh juga yang itu tetapi lebih baik kalau anda cari sendiri yang betul-betul sesuai dengan anda dan trip anda nanti.

7. Pandu ikut had laju yang ditetapkan, terutamanya di kawasan taman negara. Ini kerana di kawasan taman negara, haiwan-haiwannya memang dibiarkan bebas berkeliaran dan kadang-kadang mereka melintas jalan juga. Kebiasaannya ada papan tanda di kawasan di mana banyak haiwan melintas untuk memberi amaran tentang kehadiran haiwan-haiwan ini. Anda kena sentiasa alert lah. Lagi-lagi pada waktu malam sebab mereka lebih aktif pada waktu malam dan possibility untuk mereka melintas jalan pada waktu ini juga lebih tinggi. Banyak kemalangan berlaku di kalangan pelancong luar akibat daripada terlanggar haiwan-haiwan liar ini. So, hati-hati, ya!

8. Dua benda yang anda jangan langgar di sini – (1) haiwan liar dan (2) peraturan lalu lintas. Kalau anda memandu melebihi had laju yang ditetapkan, tidak kiralah di ceruk mana pun anda berada, saman tetap akan sampai. Jika anda tidak menerima saman tersebut pada tangan anda, syarikat kereta sewa lah yang akan menerimanya. Mereka akan cajkan jumlah saman dan kadang-kadang, termasuk sekali dengan caj lain-lain yang mungkin tersembunyi, ke kad kredit anda. Jadi, awasi had laju anda dan ikut setiap peraturan lalu lintas.

9. Harga minyak petrol atau diesel di setiap stesen minyak boleh dikatakan berbeza-beza. Harga minyak selalunya akan jadi lebih mahal di kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar. Pandai-pandai lah adjust nak isi di mana ya.

10. Apabila anda buat road trip di Canada ini, pastikan anda mengisi minyak secukupnya, tau. Sebabnya stesen minyak tak banyak, terutamanya di sekitar kawasan taman negara. Jadi, kalau minyak dah tinggal separuh tangki tu, bolehlah terus top up lagi bagi penuh apabila jumpa stesen minyak. Jangan ambil risiko dengan berfikiran positif sangat konon-konon minyak cukup untuk tiba ke destinasi. Isi je.

11. Terakhir sekali, di taman negara terutamanya, papan tanda atau signboard tak sebanyak seperti di Malaysia. Jadi, untuk memudahkan urusan, jangan lupa untuk download dahulu offline maps sebelum memulakan perjalanan. Kalau boleh, bawa juga peta untuk memastikan anda tidak sesat sepanjang perjalanan nanti.

Teringin nak buat road trip di Canada selepas baca artikel ini? Nah pilih lah mana-mana antara 10 taman negara di Canada ini. Sangat cantik!