Kalau 10 sebab kenapa anda perlu kunjungi Norway yang pernah kami kongsikan sebelum ini belum cukup meyakinkan anda untuk travel ke sana, ini dia, kami tambah lagi sebab untuk buat anda jatuh cinta terus dengan salah satu negara Skandinavia ini! Kalau anda tak tau lagi, negara Norway sangat terkenal dengan fjordnya dan merupakan negara yang mempunyai fjord paling banyak di dunia, iaitu sebanyak 1,190 buah fjord! Say whaaaaaat?? Banyak gila, kan? Sudahlah negara ini memang sedia ada cantik, ditambah dengan seribu fjord lagi, memang betul-betul menakjubkan dan berbaloilah untuk keliling dunia untuk melihatnya. Disebabkan jumlah fjord di sana terlalu banyak, kita buat list yang masuk akal sikitlah, ya. Nah, ini dia 8 fjord yang paling awesome (dan juga yang paling mudah) untuk dikunjungi di Norway!


Nærøyfjord

Nærøyfjord adalah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, dan kalau anda tertanya-tanya apa yang special sangat fjord ini sampai dapat status berprestij tersebut, silalah pergi sendiri jejakkan kaki anda ke sini dan lihat sendiri dengan mata anda. Fjord ini tersangatlah cantik pasti akan membuatkan anda ternganga dan tak percaya saat anda melihatnya. Kalau ada status yang lebih tinggi daripada status ‘Tapak Warisan Dunia UNESCO’, pastinya sudah diberikan kepada tempat ini.


Sognefjord

Sognefjord adalh fjord terpanjang di Norway dan daripada 1,190 fjord yang ada, ini merupakan antara yang paling menggagumkan! Fjord ini boleh dikunjungi melalui kereta api dari Bergen ke Flam, dan pemandangan yang paling best adalah dari Stegastein. Oh ya, kalau nak tau, sebenarnya Nærøyfjord yang disebutkan sebelum ini adalah cabang daripada Sognefjord, tau. Memang tak hairanlah kalau dua-dua fjord ini termasuk dalam senarai wajib pergi sebab dua-dua cantik.


Geirangerfjord

Fjord yang satu ini juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Salah satu ciri yang paling outstanding yang ada di Geirangerfjord ini ialah The Seven Sisters Waterfall, di mana air terjun ini terdiri daripada tujuh aliran sungai yang berlainan. Cool, kan? Dengan keindahannya yang begitu menakjubkan, memang layaklah untuk dapat status Tapak Warisan Dunia.


Lysefjord

Kalau nak tengok pemandangan Lysefjord yang paling cantik, kena lah naik ke Pulpit Rock. Keletihan mendaki pasti akan terbayar (malah mungkin terus dilupakan) dengan pemandangan luas fjord yang menakjubkan ini. Untuk ke sini, anda perlu pergi ke Stavanger dan naik feri terlebih dahulu. Kalau tak nak daki sehingga ke puncak Pulpit Rock pon tidak mengapa. Walaupun separuh jalan sahaja pon anda dah boleh nampak fjord ini. Kalau tak minat mendaki, anda juga boleh menaiki bot yang akan membawa anda melalui fjord ini.


Aurlandsfjord

Fjord di Norway ini banyak koleksi tau. Aurlandsfjord ini adalah salah satu lagi cabang Sognefjord, dan juga merupakan bahagian pertama untuk koleksi fjord yang anda akan jumpa di Flam (sebelum anda sampai ke Sognefjord). Di Stegastein, selain Sognefjord, pemandangan cantik Aurlandsfjord juga boleh disaksikan di sini!


Hardangerfjord

Kalau anda seorang thrill-seeker dan ingin menonjolkan sifat anda itu, maka tempat yang paling the best untuk anda melihat Hardangerfjord adalah dari Trolltunga (yang kalau di-directly-translated-kan bermaksud “the troll’s tongue”, atau “lidah troll”). Trolltunga ini adalah batu yang menjalar keluar daripada gunung, dan kalau tengok memang longgar lutut dibuatnya. Haha.

Fjord in Norway


Nordfjord

Fjord yang mempunyai suasana yang amat menenangkan ini adalah fjord ke-6 yang paling panjang di Norway. Antara yang menarik juga di sini adalah aktiviti skiing yang terdapat di sekitar kawasan ini. Oh dan juga Jostedal Glacier yang amat luar biasa juga!


Hjørundfjord

Fjord ini dikelilingi oleh puncak-puncak alpine yang tajam. Mungkin kerana pemandangan pergunungan alpnya yang begitu mempersonakan, ramai yang mengatakan bahawa Hjørundfjord adalah fjord yang paling cantik di Norway.


Kredit: Hand Luggage Only