London adalah sebuah kota yang padat dengan tempat-tempat menarik untuk dilihat, makanan untuk dicuba dan malah, benda yang pelik-pelik pun anda boleh kalau anda cari. Tempat-tempat tarikan pelancong itu memang anda patut kunjungi, tetapi sebenarnya ada ‘harta karun’ yang lebih menarik dan cool di London yang tak ramai orang luar tahu, yang anda perlu tahu dan cari.  Jeng jeng jeng. Jom kita mulakan misi kita!

1. St Dunstan’s in the East

London

St. Dunstan’s in the East ini dahulunya merupakan sebuah gereja tetapi telah musnah ketika Perang Dunia ke-2 dan runtuhannya kini dijadikan sebagai sebuah tamah awam. Yang agak menariknya tentang bangunan ini bukan sahaja tentang seni binanya yang Gothic, tetapi betapa ia terletak di tengah-tengah Kota London! Taman rahsia yang dahulunya dimusnahkan oleh Perang Dunia ke-2 ini merupakan salah satu rahsia terbaik London, dan sangat sesuai sebagai lokasi untuk photography dan filming. Hebat betul orang London simpan rahsia. Haha.

Di mana? Di antara Monument dan Tower Hill.

2. Balai Polis terkecil di UK

Balai polis ini telah dibina pada tahun 1926 untuk polis memantau protes yang berlaku di Trafalgar Square. Kiranya macam CCTV tahun 1920an lah. Of course, ianya tidak lagi aktif digunakan sebagai balai polis tapi merupakan sesuatu yang menarik untuk dilihat ketika anda berada di Trafalgar Square.

Di mana? Trafalgar Square.

3. The Seven Noses

The Seven Noses, atau dalam bahasa Melayunya, Tujuh Hidung (huhu), telah direka oleh seorang artis bernama Rick Buckley pada sekitar tahun 1997. Hidung-hidung misteri ini sebenarnya adalah sebagai protes kepada perlambakan kamera CCTV di jalan-jalan di sekitar London kerana ramai orang pada waktu itu menganggap bahawa kamera-kamera ini sebagai satu langkah untuk mengawal kehidupan mereka (penduduk London) oleh organisasi atau orang tertentu.

Katanya, Rick Buckley pada asalnya telah menyorokkan kira-kira 35 batang hidung, tetapi malangnya hanya 7 je (ada juga yang kata 10) yang masih bertahan hingga kini. Apa-apa pun, bolehlah anda buat misi mencari ‘harta karun’ ini apabila anda berada di London nanti. Haha.

Di mana? Soho.

4. St. Martin’s Window

St. Martin-in-the-Fields merupakan sebuah gereja yang telah dibina sekitar tahun 1721–1726. Selain daripada konsert klasik percuma yang diadakan pada setiap petang, apa yang menarik di sini adalah tingkapnya yang pelik, tetapi cukup mempesonakan kerana keunikannya.

Di mana? Trafalgar Square.

5. Isabella Plantation

Taman bunga yang sangat cantik ini pastinya akan menyegarkan mata anda dengan pemandangan yang ala-ala sebuah lukisan. Jika anda ke sini, jangan lupa untuk pergi ke King Henry’s Mound, di mana anda akan dihadiahkan dengan pemandangan indah St Paul Cathedral.

Di mana? Richmond Park.

6. The Hidden Ears

Sama seperti ‘The Seven Noses’ yang diceritakan di atas tadi, telinga-telinga tersembunyi ini juga telah direka oleh seorang lagi artis, iaitu Tim Fishlock. Dua daripadanya ada di Floral Street di Covent Garden. Yang lain-lain dipercayai ada berselerakan di sekitar bandar itu. Apa lagi? Treasure hunt lah!

Di mana? Covent Garden.

7. Queen Elizabeth Roof Garden Bar & Cafe

Orang kata tak sah kalau ke London tapi tak singgah ke rooftop garden mereka. Salah satu rooftop garden yang best dan berbaloi untuk dikunjungi di kota ini ada di South Bank Centre. Kalau tak order apa-apa makanan atau minuman pun tidak mengapa. Cukuplah dapat hang out sebentar sambil menikmati pemandangan indah kota London dari atas bumbung. Waktu paling cantik semestinya semasa waktu matahari terbenam!

Di mana? The South Bank.

8. Chislehurst Caves

Ini merupakan salah satu tempat rahsia yang paling jauh dari Central London. Bukan selalu dapat peluang nak explore gua, di London pula tu! So, jangan lupa masukkan dalam London bucketlist, ok!

Di mana? Chislehurst.

9. Cockney Cash Machine

Dialek Cockney boleh dikira sebagai satu bahasa dan merupakan satu seni yang tersendiri. Dan demi ‘menghidupkan’ tradisi Cockney yang terdapat di East London, ada beberapa mesin tunai yang boleh anda temui di kota London ini di mana anda boleh memilih ‘Cockney’ sebagai bahasa pilihan anda. Cool gila, kan? Anda mungkin tak berapa faham bahasa Cockney ini tetapi cubalah untuk seronok-seronok. Cuba bayangkan kalau mesin ATM kita ada pilihan loghat bahasa Kelantan ke, Sabah ke yang pekat-pekat tu, mesti cool gila! Haha.

Di mana? Commercial Road dan Roman Road (dan beberapa tempat lagi) di East London.

Kredit: Hand Luggage Only

. . . . .

Kalau anda tahu mana-mana lagi secret spot di London ke, Paris ke, Tokyo ke, Seoul ke, mahupun di Kuala Lumpur sekalipun, kongsi dengan kami melalui ruangan komen di bawah tau! Sharing is caring. Hehe.

Lagi satu, ke mana-mana pun anda pergi, haruslah bijak menguruskan wang, ye! 😀