Melangkah keluar ke sesuatu tempat yang asing adalah apa yang membuatkan travel itu satu aktiviti yang menyeronokkan. Setiap hari membawa kita kepada banyak benda yang tidak dapat kita jangkakan, tidak kiralah yang baik ataupun yang buruk. Anda mungkin end up bersiar-siar dan menikmati keindahan kota Rome – atau dirompak di Paris. Mungkin juga anda sedang menikmati deruan ombak dan suasana pantai di Thailand – atau mungkin juga anda keracunan makanan di Jepun.

Tapi jika anda bersedia, anda akan mampu untuk menghadapi apa-apa sahaja yang terjadi sepanjang anda travel:

1. Bawa First Aid Kit.

Walaupun kita hidup dalam zaman di mana perubatan moden boleh didapati hampir di mana-mana sahaja kita berada, bukan ke lagi bagus kalau kita sediakan payung kita sendiri sebelum hujan daripada kelam-kabut nak cari saat kita memerlukan? Memang mudah untuk jumpa farmasi di mana-mana pun, tetapi in case ada kecemasan, adalah lebih baik untuk ada barang-barang berguna seperti ini dengan anda.

*Baca: Ubat Yang Perlu Dibawa Ketika Travel

2. Bawa payung.

Kebanyakan traveler tidak membawa payung semasa travel sebab ia akan menambah berat pada beg mereka, dan pada mereka, boleh je beli nanti kalau perlu. Ya, payung memang akan menambah sedikit berat pada beg anda, tapi anda tak akan pernah tahu bila anda akan memerlukannya. Mana tau, anda baru sahaja keluar daripada lapangan terbang ataupun sedang berjalan-berjalan di taman, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Daripada anda lari mencari tempat untuk berteduh, lebih baik anda keluarkan terus payung, kan? Jadi, sentiasa sediakan payung sebelum hujan, tau!

3. Belajar ayat atau perkataan basic.

Bukanlah nak kata penduduk tempatan akan expect anda expert dalam bahasa mereka. Tapi sekurang-kurangnya dengan mengetahui bagaimana untuk mengucapkan ”hello”, “selamat tinggal”, dan “terima kasih” dalam bahasa mereka pasti akan buat mereka lebih suka dengan anda dan memudahkan lagi anda untuk get along dengan mereka. Lagi satu, mereka juga pasti akan kagum dan bangga anda tahu bahasa mereka. Yalah, kalau kita berjumpa dengan Mat Saleh boleh bertutur dalam bahasa kita pun mesti kita rasa bangga, kan? Haha. Dengan mengetahui sedikit sebanyak ayat-ayat basic bukan sahaja akan memudahkan anda untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan, malah ia juga sangat membantu saat anda ingin tawar-menawar ketika membeli barang, memesan makanan, kalau-kalau anda sesat, ataupun ketika anda memerlukan bantuan. Sekarang ini semua benda di hujung jari. Download je lah applications untuk belajar bahasa dalam smartphone. Macam-macam ada!

4. Pastikan wang kecemasan setiasa ada dengan anda.

Mesin ATM memang ada di mana-mana, tapi anda tidak akan pernah tahu bila anda memerlukannya. Kita bukannya boleh agak apa yang akan jadi, kan? Mana tahu tiba-tiba kad-kad ATM anda tak boleh digunakan dan anda sudah kehabisan duit? Tak ke susah nanti? Jangan bawa semua wang kecemasan anda, tetapi bawalah sebahagian dan sorokkan di tempat yang tersembunyi, seperti di dalam kasut, in case anda memerlukannya. Selebihnya pula tinggalkan sahaja di bilik hostel. Andai kata contohnya anda dirompak, tak ada lah anda kehilangan semua wang kerana anda ada lagi sebahagian yang anda simpan di bilik, misalnya.

5. Ada kad backup.

Sentiasa bawa sekurang-kurangnya satu backup credit card atau kad bank dengan anda. Anda tidak akan pernah tahu sekiranya bank anda decide untuk lock akaun anda kerana hal-hal tertentu tanpa memberitahu anda. Zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Maklumat akaun bank anda pun boleh dicuri dan digunakan oleh orang lain semasa anda travel dan kalau itu terjadi, bank terpaksalah deactivate kad bank anda. Bayangkan kalau anda tidak mempunyai kad backup bersama anda semasa travel, macam mana anda mahu access duit anda, kan?

6. Bawa duit cash.

Menggunakan kad kredit memang lebih mudah dan pantas. Kebanyakan daripada kita pun sudah biasa menggunakan kad kredit. Swipe, swipe, swipe je. Tapi tak semua tempat anda boleh pakai kad untuk membuat bayaran. Malah, kadang-kadang, ada juga jenis kad yang tidak boleh diterima dan digunakan di sesetengah tempat, misalnya disebabkan oleh kekurangan chip dan sebagainya. Jadi, sentiasalah bawa wang tunai walaupun sedikit, ya.

7. Sediakan salinan extra dokumen-dokumen penting.

Mempunyai beberapa salinan dokumen-dokumen penting adalah sangat membantu sekiranya anda berada dalam kecemasan, lebih-lebih lagi jika anda kehilangan dokumen-dokumen asal anda itu. Jika anda dirompak dan anda kehilangan pasport anda, membuat aduan kepada pihak polis akan menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya salinan-salinan ini. Ia juga boleh jadi sebagai bukti identiti anda di kedutaan. Antara dokumen yang patut anda buat salinan adalah pasport, insurans perjalanan/kesihatan, dan juga kad kredit anda. Lagi bagus kalau anda ada salinan fizikal (photostate) dan juga digital (emel ke diri sendiri).

8. Tahu apa yang patut dilakukan sekiranya kehilangan pasport.

Kehilangan pasport boleh jadi pengalaman yang paling menakutkan bagi setiap traveller. Ramai yang tidak tahu apa yang patut dibuat sekiranya dokumen penting mereka ini hilang. Berikut adalah dua perkara asas yang patut anda lakukan sekiranya perkara ini berlaku:

  1. Buat laporan polis – Sebaik sahaja anda menyedari yang pasport anda telah hilang, terus pergi ke balai polis yang berhampiran dan buat laporan. Pastikan anda dapatkan salinan selepas anda buat laporan tersebut dan simpan elok-elok. Laporan polis ini sangat penting untuk anda claim insurans dan juga untuk memohon sijil pasport sementara dari kedutaan. Kalau ada orang menggunakan pasport anda untuk aktiviti tertentu, laporan polis ini juga boleh dijadikan sebagai bukti bahawa ada orang lain yang menggunakan identiti anda untuk melakukannya.
  2. Pergi ke kedutaan Malaysia dan mohon Sijil Pasport Sementara – Untuk memohon sijil sementara ini, selain borang yang akan diberikan oleh pihak kedutaan, anda juga perlu ada salinan laporan polis dan juga apa-apa dokumen yang membuktikan anda adalah rakyat Malaysia. Inilah sebab anda perlu buat salinan dokumen-dokumen penting, seperti kad pengenalan dan pasport ini awal-awal sebelum pergi ke luar negara. Tapi perlu diingatkan, sijil pasport sementara ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia sahaja. Oleh kerana sijil ini hanyalah sijil SEMENTARA, anda perlu memohon untuk membuat pasport baru setelah anda pulang ke Malaysia nanti.

9. Bawa senarai emergency contacts.

Dengan adanya senarai nombor kecemasan dengan anda sekiranya sesuatu berlaku pada anda, mudah untuk pegawai yang merawat atau mengendalikan anda untuk menghubungi sesiapa yang harus dihubungi. Selain itu, jika anda mempunyai sebarang alahan, anda digalakkan untuk menyediakan senarai bagi alahan anda tersebut, so that sekiranya anda memerlukan rawatan dan anda tak mampu untuk menjawab soalan, doktor tahu apa alahan anda.

10. Ambil travel insurance.

Anda mungkin merasakan tiada apa-apa yang buruk akan berlaku pada anda sepanjang anda travel. Tetapi, lagi sekali, kita tak akan pernah dapat agak apa yang akan terjadi. Dan bila perkara-perkara tersebut terjadi, anda akan bersyukur gila anda ambil insurans tersebut. Travel insurance mampu melindungi anda ketika anda berada di luar negara dan sememangnya tidak patut dielakkan. Anda HARUS mengambil travel insurance sekiranya anda bercadang untuk ke luar negara kerana ia bertujuan untuk melindungi anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan, termasuklah medical dan non-medical emergency.

11. Rajin-rajinlah membaca sebelum anda travel.

travel

Tiada apa yang lebih penting daripada mengetahui tentang tempat yang anda bakal lawati itu. Pergilah ke perpustakaan atau kedai buku dan dapatkan beberapa buku mengenai kehidupan, adat dan budaya tempat yang anda akan pergi. Tak pun, search sahaja di internet. Jika seseorang datang ke rumah anda dan langgar segala pantang-larang anda, mesti anda tak suka, kan? Sama juga apabila anda ke negara orang, anda perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh di negara mereka. Mengetahui peraturan dan etika asas boleh membantu anda mengelakkan salah faham dan meninggalkan tanggapan yang baik dalam minda penduduk tempatan. Orang Malaysia kata, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.’ Orang luar pula kata, ‘when in Rome, do as the Romans do.

Kita memang tidak akan pernah tahu dan tidak akan dapat jangka bila sesuatu yang tidak diingini berlaku. Anda mungkin tidak akan memerlukan semua di atas setiap masa, dan hopefully anda tidak akan terjebak dalam situasi di mana anda memerlukannya langsunglah. Tapi, pointnya di sini adalah untuk sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun. Kalau kita sentiasa bersedia, kuranglah sedikit perasaan panic itu nanti.

Artikel ini telah diambil dan diolah semula ke dalam bahasa yang mudah difahami daripada sumber asal: – Nomadic Matt.