Bandar-bandar popular di Kanada seperti Toronto dan Montreal mungkin antara tempat terbaik untuk dilawati dan meluangkan masa. Tetapi kalau anda belum tahu, kecantikan alam semula jadi (natural beauty gittew) di Kanada dan hutan rimbanya yang luas lah yang sebenarnya membuatkan orang ramai terpegun, lalu menarik mereka, seperti magnet, untuk datang ke Kanada. Negara yang berkeluasan hampir 40 kali ganda daripada United Kingdom ini bukan sahaja memiliki bandar-bandar yang cantik, malah sangat padat dengan alam semulajadi yang indah-indah belaka juga. Orang putih kata, “It’s no joke, man!

Rugi tau kalau anda ke Kanada tapi tak lihat salji di puncak Rocky Mountains, tak berkanu di perairan yang bersih dan menyegarkan di salah satu tasik di The Great Lakes, atau terlepas peluang untuk menerokai tepi pantai di kedua-dua belah timur dan barat. So, untuk memudahkan kerja anda untuk merancang trip menerokai ‘natural beauty’ Kanada, ini dia antara taman negara di bumi “The Great White North” ini yang wajib anda masukkan ke dalam bucket list anda.

1. Yoho National Park, British Columbia

Di dalam bucket list kebanyakan traveller tegar pasti ada semua taman negara Rocky Mountains di British Columbia dan Alberta. Jiran kepada Jasper National Park dan Banff National Park agak kurang dikenali tapi ia sebenarnya sangat cantik. Salah satu kawasan popular di sini semestinya adalah Lake O’Hara, di mana terdapat satu cottage atau rumah kecil di tepi tasik tersebut, dengan pemandangan yang sangat indah dan menenangkan. Kalau ada peluang, anda patut mengunjungi taman negara ini!

2. Ukkusiksalik National Park, Nunavut

Jika anda tertanya-tanya di taman negara mana yang anda boleh ‘berjumpa’ dengan beruang kutub, Ukkusuksalik National Park yang terletak di selatan Garisan Artik adalah jawapan yang terbaik. Ia adalah salah satu daripada empat taman negara di wilayah Nunavut, juga merupakan taman negara yang termuda di Kanada (diisytiharkan pada tahun 2003). Terdapat beberapa laluan bertrek di dalam taman negara ini, tetapi lebih selamat sekiranya anda ambil guided tour memandangkan tempat ini dihuni oleh beruang kutub! Hehe.

3. Thousand Islands National Park, Ontario

oTENTik – a cross between a tent and a rustic cabin.

Thousand Islands Bridge

Dengar namanya sahaja sudah tahu yang tempat ini memang wajib masuk dalam bucket list, kan? Thousand Islands National Park, seperti yang anda boleh agak daripada namanya, kebanyakan kawasan di taman negara ini hanya boleh diterokai dengan menggunakan bot. Bolehlah jadikan alasan untuk canoe-camping trip di sini. Selain daripada camping, anda juga boleh cuba oTENTik, iaitu satu bentuk penginapan yang menggabungkan khemah dan kabin yang ada terdapat di taman negara ini. Pasti menarik!

4. Cape Breton Highlands National Park, Nova Scotia

Cape Breton Highlands merupakan taman negara pertama di wilayah Atlantik Canada dan sangat popular dengan tebing curam, kanyon, tasik air tawar dan pantainya yang tenang.  Macam-macam anda boleh saksikan di sini. Kalau anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat ikan paus dari pantai, ataupun moose (sejenis rusa besar yang terdapat di Amerika Utara) di hutan. Selain itu, di sini juga terdapat salah satu laluan pendakian yang paling cantik di seluruh Kanada, iaitu Skyline Sunset Trail. Laluan ini membawa anda melalui hutan, tanah berlumpur, dan juga padang rumput, di mana anda boleh menikmati bunyi deruan ombak memukul tebing tinggi dan matahari terbenam di kaki langit Atlantik.

5. Gwaii Haanas National Park Reserve, British Columbia

Gwaii Hanaas, atau nama sebenarnya Gwaii Hanaas National Park Reserve dan Haida Heritage Site, terletak di hujung selatan Haida Gwaii, tidak jauh daripada bahagian utara British Columbia Coast. Taman negara ini meliputi 138 daripada lebih 150 buah pulau di Haida Gwaii, yang dulunya dikenali sebagai Queen Charlotte Islands. Kepulauan ini bukan sahaja terkenal dengan hutan hujannya, malah juga dengan tiang-tiang yang diukir cantik daripada budaya Haida. Gwaii Haanas bukan sekadar tempat untuk berehat dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi, ia juga memberi peluang untuk anda merasai sendiri kebudayaan orang-orang Haida di situ.

6. Wood Buffalo National Park, Alberta & Northwest Territories

Wood Buffalo National Park adalah taman negara kedua terbesar di dunia. Lebih besar daripada keseluruhan Switzerland! Ada sebab mengapa taman negara ini begitu luas. iaitu untuk memelihara dan melindungi sekawanan (yang paling besar di dunia) wood bison (binatang liar seperti kerbau) yang bebas berkeliaran di sini. Taman negara ini juga merupakan rumah kepada salah satu dark-sky preserves di Kanada. Jadi tak kisahlah sama ada anda ke sini untuk memerhati haiwan liar atau pun untuk stargazing, anda pasti tak akan kebosanan di sini. Malah, setiap bulah Ogos juga ada diadakan festival khas untuk sambut pengalaman stargazing di Wood Buffalo National Park yang dinamakan sebagai Dark Sky Festival!

7. Prince Edward Island National Park

Siapa kata anda perlu pergi ke padang pasir untuk tengok bukit pasir (sand dune) ? Anda juga boleh pergi ke Prince Edward Island. Taman negara di sini terkenal sebagai kawasan yang melindungi sistem bukit berpasir ini, dan juga tanah lembap dan kawasan berpaya. Taman negara ini juga adalah merupakan tempat di mana sesetengah spesis burung yang terancam berlindung dan bergantung, dan ia telah dinamakan sebagai Canadian Important Bird Area. Jika anda seorang penggemar burung, anda wajib pergi di sini! Selain itu, taman negara ini juga diklasifikasikan sebagai salah satu daripada kawasan paling terancam di Kanada, dan antara sebabnya adalah kerana kesan manusia sendiri.

8. Grasslands National Park, Saskatchewan

Tak ramai travellers yang pergi ke Saskatchewan, dan kalau ada pun, mereka sekadar lalu sahaja. Kawasan ini merupakan kawasan dataran rumput yang luas dan tidak berpokok, atau juga dikenali sebagai prairi. Tapi kekosongan dan kelapangannyalah yang sebenarnya membuatkan taman negara ini begitu unik dan menarik. Taman negara ini adalah rumah kepada banyak spesis haiwan yang terancam termasuklah bison, anjing prairi (sejenis roden ya, bukan anjing), dan malah juga tempat di mana dinosaur pertama Kanada ditemui!

9. Bruce Peninsula National Park, Ontario

kanada

Bruce Peninsula National Park adalah salah satu kawasan yang dilindungi di sekitar Georgian Bay. Ia popular dengan tebing curam, air biru turquoise, dan juga terkenal sebagai perairan yang paling cantik di Kanada untuk berkanu dan berkayak. Taman negara ini terletak di Bruce Peninsula, iaitu hanya kira-kira empat jam perjalanan dari Toronto. Maksudnya, kalau tiba musim panas, ramailah orang yang ke sini dan semestinya lah perlu plan awal-awal, ya.

10. Pacific Rim National Park, British Columbia

Dan terakhir sekali, Pacific Rim Natioanal Park di Victoria Island. West Coast Trail, iaitu salah satu laluan denai di sini, merupakan laluan sejauh 75km di sepanjang pantai barat Vancouver Island yang membentuk salah satu daripada tiga kawasan di taman negara ini. Laluan ini boleh dikatakan sebagai salah satu laluan denai yang paling cantik tapi sukar di taman negara ini. Anda perlulah tahan lasak dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi, serta ilmu dan kemahiran yang sesuai untuk menghabiskan laluan ini. Kebanyakan orang mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hari untuk melengkapkan satu perjalanan di trek ini. Ada berani? Haha.