Bila merangka percutian, perkara yang paling utama sekali yang perlu dipertimbangkan adalah harga tiket flight. Harga tiket flight mempengaruhi hampir satu pertiga daripada kos keseluruhan. Disebabkan terlalu mengejar harga tiket flight murah, ramai yang tertipu dengan scam yang menjanjikan bulan dan bintang, harga tiket murah yang tidak masuk akal.

Mungkin tak semua tahu bagaimana nak dapatkan tiket flight murah dan mampu milik. Jadi di sini, kami akan kongsikan cara-cara bagaimana nak dapatkan tiket penerbangan yang murah :

  1. Tetapkan Destinasi Yang Ingin Dituju Lebih Awal
    Rancang percutian anda lebih awal dan tetapkan destinasi yang ingin dituju seawal 6 hingga 12 bulan. Kebiasaannya tiket untuk destinasi Asia perlu dibeli awal setahun. Cara paling mudah adalah dengan membeli ketika promosi Air Asia Free Seats.Manakala untuk destinasi di Eropah, seeloknya dibeli 6-8 bulan sebelum tarikh perjalanan. Jangan beli terlalu awal kerana kebiasaannya syarikat penerbangan antarabangsa ni gemar untuk membuat promosi pada waktu yang tak dijangka.

    Destinasi Impian

  2. Kaji Harga Normal Tiket Dan Harga Ketika Promosi
    Apabila sudah tahu ingin bercuti ke mana, anda sudah boleh mula untuk mengkaji harga normal dan harga promosi untuk tiket ke destinasi tersebut. Sebagai contoh, Istanbul. Harga normal untuk tiket ke Istanbul dari Kuala Lumpur adalah RM2,400 untuk Qatar Airways. Manakala harga promosi adalah di antara RM1,800 hingga RM2,100. Sekiranya anda terjumpa harga seperti harga promosi, jangan berlengah-lengah. Terus masukkan details dan beli!

    Nak hunting tiket murah, kena pantas. Jangan lupa buat bookmarks untuk setiap airlines bagi menjimatkan masa ketika ticket hunting

  3. Elak Waktu Puncak Dan Musim Perayaan
    Seelok-eloknya elak tarikh yang berhampiran atau pun ketika musim perayaan. Ketika ini, harga tiket penerbangan mahal berganda-ganda. Sebagai contoh ketika Christmas di Eropah. Harga tiket pergi dan balik daripada Kuala Lumpur boleh mencecah RM3,000 hingga RM4,000. Sekiranya anda memang bercadang juga ingin ke sana pada waktu itu, dinasihatkan agar membeli tiket lebih awal dan elakkan memilih bandar-bandar yang tinggi airport tax seperti London.

    Heathrow Airport merupakan salah sebuah lapangan terbang yang paling sibut ketika Christmas

  4. Beli Tiket Pada Waktu Pagi
    Pernah tak masa nak buat pembayaran atau pemilihan tiket, tiba-tiba website airlines tidak beri sebarang respon? Ini kerana terlalu ramai pelanggan yang lain melayari website tersebut. Seterusnya menyebabkan kemungkinan anda terlepas peluang untuk dapatkan tiket flight murah. Untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku, anda boleh mencuba untuk membeli tiket penerbangan pada waktu pagi (3-5 pagi). Trafik website syarikat penerbangan kurang sibuk ketika ini. Gunakan peluang ini sebaik-baiknya 🙂

    Kadang-kadang traffic yang tinggi boleh menyebabkan website tersebut down

  5. Subscribe Newsletter Daripada Airlines
    Mungkin kadang-kadang anda rasa macam malas nak subscribe newsletter, buat penuh mailbox email je. Tapi yang sebenarnya, airlines akan update para subscribers terlebih dahulu mengenai tawaran harga tiket murah. Kebiasaannya quota tiket ketika promosi ini tidak banyak. Sebab itu anda kena pastikan anda antara yang terawal tahu mengenai setiap promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan.

    Poster promosi tiket flight murah yang kebiasaanya di hantar melalui email

    Poster promosi tiket flight murah yang kebiasaanya di hantar melalui email

  6. Sertai Program Kesetiaan
    Dengan menyertai Program Kesetian (Loyalty Programme) anda bukan sahaja berpeluang untuk dapat tiket flight murah, malah anda juga berpeluang untuk dapat upgrade tiket daripada economy class ke business class dengan harga yang rendah. Silap haribulan, free! Antara program kesetiaan yang popular adalah OneWorld.

    Antara ahli OneWorld Loyalty Program. Dah boleh belajar untuk setia, demi mengumpul points 😛

  7. Guna Debit Card
    Rata-rata airlines mengenakan caj tambahan sekiranya kita memilih untuk membayar tiket menggunakan credit card. Ada yang caj kos pemprosesan setinggi RM100! Jadi, untuk menjimatkan kos, anda boleh menggunakan debit card ketika membuat pembayaran. Selalunya tiada sebarang caj yang dikenakan. Jimat kan? Duit lebih boleh buat duit makan. Hehe..

    Jangan lupa untuk aktifkan kad bagi penggunaan debit dan transaksi antarabangsa

  8. Like Dan Follow Laman Sosial Airlines Seperti Facebook Page, Twitter Dan Instagram
    Tak rugi jika anda follow rapat-rapat laman sosial syarikat penerbangan. Segala promosi terkini di update secara kerap disini. Kadang-kadang mereka juga turut memberi kod diskaun bagi destinasi tertentu. Untuk memastikan anda tidak ketinggalan untuk menerima update, anda boleh klik butang follow dan set kepada see first. Anda akan merima notifikasi untuk setiap post yang terbaru.

    Facebook Page Qatar Airways

  9. Gunakan Search Engine Sebagai Ejen Carian
    Terdapat banyak search engine yang boleh anda gunakan untuk mencari tiket flight murah. Antaranya adalah Skyscanner dan Momondo. Dengan menggunakan search engine ini, anda boleh melihat perbezaan harga setiap syarikat penerbangan dalam masa tak sampai 5 saat! Sekiranya harga yang dipaparkan masih lagi mahal, anda boleh set ‘Get Price Alerts’. Klik pada butang ‘Get Price Alerts’, dan masukkan email address anda. Skyscanner akan menghantar email susulan sekiranya terdapat pengurangan harga tiket penerbangan. Mudah bukan?

    Perbezaan harga bagi setiap syarikat penerbangan

  10. Beli Daripada Trusted Agency
    Kadang-kadang, agensi seperti Expedia, GoToGate, Tripair dan PYOTravel turut menawarkan harga yang agak rendah. Ini kerana mereka mempunyai ‘Agent Discount’. Kami pernah dapat tiket ANA Airlines ke Canada beharga RM3,300 daripada website GoToGate. Padahal ketika itu di website ANA harganya adalah RM4,200. Namun mahu diingatkan di sini, jangan sebarangan beli daripada Agensi yang tak dikenali. Pilih lah Agensi yang mempunyai review yang baik. Anda boleh baca review-review setiap Agensi di TripAdvisor.

    Website GoToGate

  11. Menggunakan Shopping Web Gateway Seperti Shopback
    Fungsi website Shopback ini adalah dengan setiap pembelian, anda akan menerima pulangan (cashback) ke dalam account bank anda. Buat masa ni, Shopback telah bekerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Qatar dan Etihad. Setiap syarikat penerbangan menawarkan nilai ganjaran yang berbeza. Jadi anda kena pilih mana satu yang sesuai dengan tiket yang anda ingin beli. Untuk daftar account shopback, boleh klik di sini.

    Anda hanya perlu klik butang shop now. Seterusnya anda akan di bawa ke laman rasmi syarikat penerbangan tersebut untuk meneruskan pembelian tiket

  12. Travel Secara Berkumpulan
    Pernah dengar diskaun untuk kumpulan? Perkara ini bukan main-main. Kami pernah dapat tiket kumpulan untuk promosi Qatar! Harga untuk seorang dewasa bagi penerbangan Kuala Lumpur-Geneva-Kuala Lumpur adalah RM2,800. Disebabkan kami berkumpulan (4 orang), harga setiap seorang hanya lah RM2,100. Murah tak? 😛

    Promosi Qatar Untuk Berkumpulan

    Sebenarnya, bila lagi ramai lagi murah. Banyak kos dapat dikurangkan dan dikongsi bersama. Ada yang masih lagi tercari-cari travel buddies? Mungkin anda boleh join kami untuk trip yang akan datang. Details trip ada di sini.

*Baca: 6 Tip Tempah Penginapan Murah Dan Berbaloi