Greenland merupakan sebuah negara dibawah jajahan Denmark yang terletak di antara negara Iceland dan Canada. Keluasan negara ini hampir menyamai keluasan sebuah benua, namun ianya diklasifikasikan sebagai sebuah pulau kerana tidak mencukupi syarat untuk digelar benua. Hal ini seterusnya menjadikan Greenland sebagai pulau yang terbesar di dunia. Populasi penduduk disini hanyalah seramai 56 ribu orang sahaja. Disebabkan kedudukan negara ini terletak agak ke utara, suhu disini agak ekstrem. Ketika musim panas, suhunya diantara 5c hingga 10c, manakala pada musim sejuk pula, suhu yang dicatatkan adalah -10c sehingga mencecah -51c. Bentuk muka bumi disini juga agak unik. Kesemua bandar-bandar di Greenland ini hanya boleh di akses menggunakan pengangkutan udara ataupun feri. Tiada jaringan jalanraya disini. Kebanyakkan jalanraya yang dibina adalah hanya lah kegunaan didalam bandar sahaja. Kemudahan internet di Greenland boleh dikatakan agak mahal kerana mereka menggunakan akses terus ke satelit.

Sebenarnya, ekspedisi menjejak aurora ke Greenland ini bermula daripada perbualan kosong ketika kami sedang didalam ekspedisi menjejak aurora di utara Sweden dan Norway pada tahun 2015. Tak sangka dari angan-angan akhirnya menjadi sebuah kenyataan setahun selepas itu, tahun 2016. Ekspedisi kali ini melibatkan seramai 6 orang rakan kembara yang terdiri daripada seorang lelaki dan 5 orang perempuan. Walaupun masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza, namun apa yang menyatukan kami adalah minat dan keinginan yang sama. Selama 6 bulan masa diambil untuk membuat kajian, memilih dan mengenal-pasti bandar yang bakal dilawati dan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Antara cabaran utama disepanjang ekspedisi ini adalah, cabaran menempuh suhu yang ekstrem.

Untuk ekspedisi kali ini, kami menjadikan Copenhagen, Denmark sebagai start point sebelum meneruskan perjalanan ke Kangerlussuaq, Greenland. Beza waktu Denmark dan Greenland adalah Denmark lebih awal 4 jam daripada Greenland. Ketika kami tiba di Denmark, kami disoal siasat oleh pegawai immigration disana. Mereka seolah-olah tidak percaya dan berasa pelik apabila kami mengatakan yang kami ingin ke Greenland. Setelah disoal siasat hampir 15 minit, barulah passport kami di cop. Lega! Cuak juga sebenarnya bila disoal siasat bertubi-tubi. Mereka siap minta maklumat penerbangan kami ke Kangerlussuaq, Greenland dan juga booking no hostel disana. Bukan itu sahaja, mereka juga telah menelefon pihak Air Greenland untuk mengesahkan pernerbangan kami. Mungkin pada mereka kami ni buat kerja gila. Orang asia mahu ke tempat yang ekstrem seperti Greenland? Sedangkan pada hakikat sebenar, orang Greenland sendiri mahu lari ke negara lain ketika musim sejuk!

Selesai check in di salah sebuah hostel di Copenhagen, kami sempat membeli beberapa kelengkapan tambahan untuk digunakan sepanjang berada di Greenland. Disebabkan kami tiba seminggu lebih awal sebelum Christmas, kami sempat merasai keunikkan Christmas market di Denmark yang juga merupakan antara yang popular di dunia. Kami hanya menginap selama 1 malam sahaja di Denmark. Keesokkan paginya, kami menaiki pesawat Air Greenland menuju ke bandar Kangerlussuaq. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 4 jam 40 minit. Kami berlepas pada jam 11 pagi dan tiba pada jam 11:40 pagi waktu tempatan. Ketika ini, kami sempat menyaksikan permandangan matahari terbit dari atas kapal terbang. SubhanaAlllah, ianya sungguh menakjubkan.

Keluar sahaja dari perut kapal terbang, angin sejuk terus menerjah. Dalam beberapa saat sahaja sudah terasa sejuk hingga ke tulang! jarak diantara terminal dan kapal terbang hanya 200 meter, tapi terasa seolah-olah 2km! Sejuk dia lain macam! Patutlah tengok penumpang lain pakai pakaian macam nak ke bulan.

Bandar Kangerlussuaq ini sebenarnya dalam bahasa Greenland bermaksud Big Fjords. Bandar ini dikelilingi oleh fjords yang teramat cantik dan besar. Populasi penduduk disini hanyalah seramai 560 orang. Boleh dikatakan mereka ni kenal sesama sendiri. Sambil memandu boleh lambai-lambai tangan dengan pemandu yang lain. Small town with big heart. Mereka sentiasa tersenyum, dan sangat peramah. Bila tiba disini, terasa seolah-olah berada di suatu tempat yang familiar. Tenang dan damai.

Sepanjang berada di Kangerlussuaq, kami menginap di sebuah hostel di sekitar lapangan terbang. Selesai check in kira-kira jam 1 tengah hari, matahari sudah mulai terbenam. Keadaan yang sebentar tadi cerah, terus bertukar menjadi kelam dan gelap. Waktu siang disini sangat singkat, hanya 2-3 jam sahaja. Kami menghabiskan masa pada petang itu dengan berjalan di sekitar hostel sahaja. Sambil berborak-borak di ruangan makan, tiba-tiba kami terlihat pancaran aurora di langit. Signal aurora disini sangat kuat jika dibandingkan ketika kami berada di Abisko, Sweden dan Tromso, Norway dan ianya boleh dilihat dengan mata kasar. Boleh dikatakan hampir setiap jam (dari jam 5 petang sehingga 12 tengah malam) aurora menari-nari di langit. Jika sebelum ini kami hanya dapat lihat cahaya aurora yang berwarna hijau, kali ini kami berpeluang melihat cahaya yang berwarna merah jambu, ungu dan putih! SubhanaAllah, tak tergambar betapa gembira rasanya hati dapat melihat kehebatan fenomena ciptaan tuhan. Cahaya tersebut seolah-olah menari membentuk bulatan dan beberapa lapisan yang berbeza. Walaupun suhu ketika itu menjangkau sehingga -26c, gigih kami memacakkan tripod untuk merakam gambar dan video.

Aurora

Aurora

Photo by Safrul Izham

Tanpa henti kami memanjatkan rasa syukur pada ilahi kerana diberi peluang untuk melihat fenomena aurora. Fenomena ini agak sukar diramal, ianya bergantung penuh kepada cuaca dan nasib. Ianya sama seperti fenomena pelangi, kadang nampak, kadang tidak. Apabila masa menginjak ke 1 pagi, signal aurora semakin berkurang. Langit penuh dengan kepulan awan. Akhirnya, kami buat keputusan untuk tidur kerana pada keesokkan harinya kami akan mendaki di pergunungan tundra untuk melihat hidupan liar.

Mendaki ketika musim sejuk merupakan aktiviti yang tak pernah sama sekali kami terfikir untuk buat. Walaubagaimanapun, kami nekad dan sepakat untuk mencabar diri. Bila lagi nak cuba kalau bukan sekarang kan?

Nak tahu cerita disebalik pendakian kami di kawasan pergunungan yang penuh dengan hidupan liar seperti musk ox, reindeer dan snow hare? Nak tahu macam mana kami terperangkap dalam hutan sehingga waktu malam dan terpaksa berjalan di atas tasik membeku? Jangan lupa follow page ini dan instagram kami (@tmplbackpackers) rapat-rapat ya.