Alhamdulillah, selepas merentasi 2 benua, akhirnya team TMPL Backpackers selama tiba di bumi Morocco. Untuk trip Road to Sahara, kami menjadikan bandar Marrakesh sebagai starting point. Kami tiba di Menara International Airport agak lewat, kira-kira jam 5 petang. Imigresen sangat cekap. Terdapat lebih daripada 10 kaunter dibuka untuk menampung dua flight yang sampai serentak. Kurang daripada 30 minit, dah boleh settle semua urusan di immigration. Marrakesh semakin maju jika dibandingkan dengan keadaan setahun yang lalu. Airport Terminal 2 sedang diperbesar dan tampak semakin moden.

Di Morocco, matawang yang digunakan adalah dirham. Kalau dari Malaysia, anda boleh bawa euro atau usd, kemudiannya boleh tukar sedikit di Airport. Selebihnya boleh tukar di bandar. Untuk ke bandar, anda semua tak perlu risau kerana terdapat shuttle bus yang menghubungkan airport dan bandar. Pastikan anda menaiki bas no 19. Harga tiket hanya 30 dirham (lebih kurang 3 euro). Bas ini akan berhenti di depan Jamma El Feena (landmark untuk Jamma el feena adalah restaurant KFC).

Di sekitar

Di sekitar Jamma El Feena

Sistem Pengangkutan

Sistem pengangkutan awam di sekitar Marrakesh pula boleh dikatakan agak efisyen. Cara paling best untuk explore kota Marrakesh ni adalah dengan berjalan kaki. Tapi kalau tak larat, boleh juga menaiki bas-bas awam. Diantara bas yang popular adalah:

No 1 Medina–Guéliz (along Ave Mohammed V)

No 3 & 10 Medina–train station

No 11 & 18 Medina–Menara Gardens

No 4 & 12 Jardin Majorelle–Medina

Laluan bas utama

Laluan bas utama

Jika anda bergerak di dalam kumpulan, lebih mudah dan jimat jika menaiki teksi. Teksi di sini ada 2 jenis, teksi saiz biasa dan teksi saiz mpv. Harga teksi sedan bermula daripada 20 med dan harga teksi yang bersaiz mpv bermula daripada 50 med . Sebenarnya nak naik teksi kat sini sama je macam naik teksi di negara asia yang lain. First sekali, kena tanya berapa harga. Kalau rasa ok dan nak kepastian, type amount di phone. Bila kedua-dua belah pihak dah setuju, baru lah naik teksi tersebut. Semasa berada didalam teksi, kalau dia tanya lepas ni nak pergi mana dan nak ajak sembang-sembang, anda boleh buat tak tau je. Ingat, jangan hilang fokus! Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menawarkan pakej-pakej lawatan dengan harga yang tidak munasabah.

1

Group photo di kota marrakesh. Panaih lit lit

Penginapan
Dari segi penginapan pula, kami telah memilih untuk menginap di Hostel Equity Point di Medina. Hostel ini terletak betul-betul dalam kawasan old city wall. Nama je hostel, tapi siap ada spa, swimming pool dan paling best sekali ada roof top yang awesome!
awesome kan?

awesome kan?

Apa yang menarik sangat mengenai Marrakesh ni?
Marrakesh ni kaya dengan sejarah, senibina yang unik dan juga pintu ke gurun sahara. Kalau nak tahu, Marrakesh ini pada zaman dulu merupakan kota bangsa Barber yang pernah menjadi salah satu kota penting sewaktu zaman kegemilangan Andalus. Dalam erti kata lain, sebelum Islam bertapak di Spain, Islam sampai disini dulu. Wow kan? Pencinta sejarah wajib jejak kaki disini at least sekali dalam seumur hidup.

Untuk hayati sejarah dan senibina, anda boleh berkunjung ke Medina dan Kasbah. Disekitar Medina, terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati :

  1. Masjid Katouiba – di antara masjid tertua di Morocco. Masjid disini cuma dibuka waktu solat sahaja. Lepas solat pintu akan ditutup. Kalau nak betul-betul feel, try la join solat subuh disini.

    bcf39a12d46429552ac3d7c03562b951

    Masjid Katouiba

  2. Ben Yusoof Medresa – sekolah pengajian Al Quran yang sangat terkenal pada suatu ketika dulu. Ukiran bangunan yang sangat unik dan kemas. Bayaran masuk adalah 20 Med (2 euro).

    senibina bangunan ni memang awesome!

    senibina bangunan ni memang awesome!

  3. Jardin Mojalerre – botanical garden yang mengambil masa hampir 40 tahun utk disiapkan oleh pelukis Perancis iaitu Jacque Majolerre. Tempat ni memang rare. Ada pokok kaktus, buluh, dan juga pokok nangka. Okay, nangka tu takde. Saje je tambah 😛 Bayaran masuk 70 med, tapi kalau ada student card (university of life), dapat la diskaun 50%.

    Group photo

    Group photo

Next, Kasbah. Di sekitar Kasbah terdapat beberapa tempat menarik. Diantaranya:

  1. Palais el Badii
  2. Bahia Palace.
  3. Royal Palace
  4. Kawasan perkuburan Tombeux Saadian

    SONY DSC

    Sekitar Palais el badii

Berapa lama anggaran masa untuk cover keempat-empat tempat di Kasbah? Kalau jenis nak cepat, mungkin dalam masa sejam boleh habis cover. Kalau nak relax-relax ambil gambar, dalam dua hingga tiga jam. Kasbah juga terkenal sebagai tempat membeli belah. Jangan lepaskan peluang untuk shopping barangan seperti minyak argan, rempah ratus dan juga carpet :p

d27f5be58645b0ec5d19c0f52c145cf6

Shop till drop!

Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat best di Marrakesh. 3 hari 2 malam memang tak cukup kalau nak cover semua. InsyaAllah kalau ada peluang, nak duduk lama-lama disini. Hehe…
Nak tahu tip-tip travel di Marrakesh? Boleh klik sini
Bersambung…