Plan asalnya hanya mahu menjadikan bandar di Austria sebagai bandar transit untuk misi redah ke timur eropah. Namun, ketika membuat kajian mengenai route perjalanan, seolah-olah seperti ada tarikan lain. Daripada plan asal hanya mahu singgah 1 malam, terus bertukar kepada 4 malam! Untuk trip ke eropah timur, kami memulakan perjalanan dari Austria, seterusnya ke Slovenia, Croatia, Hungary dan berakhir di Republic of Czech selama 15 hari.

 

Apa yang menarik mengenai Austria?

Tahun lepas, Austria tersenarai di dalam carta negara yang terkaya di dunia. Bila sebut negara kaya, kita bayangkan bangunan gah pencakar langit kan? Tapi hal ini sama sekali tidak berlaku di Austria. Mereka masih lagi mengekalkan rekabentuk bangunan dan senibina klasik yang bercirikan binaan Empayar Austro-Hungarian. Senibina yang unik ini masih lagi terjaga dan ada juga sesetengah bangunan lama dibaik pulih. Tidak ketinggalan dengan arus kemajuan, beberapa senibina moden turut dapat dilihat di bangunan-bangunan sekitar Vienna, Tirol dan Styria. Kombinasi moden dan klasik ini dapat dilihat jelas hampir disemua bandar-bandar di Austria. Kalau nak tahu, negara Austria pernah mengalami tempoh penjajahan yang agak panjang bermula dari abad ke 14 sehingga lah mencapai kemerdekaan pada 1955. Mereka pernah terlibat dalam beberapa siri peperangan yang besar seperti WW1, WW2 dan juga Battle of Vienna (bandar Vienna telah dikepung oleh Empayar Turki Uthmaniyah selama dua bulan).

Bermula dari sini, agama islam mula bertapak di Austria. Agama islam merupakan agama yang kedua terbesar selepas Kristian katholik. Status agama islam diiktiraf secara sah oleh kerajaan Austria dan setiap rakyat bebas untuk beragama. Majoriti yang beragama islam kini adalah daripada bangsa Turk, Bosniak & Afghan. Terdapat beberapa pusat islam didirikan di Austria, dan antara yang terbesar adalah Vienna Islamic Centre. Vienna Islamic centre terletak di district 21, Floridsdorf.

Dari segi sistem pengangkutan awam pula, Austria boleh diklasifikasikan sebagai negara mesra pelancong. Kebanyakan tempat tarikan pelancong boleh diakses dengan menggunakan pengangkutan awam. Tram lama masih lagi digunakan secara meluas di Vienna. Walaupun menggunakan tram lama, namun ianya masih boleh beroperasi dengan sangat baik. Berbeza pula di Salzburg, bandar kecil ini tidak mempunyai rangkaian tram, tetapi mempunya rangkaian Trolley Bus. Tiket 24 jam boleh dibeli di konduktor bas atau pun di kiosk-kiosk yang menjual majalah dan tobacco. Sekiranya ingin membeli dengan harga yang lebih murah, tiket boleh dibeli secara terus daripada kaunter di stesen – stesen besar. Jadual perjalanan setiap pengangkutan awam ada di sediakan di setiap perhentian tram atau bas. Sepanjang 5 hari berada di Austria, belum pernah lagi berlaku kelewatan bas mahupun tram. Semuanya on-time!

Kota Salzburg. Gambar ini dirakam daripada Hohen Castle

Kota Salzburg. Gambar ini dirakam daripada Hohen Castle

Merasai Kepelbagaian Musim

Kepelbagaian musim dapat dirasai ketika travel di Austria. Walaupun travel pada musim bunga, kami berpeluang merasa pelbagai musim mengikut tempat. Kawasan yang berhampiran dengan banjaran Alps masih lagi dilitupi salji, seperti di Kaprun, top of Salzburg. Manakala kawasan seperti di perkampungan St Gilgen, seakan-akan sudah memasuki musim panas. Terdapat beberapa aktiviti sukan air dijalankan disekitar tasik seperti stand-up paddle, boating dan diving. Hal ini berbeza pula jika berada di kota lama Salzburg. Kawasan sekitar kota lama ini dipenuhi oleh bunga tulips!

Austria sangat sinonim dengan tasik. Setiap tasik mempunyai tarikan yang tersendiri, seperti di Hallstatt, yang kini sudah diiktiraf sebagai salah sebuah UNESCO World Heritage Site. Pekampungan Hallstatt popular dengan tasik air masin, dan kegiatan perlombongan garam bukit. Untuk naik ke bahagian puncak, terdapat funicular (ala-ala kereta kabel). Tiket untuk perjalanan pergi dan balik adalah 12 Euro. Jangan lupa bawa kad pelajar untuk dapatkan diskaun. Di puncak Hallstatt, terdapat lombong lama yang juga merupakan lombong garam bukit yang pertama didunia. Kiranya kalau zaman dulu, tempat ni kategori tempat orang kaya-kaya. Tasik di Hallstatt ni boleh mandi. Tapi kalau tak pandai berenang, lupakan saja niat tu. Kedalaman tasik ini adalah kira-kira 125 meter. Aktiviti diving juga popular disini.

Antara tasik-tasik lain yang semakin popular di kalangan pelancong terutamanya dari Malaysia adalah, Wolfgangsee, Abersee dan Mondsee.  Bukan pencinta alam pun boleh jatuh hati kalau lihat tasik-tasik di Austria. Diingatkan agar membawa bekal makanan kerana disekitar tasik ini amat sukar untuk mencari kedai makanan halal.

TIPS: Jangan lupa menikmati secawan kopi di puncak Hallstatt. Austria merupakan salah sebuah pengeluar kopi yang terbaik sejak abad ke-17.

Panaih lit lit di Wolfgangsee

Panaih lit lit di Wolfgangsee

credit to faradiana :)

credit to faradiana 🙂

credit to faradiana :)

credit to faradiana 🙂

Pengalaman memandu kali pertama di eropah

Mengikut perancangan awal, kami sepatutnya menggunakan pengangkutan bas awam. Akan tetapi, frekuensi bas ke tempat-tempat seperti Hallstatt, Wolfgangsee dan beberapa tasik yang lain tidak sekerap seperti di dalam bandar. Jadi terpaksa lah kami menyewa dua buah kereta di lapangan terbang Salzburg. Perasaan bercampur-campur. Mana tak nya, jadi bidan terjun untuk memandu kereta di Eropah! Cara pemanduan di sini berbeza daripada Malaysia. Jika di Malaysia kita memandu di sebelah kanan, di Austria kita memandu di sebelah kiri. Pada mulanya memang agak kekok, tapi bila dah setengah jam memandu, dah boleh tarik nafas lega. Nak di jadikan cerita, hari yang kami sewa kereta tu hujan sepanjang hari. Agak mencabar juga apabila memandu di dalam hujan dan berkabus. Lagi mencabar apabila hari menginjak malam. Masa ambil kereta tak sempat belajar macam mana nak buka lampu. Nasib baik brother kerja kat petrol pump tu baik hati tolong ajar. Hehe..

Selesai lawat tasik-tasik di Austria, kami memanjangkan lagi langkah ke Berchtesgaden, Germany. Niat dihati nak naik bot ke tasik Konigsee, tapi disebabkan hujan, kami terpaksa membatalkan hasrat. Kadang-kadang tak semua yang kita rancang itu jadi kenyataan.

Entah macam mana, datang idea untuk ke Munich. Kalau diikutkan, jaraknya tak begitu jauh. Kira-kira 150 km dari Berchtesgaden. Tanpa berfikir panjang, kami teruskan pemanduan ke Munich! Kiranya macam day-trip KL ke Melaka la ni. Merasa la pengalaman memandu di highway yang menghubungkan Austria dan Germany. Kawasan rehat R&R disediakan pada setiap 30 km. Walaupun agak letih, kami sempat bergambar di Arena Stadium, Munich dan berjalan-jalan disekitar Munich Old Town.

Kereta Skoda ni banyak kenangan okeh

Kereta Skoda ni banyak kenangan okeh

Stadium kosong, boleh ber posing like nobody business

Selamat ke kalau traveller wanita ke Austria?

InsyaAllah selamat. Sebenarnya untuk trip tmplbackpackers kali ini, pesertanya semua wanita. Kami seramai 10 orang wanita travel secara backpacking selama 15 hari. Cuma suka diingatkan, jangan berjalan berseorangan ketika waktu malam. Kalau boleh biarlah berteman 🙂

we rocks the city!

we rocks the city!

Bergambar di Mirabel Garden. Panas terik tapi berangin. Perfect weather to take photo!

Bergambar di Mirabel Garden. Panas terik tapi berangin. Perfect weather to take photo!

Terserempak dengan group dari Malaysia :)

Terserempak dengan group dari Malaysia 🙂

Lokasi penggambaran filem Sounds of Music. Sepanjang berada kat Austria ni memang kerja kitorang asik menyanyi je

Lokasi penggambaran filem Sounds of Music. Sepanjang berada kat Austria ni memang kerja kitorang asik menyanyi je