Tak semestinya kalau bercuti tu kena habiskan banyak duit. Kali ni, kami nak share kan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan secara PERCUMA di Istanbul:

  1. Melawat Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque. Masjid bersejarah ini  dibina antara 1609 dan 1616 tahun, semasa pemerintahan Ahmed I. Ketika waktu solat (5 kali sehari), masjid ditutup selama 90 minit. Untuk yang beragama islam, anda juga boleh solat disini.

    Masjid Biru

    Masjid Biru

  2. Menikmati ‘water fountain’ yang bertukar warna pada waktu malam di luar Blue Mosque.

    Fountain di Blue Mosque

    Fountain di Blue Mosque

  3. Piknik di Gulhane Park. Ianya terletak di luar Topkapi Palace. Kawasan ini agak redup, dan sangat sesuai untuk aktiviti santai. Sekiranya anda datang pada bulan April, anda berpeluang melihat tulips di kawasan ini.

    Gulhane Park. Tak dapat pergi Keukenhof, pergi sini pun best tau

    Gulhane Park. Tak dapat pergi Keukenhof, pergi sini pun best tau

  4. Berjalan dari Spice Bazaar (Eminonu) menuju ke Taksim Square. Di sini anda akan nampak perbezaan Istanbul Asia vs Istanbul Europe. Walaupun hanya terpisah dengan sebuah jambatan, namun perbezaan cara hidup dan pemakaian sangat berbeza.

    Galata tower from Eminonu. Credit photo to Mie Must

    Galata tower from Eminonu. Credit photo to Mie Must

  5. Free live music perfomance / street performance di sekitar taksim square.

    Taksim

    Taksim

  6. Berjalan-jalan di Grand Bazaar. Kalau nasib anda baik, peniaga teh/ peniaga manisan akan memanggil anda untuk rasa secara percuma 🙂

    turkish delights

    turkish delights

  7. Bersiar di Ortakoy coast. Salah sebuah lokasi famous pengambaraan drama melayu. Kawasan tepi laut ini sangat cantik di waktu petang.
    Ortakoy coast

    Ortakoy coast

     

  8. Mendaki naik ke Camlica Hill. Permandangan dari atas sangat menakjubkan. Camlica Hill adalah puncak tertinggi di Istanbul dengan ketinggian 270m.

    Camlica-Hill

    View from Camlica Hill

  9. Berkunjung ke Bomonti Flea Market. Flea market ini hanya ada pada hari ahad, dari jam 9:00 pagi sehingga 7:00 petang. Pelbagai barangan terpakai seperti barangan kulit, barangan antik, barang elektrik/elektronik ada di jual disini.

    Bomonti Flea Market

    Bomonti Flea Market