Tak pernah terlintas di hati nak ke Norway. Mungkin kerana bila orang sebut Norway, dah terbayang sejuk. Memang dari kecil tak tahan sejuk. Pasang aircond 16C pun dah mengigil. Sebelum trip ke Norway bulan lepas, memang dah cakap dalam hati. Takpe, pegi Norway sebab nak tengor aurora je. Tapi, bila dah sampai ke Norway, perception tersebut berubah 100%! Di sini, suka kiranya kami share 10 Sebab Kenapa Perlu ke Norway:

  1. Sistem pengangkutan di Norway sangat bagus. Lebih daripada 40 public airport yang menghubungkan bandar-bandar penting. Antaranya bandar Bergen, Oslo, Tromso, Bodo, Molde dan Trondheim. Selain daripada jaringan pengangkutan udara, bandar-bandar yang lebih kecil pula dihubungkan dengan sistem keretapi, bas dan ferry. (Tip: Naik keretapi untuk menikmati permandangan indah di setiap bandar kecil)

    Salah satu Fjord yang popular di Norway

    Salah satu Fjord yang popular di Norway

  2. Walaupun bahasa rasmi di Norway adalah Norwegian, namun majoriti rakyat mereka fasih berbahasa inggeris. Dari segi tulisan pun, sangat mudah di fahami. Jadi, tak perlu risau kalau sesat ye. Malu bertanya, sesat jalan πŸ˜› (Tip: Install apps dictionary di smartphone sebagai rujukan)

    Norwegian Alphabet

    Norwegian Alphabet

  3. Good news untuk solo traveler atau women traveler! Crime rate di Norway sangat rendah. Walaupun negara Norway di kategori kan antara negara yang selamat di dunia, tapi jangan la sampai kita cuai. Apa-apa pun masih perlu beringat. Kadang-kadang bila dah bersesak-sesak di kawasan awam, macam-macam boleh berlaku.Β  (Tip : Elakkan keluar malam-malam bersendirian dan sentiasa berhati-hati dengan pickpocket)

    Oslo Central Station

    Oslo Central Station

  4. Norway ni cantik pada setiap musim. Kalau selama ni fikir nakΒ  pergi time musim sejuk sebab nak tengok aurora je, mungkin lepas ni korang boleh reconsider balik. Selain daripada aurora, terdapat banyak lagi activiti yang menarik seperti dog sledging, ice fishing, skiing. Manakala pada musim panas pula, boleh juga pergi hiking dan cycling. Terdapat banyak fjord yang awesome di Norway! (Tip : Cara sebutan sebenar fjord bukan “fe-jord” ye, tapi “fΔ“ΛˆΓ΄rd” / “fyΓ΄rd”)

    Salah sebuah fjord di Norway

    Salah sebuah fjord di Norway

  5. Reka bentuk bangunan yang simple dan minimalist. Percaya tak kalau sebenarnya gambar di bawah ini merupakan public library?
    Public Library

    Public Library

    Sekali pandang macam shopping mall kan? Untuk pengetahuan korang, binaan paling tinggi di Norway adalah radio tower πŸ˜› . Second tallest building pula Radisson Blu Plaza Hotel, Oslo. Itu pun hanya setinggi 37 tingkat! Walaupun bangunan dorang tak tinggi, tapi semuanya unik-unik belaka. Boleh tengok di sini 10 Binaan unik di Norway

  6. Sepanjang trip #arcticmission , memang tak dapat dinafikan, rakyat Norway ni happy-go-lucky, peramah dan helpful. Tak kenal pun boleh sembang macam dah kenal 10 tahun. Tak kira la pemandu bas ke, pekerja 7eleven ke, memang semua nya peramah. Even jumpa tepi jalan pun boleh senyum sampai ke telinga. Sempat bersembang dengan hostel owner di Tromso. Mengikut katanya, walaupun tax tinggi, mereka happy je bayar. Sebab dasar polisi negara mereka sangat bagus. Sebagai contoh, kos perubatan. Kebanyakannya adalah percuma. Untuk info lebih lanjut, boleh buat research sendiri. Cuma apa yang kami nak sampaikan, rakyat mereka memang happy. Kalau ada yang stress, boleh la bercuti di Norway. Mana tahu boleh dapat aura positive daripada rakyat mereka πŸ™‚ (Tip : Negara Norway mengamalkan dasar freedom of speech. Sikap mereka sangat terbuka, boleh berbual apa sahaja walaupun mempunyai pendapat yang berbeza)

    Group photo di Tromso

    Group photo di Tromso

  7. Budaya di Norway lebih mengutamakan keluarga. Mereka lebih gemar lepak di rumah, memasak dan makan bersama keluarga. Bonding di antara family members pun kuat. Kalau korang plan nak celebrate New Year atau Christmas di Norway, mohon fikir sejuta kali. Haritu kitorang kononnya nak celebrate New Year di Oslo. Last-last dapat tahu yang sebenarnya New Year Eve diorang hanya beberapa kali letupan fireworks. Lepas tu bersurai, okay dah habis dah celebration. Dorang sebenarnya jenis celebrate dengan family. Menarik juga kalau konsep ini kita praktik kan di Malaysia. Jimat duit, sebab masak dan potluck di rumah. (Tip : Kalau nak kenal gadis Norway, kenal la dulu parents dia ye. Okay, ni tips main-main :P)

    Gambar google. Sebab time ni kitorang dah tidur. Hehe

    Gambar google. Sebab time ni kitorang dah tidur. Hehe

  8. Teknologi yang awesome. Ketika join aurora tour di Tromso, kami di bawa melalui sebuah tunnel dalam laut. Tak tahu nak rasa cuak atau happy time tu. Kehebatan teknologi sesebuah negara bukan diukur pada ketinggian bangunan okeh :p Bak kata driver kami, kerajaan mereka mahu kekalkan apa yang ada. Tak nak ada terlalu banyak binaan baru. Kalau buat highway atas tanah, nanti lagi sesak. TromsΓΈysund Tunnel merupakan tunnel highway yang menghubungkan Tromsoya dengan main island, Tromso.

    Nampak macam smart tunnel kat KL. Tapi ni sebenarnya kat dalam laut tau

    Nampak macam smart tunnel kat KL. Tapi ni sebenarnya kat dalam laut tau

  9. Penggunaan kad kredit dan kad debit sangat meluas. Naik bas biasa ala-ala rapid KL pun boleh pakai kad. Jadinya, dapat lah kita kurang kan risiko duit hilang. Tak perlu bawa wang tunai yang banyak. Atm pun mudah di dapati di semua tempat. Matawang Euro tak laku di sini ya πŸ˜› (Tip : Jangan lupa activate kad untuk digunakan di luar negara)

    Norwegian Kroner

    Norwegian Kroner

  10. Salmon murah! Okay dalam banyak-banyak benda mahal di Norway, salmon tersangat laaaa murah. Boleh buat rendang salmon. Harga untuk 1.1kg Smoke Salmon di pasaranya hanya RM40. (Tip : Nak lagi murah, beli frozen salmon. Walaupun frozen, salmon tu still fresh!)

    pelbagai jenis salmon di jual di pasaraya. jangan pening nak pilih pulak nanti. hehe

    pelbagai jenis salmon di jual di pasaraya. jangan pening nak pilih pulak nanti. hehe