Kadang tu, tuhan tak bagi kita sesuatu, sebab Dia nak bagi kita benda lain. Aku tak sangka decision last minit untuk cancel trip ke Bromo membawa aku ke sini. Stress sebab tak dapat pergi Bromo, Surabaya hari tu, tiba-tiba ternampak post Ayu Hasman (Alhamdulillah, Allah temukan dengan insan sebaik beliau) tentang Aurora Borealis. Impian nak tengok Aurora ni memang dari kecik lagi. Semua ni gara-gara seorang pakcik bercerita tentang lembayung(lol, ak seorang yang sentimental).

Tak buang masa, terus mesej Ayu, cakap nak ikut ke Arctic. Masuk whatsapp group, maka dari status stranger, sampai la kenal rapat macam hari ni.

Macam-macam ujian nak sampai sini.

First, lepas decide nak pergi, barulah tahu, tempat nak pergi tu, Cuacanya ekstrim. Waktu winter lagi. Terlampau sejuk, sampai boleh mencecah -26 degree! Kebiasaan Autumn Trip yang bersuhu 10 degree pon tak tahan, sebab bila kulit alah pada sejuk, maka eczema pon datang. Tapi, aci redah jela. Bila lagi nak challenge diri sendiri kan??!

Dugaan tak habis kat situ je. Tiba-tiba currency Malaysia jatuh teruk. Pada kebiasaan 1 euro bersamaan Rm4.20, tiba- tiba jadi 1euro bersamaan rm5! Ujian besar kat Ayu, sebab ramai tak jadi ikut trip ni. Sebab currency Malaysia Jatuh, kos pon makin bertambah. Mengenangkan janji, mengenangkan sifat Munafik, bertabah jugak la untuk stay.

Bulan berganti bulan, hari berganti hari. Tanggal 23/12 pon muncul. Macam tak percaya, da sampai masa pergi trip. Berabis jugak duit membeli barang winter, kasut, jaket, stokin, baju fleece, etc etc. Masa nak naik flight pon still cakap kat ayu, alamak, masih tak percaya la nak pergi jauh2 ni. Hahahahaha

Flight ke Frankfurt ambil masa 12jam. Bosan. Tidur je. Nak simpan energy bila dah sampai nanti. Da sampai Frankfurt, pon still tak percaya lagi da sampai Europe. Ater teruk beno plak teman. Dari Frankfurt, ke Hamburg, kemudian Copenhagen, Stockholm, Kiruna dan Abisko.

Sampai kat Abisko ni, start dah Aurora Hunting. Mendengarkan cerita dari Team A yang dibawa Ayu, diorang tak nampak Northern Light aka Aurora tu. Dalam hati tu, memang tawakal kat Allah. Try jugak hunting kat Abisko dengan menaiki Snowmobile. Sejuk gila. Baju 5 lapis, pakai lagi jumpsuit yang pihak guesthouse sediakan untuk buat aktiviti.

Ditakdirkan Allah, tak jumpa. Takpe, bersangka baik dengan tuhan. Tak rugi pon.

Keesokannya, ke Tromso, Norway. Sebelum ke Tromso, kami deal dengan Robin (Guide di Tromso) untuk chase Northern Light. Itupon sebab Team A, berjaya nampak Northern Light dengan jayanya malam sebelum tu! Okay, harapan berbunga balik?. Tapi, takmaula terlampau berharap sangat.

Sampai kat Tromso, Robin pon ambil kitorang, terus chase Aurora. Rezeki kot, dalam masa tak sampai 10 minit, jumpa. Mula-mula tak nampak, sebab tak jelas sangat. Try tangkap gambar, imej aurora tu memang jelas! Subahanallah!

Tak lama lepas tu, semakin rancak aurora tu menari-nari.

Perasaan dalam hati masa tu, Allah je yang tahu. Tak sedar pon, air mata tu mengalir, laju je. Dalam sujud syukur pon, hati ni, sebak sangat. Menangis yang tanpa henti. Mengenangkan ape yang dah berlaku sebelum ni.

Memang terasa diri sendiri ni, terlalu kerdil. Terlalu besar kuasa Allah.

Sungguh, pengalaman kali ni mencapai ape yang diniatkan.

Sungguh, innama ‘amalu binniat.

Allah makbulkan.

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Allahu akbar.

1622264_10208514636126939_7072058847292592847_n