Misi menjejak aurora di teruskan. Berdasarkan research, dua tempat yang tinggi kemungkinan untuk melihat aurora adalah di Abisko dan juga Tromso, Norway. Abisko merupakan salah sebuah taman negara yang tertua di Eropah. Kawasan ini memang sangat terkenal dengan aktiviti Northern Lights. Dari bandar Stockholm, kami menaiki keretapi ke Abisko. Perjalanan selama 18 jam ini tidak terasa lama dan merupakan salah sebuah memori yang sangat berharga. Sepanjang perjalanan, keretapi ini juga berhenti di beberapa bandar seperti Borden Centralisation dan Kiruna. Tiket keretapi boleh di beli secara online di SJ website. SJ merupakan operator keretapi yang terbesar di Sweden.Terdapat pelbagai kelas tiket untuk keretapi arctic circle ini. Untuk keselesaan, kami memilih couchette. Setiap couchette mempunyai 6 seats, yang kemudiannya boleh di adjust untuk dijadikan katil. Air mineral diberikan secara percuma pada setiap orang. Sistem pengangkutan di Sweden sangat punctual. Make sure datang awal ke platform 🙂

Alternatif lain untuk ke Abisko, korang boleh juga naik flight ke Kiruna, dan naik train atau teksi.

3 fakta menarik mengenai Arctic Circle Train:

  1. Sepanjang perjalanan, korang boleh nampak cottage, bandar kecil dan juga kawasan pergunungan yang dilitupi salji. Seolah-olah sama seperti dalam cerita Narnia / Frozen! Kebanyakan cottage ini dihiasi dengan Christmas decoration.
  2. Landasan keretapi ini memang direka khas supaya boleh beroperasi samaada ketika summer mahupun winter. Keretapi ini akan bergerak membelah salji tebal tanpa sebarang delay.

    Arctic Circle Train

    Arctic Circle Train

  3. Keretapi akan berhenti 15-20minit untuk bandar-bandar besar. Time ni kalau sape nak keluar bergambar, memang boleh sangat. Kami sempat main baling-baling snow semasa keretapi berhenti di Kiruna 😛

    Kiruna

    Kiruna Station

Safely arrived at Abisko Ostra Station

Safely arrived at Abisko Ostra Station

Kami tiba di Abisko Ostra kira-kira jam 10:30pagi. Tengok kiri kanan semua putih! Surprisingly, walaupun suhu -10C tapi tak sesejuk seperti di Stockholm. Guesthouse yang kami book tak jauh dari stesen keretapi, hanya 150meter sahaja. Pastikan boots yang di pakai jenis bergerigi, kalau tak memang ada possibility nak tergolek. Mengikut perbualan dengan Reception Guesthouse, kawasan ini sudah 9 bulan tidak hujan. Abisko ni sejuk kering, tidak seperti di Stockholm, sejuk berangin.

Abisko Guesthouse

Abisko Guesthouse

abosko11

Pada malamnya, kami join snowmobile aurora tour dan photography tour. Pakaian khas di berikan termasuklah boots dan gloves.

Untuk snowmobile tour, kami di bawa ke Abisko National Park pada jam 7:30malam. Suhu ketika itu mencecah -20C. Okay time ni memang tak tipu, sejuk teramat sangat. 1st pit stop, di satu kawasan lapang, tiada pokok. Hanya nampak bulan dan bintang-bintang. Kalau ikutkan, memang high chances nak nampak aurora, sebab langit cerah. Lepas tunggu 30 minit, kecewa. Masih tak nampak bayang aurora dan kami bergerak ke tempat yang lain. Tangan dah mula rasa beku, seolah-olah darah tak mengalir. Hidung pun dah start berair.

Next stop, Icelandic guide tu cakap, ‘Okay, we are going to stop for another 30 minutes. Dont go too far because we are actually standing on the river”. Semua orang freak out! Saya tanya balik, kita berdiri tepi sungai ke atas sungai? takut tersilap dengar. And yes, dia cakap ATAS SUNGAI! Tapi dia relax je boleh gelak dan explain, sungai Ábeskoeatnu ni memang dah completely beku. So tak perlu risau. Cuma dia kata kalau ada hole, ice yang dah beku ni boleh crack. Sebab cuak punya pasal, semua orang berdiri tepi snowmobile je sambil tengok langit. Kecewa lagi sebab tak nampak aurora.

Next, dah tak tahu berhenti kat mana. Kami diberi swedish fruit tea dan chocolate. Ramai yang dah tak tahan kesejukkan. Batery DSLR pun dah k.o akibat suhu sejuk melampau. Gigih check lagi suhu, -27C. Icelandic guide tu siap boleh buka gloves. Dia cakap, ni kira warm winter, tak sejuk sangat seperti selalu. Salah seorang travel buddy dah terbaring atas snowmobile sledge. Saya sendiri time tu dah berputus harap. Tak nampak aurora pun takpe. Janji boleh balik. Kaki dah mula rasa kejang.

Icelandic guide tu ajar kami cara-cara nak panas kan badan:

  1. Berdiri tegak dan lari setempat
  2. Goyangkan bahu dan tangan macam penguin

Dapat lah bertahan beberapa minit, lepas tu sejuk balik. Last stop tak pasti kat mana, still dalam Abisko National Park. Tunggu hampir 30 minit di kawasan lapang. Kecewa teramat sangat sebab tak nampak aurora. Time tu memang dah redha. Takpe lah takde rezeki agaknya. Dapat balik dengan selamat pun dah cukup bagus. Kami pulang ke guesthouse dengan perasaan yang agak kecewa. Balik bilik terus berlari cari heater!

Pengalaman yang berlainan pula untuk yang join Photography tour. 4 orang rakan travel kami terpaksa meminum air salji yang sudah dipanaskan. Nak taknak, terpaksa la minum sebab terlalu sejuk!

Pada tengah malamnya, rezeki 2 travel buddy nampak bayangan aurora di langit, tapi sebab dah terlalu sejuk dan tak larat, tak sempat nak snap gambar. Rupanya aurora muncul betul-betul di belakang guesthouse. Time tu yang lain dah nyenyak tidur 😛

Abisko Guesthouse

Abisko Guesthouse

Pagi di Abisko

Pagi di Abisko

Keesokkan harinya, kami bergerak menuju ke Narvik dan seterusnya Tromso. Memandangkan kami mengejar masa, kami menaiki teksi untuk ke Narvik, Norway. Perjalanan dari Abisko ke Narvik hanya sejam setengah. Sampai di border, tak perlu turun kereta. Boleh cross je tanpa sebarang halangan.

Dalam perjalanan dari Abisko ke Narvik

Dalam perjalanan dari Abisko ke Narvik

Sampai di Narvik, terus beli tiket bas untuk ke Tromso. Boleh naik bas no 100, harga tiket 315NOK/person. Kami tiba di bandar Tromso agak lewat. Malam tu hanya jalan-jalan sekitar Hotel, sambil kepala dongak ke langit. Kecewa level maksimum, masih tak nampak aurora.

Malam esoknya, kami book tour di salah sebuah hostel di Tromso. Mengikut perbincangan dengan anak owner hostel, Robin, dia dah janji akan bawa hunting sampai jumpa aurora. Tak kira lah jika terpaksa drive hingga ke Sweden atau Finland.

Kami menaiki 1 van yang di pandu oleh Robin menuju ke utara Tromso. Lepas 10 minit, Robin cakap signal aurora tak berapa kuat di kawasan utara. Sebab time tu kami nampak beberapa bas northern light tour berpatah balik ke bandar Tromso. Seterusnya kami bergerak ke pulau bersebelahan dengan Tromso. Time tu memang dah tertido-tido dalam van. Tiba-tiba van berhenti, dan dia cakap kita try tunggu kat sini. Semua kelam kabut tengok langit, tapi memang time tu tak nampak apa. Robin turun setup kan tripod dan DSLR. Tadaaaaa dia tunjuk gambar aurora! Mengikut katanya, signal aurora tak berapa kuat sebab tu tak nampak dengan mata kasar. Beberapa shot diambil menggunakan DSRL dan Olympus mirrorless camera. Pakai iphone pun boleh tapi tak berapa clear. Dan paling penting, WAJIB BAWA TRIPOD.

510364_506417_1451524988736

Aurora Borealis

510364_506417_1451525062805

Aurora Borealis

510364_506417_1451525067868

Aurora Borealis – weak signal

510364_506417_1451540046384

Aurora Borealis

510364_506417_1451540069205

Aurora Borealis – gopro hero4 black edition

Lokasi kami jumpa aurora

Lokasi kami jumpa aurora

Sambil layan tengok aurora, Robin buatkan ungun api. Lepak di sana beberapa jam sebelum dihantar pulang ke hotel. Mission accomplished!

7 Tips Jejak Aurora:

  1. Pilih tour yang akan bawa naik van/jeep. So dia lebih kepada hunting bukan waiting.
  2. Aurora ni suka bergerak-gerak. Dia akan stay less than 5 minutes, lepas tu hilang. Standby siap-siap setting camera dan tripod.
  3. Bila cuaca terlalu sejuk, segala batery akan cepat drain. Prepare extra batery dan juga warm patch. Boleh beli kat daiso
  4. Pakai pakaian yang sesuai. Jacket dan boots waterproof. Kalau boleh yang ada hoodie, untuk elak sejuk melampau di kepala. Glove pun kalau boleh jenis waterproof + leather. Stokin wool, please avoid cotton material.
  5. Jangan set expectation terlalu tinggi. Aurora ni natural phenomenon. Jadinya, kemunculannya memang tak dapat nak dipastikan bila dan di mana.
  6. Elak tempat bercahaya. Pergi ke kawasan lapang, gelap dan jauh dari light pollution. Senang cerita, keluar dari bandar
  7. Check aurora forecast. So that boleh agak kat mana dia punya active activities.
US!

Mission accomplised! Dec 2015 🙂

*Pic credit to all travel buddies especially to Kak Jay & Safrul (Aurora Pic)
Team A:
Ayu, Vee, Hani, Shilla, Jay, Zar, Safrul & Ismail

Official Sponsor:

Ibu Sambal by Sajian Masdar (En Charlie)

Ibu sambal - precook sambal

Ibu sambal – precooked sambal

 

p/s: mengikut kajian, tahun 2016 merupakan tahun yang terakhir untuk lihat northen lights sebelum dijangka akan muncul semula pada tahun 2024. Ada yang berminat nak join untuk trip hujung tahun?