Setiap tempat mempunyai keunikkan yang tersendiri. Sama juga seperti Balkan. Dari penilaian peribadi, Balkan merupakan syurga dunia bagi pencinta alam. Terlalu banyak tempat-tempat yang menarik, kurang diterokai, dan yang paling penting, bebas pencemaran. Kali ni, kami akan share 10 Tips PENTING yang perlu di ambil kira, sekiranya ingin ke Balkan :

IMG_3364

sumber ehsan google

 

  1. Tentu kan start dan end point. Antara negara-negara yang boleh di jadikan titik permulaan adalah Turkey, Hungary, Greece dan Croatia. Kalau nak jimat masa, boleh cuba beli tiket multiple city. Mulakan trip dari Istanbul, dan pulang ke Malaysia dari Athens, Greece. Kalau kena nasib, boleh dapat tiket Emirates KL-Istanbul + Athens – KL  dalam lingkungan RM2,700.
    6908769a6ac47c5c6a93387976abd962

    Boleh cuba untuk naik Pegasus air, sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang menghubungkan Istanbul – Sarajevo

     

  2. Cari ‘tourist information counter’ untuk ambil risalah, peta dan juga maklumat terperinci dan terkini mengenai negara tersebut. Walaupun sebelum pergi travel kita dah buat ‘research’, tapi kadang-kadang maklumat yang kita dapat tu dah ‘out-dated’. Kalau tak jumpa tourist information center, boleh try pegi mana-mana travel agency atau hostel di negara yang di lawati.

    9

    instead of tourist information center, kami terus approach local people. hehe

  3. Fahami budaya, adat dan sensitiviti negara yang ingin dikunjungi. Contoh seperti di Bosnia, rakyatnya kurang gemar bercerita tentang perang yang berlaku pada tahun 1993. Ianya seolah olah menjadi sejarah hitam yang sebolehnya mereka ingin lupakan. Elakkan daripada membincangkan atau bertanya hal2 yang sebegini 🙂
    11903841_515883781901314_8848512570900252080_n

    Batu ‘Don’t Forget ’93’ ini terletak di pintu masuk sebuah kedai di Mostari Bridge, Bosnia

     

  4. Tiket bas dan ferry bagi perjalanan jauh, mestilah di beli sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh perjalanan. Frekuensi bas di sana amat sedikit. Seperti Kotor, Montenegro ke Skopje, Macedonia hanya 1 bas sahaja untuk sehari. Manakala ferry dari Athens ke Santorini hanya ada 2 kali sehari. Untuk tiket intra-city, beli tiket harian atau kad topup (macam touch go). Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan juga menjimatkan masa. Pengangkutan awam di Balkan tidak seperti di Negara-Negara Europe yang lain. Pastikan korang ada ‘buffer’ / stay at least 1 malam di sesebuah bandar, sebelum meneruskan perjalanan ke bandar yang lain.

    tiket blue star ferries boleh di beli secara online. harga di kaunter sama sahaja seperti online

    tiket blue star ferries boleh di beli secara online. harga di kaunter sama sahaja seperti online

  5. Kalau sesat, jangan panic. Bertenang dan cuba untuk cari penyelesaian. Salah satu caranya adalah download offline map sebelum travel.
    maps

    contoh apps offline map

     

  6. Standby duit Euro dan USD. Dan tukar di mana-mana money changer di negara Balkan. Agak sukar untuk mencari matawang negara Balkan di Malaysia.

    rupa bentuk syilling Croatian kuna seakan-akan syilling Malaysia

    rupa bentuk syilling Croatian kuna seakan-akan syilling Malaysia

  7. Bawa bekalan makanan seperti maggi mee, atau makanan segera sebagai backup sekiranya tak jumpa kedai halal. Di antara negara yang sukar untuk kami cari makanan halal adalah Croatia dan Montenegro.
    ibusambal

    bawa sambal kadang-kadang sangat berguna. boleh masak macam-macam. jemu juga kalau 2 minggu nak telan maggi mee

     

  8. ‘Beware of pick pockets’ terutamanya ketika berada di Athens. Kadar jenayah di bandar Athens agak tinggi, ini di sebabkan keadaan ekonomi yang kurang stabil. Kami bernasib baik kerana tiada kecurian berlaku sepanjang pengembaraan kami.
  9. Hujung minggu di Istanbul sangat sesak dan padat! Kebanyakkan rakyat Turkey gemar menghabiskan hujung minggu di Istanbul. Seeloknya cuba untuk tidak pergi ke Istanbul waktu-waktu sebegini.

    1

    Keaadaan di Spice Bazaar. good luck semua 😛

  10. Memandu dari Sarajevo ke Mostar. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui gunung-gunung, tasik dan beberapa bandar kecil yang cantik seperti Konjic. Pilihan kedua, boleh cuba untuk naik keretapi. Tiket boleh di beli di stesen keretapi Sarajevo. Frekuensi keretapi adalah setiap 2 jam, bermula dari pukul 6pagi.
11015477_470106133145746_6054451486868225853_n

gambar wajib di mostar, bosnia