Perjalanan dari Kotor, Montenegro ke Skopje, Macedonia agak jauh. Ianya memakan masa kira-kira 14 jam! Bas yang kami naik ini berhenti di beberapa bandar seperti Budva, Podgorica sebelum meneruskan perjalanan ke Skopje. Keadaan jalan di Balkan memang sinonim dengan bengkang bengkok dan berbukit. Kami melalui jalan yang hanya ada 2 lane, tiada highway. Tiket bas ke Skopje perlu di beli lebih awal, sebabnya, bas yang disediakan amat limited.

Jadual bas yang berlepas dari stesen bas Kotor, Montenegro

 

kotor to skopje

Montenegro – Kosovo – Macedonia

Tidur 5 kali pun tak sampai-sampai lagi. Kami di kejutkan ketika ingin cross border, Montenegro-Kosovo. Sementara tunggu passport di cop, kami sempat la gaduh-gaduh manja. Salah seorang kawan kami kata kat luar tingkap tu salji. Lagi sorang pulak tak percaya. Agak pelik jugak la sebab kami pergi ketika musim bunga, mana datang nya salji pulak kan. Tapi, bila tengok betul-betul, memang Salji!

Rupanya time sedap tidur tadi, bas ni lalu kawasan pergunungan. Dan immigration office terletak di puncak Gunung! Time tu rasa sedikit gementar. Sebab condition jalan tidak berapa baik, dan juga sempit.

Selesai sesi cop passport, perjalanan di teruskan. Malam yang pekat, dingin. Tiada kenderaan lain di atas jalan. Masing-masing terdiam kelu sebab nervous tengok cara pemanduan driver bas. Saya sendiri tak berhenti berdoa agar kami semua selamat. Check handphone takde signal. Setelah hampir 1 jam, baru lah boleh menarik nafas lega. Bas sudah berada di kaki gunung menuju ke jalan yang agak mendatar. Pheww…

Apa lagi, sambung la tidur…..

Kira-kira jam 7 pagi, kami memasuki bandar Skopje. Bandar yang tidak begitu sibuk, dan tenang. Perkara yang pertama sekali kami buat setibanya di Skopje Bus Terminal adalah… basuh muka. hehe… Lepas makan ala kadar, kami terus ke kaunter bas untuk beli tiket ke Thessaloniki. Hanya ada 2 bas yang berlepas ke Thessaloniki dalam sehari, iaitu bas pagi dan bas petang. Kami beli tiket untuk bas petang, hari yang sama.

Next, kami plan nak ke Lake Matka. The easiest way nak ke sini adalah dengan naik teksi. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari bandar skopje. Tambang untuk 1 teksi (return) lebih kurang dalam €25. Teksi di bas terminal sangat banyak, pilih sahaja mana yang berkenan.

Sampai je di Lake Matka, terus rasa hilang penat! SubhanAllah, cantik sangat! Highly recommended untuk pencinta alam. Memang peaceful sangat tempat ni.

macedonia 8

Lake Matka

1st activity adalah……makan! Bila cuaca sejuk, memang asyik cepat lapar. Kami order air dan juga sup ikan. Mula-mula kononnya nak cover line bukak bekal maggi goreng, last-last malas nak cover dah. Sambil makan, sambil layan permandangan, dan paling penting, layan wifi 😛

11258105_472684372887922_6893004888081902496_n

Sup ikanggg.. di hidangkan dalam periuk

Antara aktiviti yang menarik kat sini adalah caving, kayaking, trekking dan diving. Kat sini juga ada hotel & restaurant. Kami sempat bersembang dengan orang yang bawa bot, mengikut katanya, tak ramai pelancong dari Malaysia yang datang ke sini.

Kalau ada yang berminat untuk hiking, boleh juga hiking ke atas. Memang ada hiking trail di sediakan. Tapi di sebabkan kami semua sayang energy (malas padahal..hehe), kami sewa bot untuk melihat sekitar Lake Matka dan juga masuk gua.

macedonia 3

Sekitar jeti

 

macedonia 4

Restaurant di tepi tasik

 

macedonia

Gambar sekitar tasik

 

Caving di Matka Canyon

11262508_472684429554583_6492462782120332138_n

Caving di Matka Canyon

Selasai boat tour, kami terus bergerak balik ke Bandar Skopje. Driver teksi yang sama tadi, drop kan kami di salah sebuah masjid di Old Bazaar. Sementara yang lelaki-lelaki ni solat jumaat, kami yang wanita ni berehat di tepi masjid.

 

11224488_472684502887909_8628953993527427813_n

Sekitar Masjid

macedonia 7

Masjid di Old Bazaar, Skopje

Khutbah jumaat dalam bahasa albanian. Jadi nya memang tak faham la 😛

Habis je solat, kami jalan-jalan buang masa di Old Bazaar. Banyak souvenir yang di jual di sini dengan harga serendah Euro 1/fridge magnet. Kami berhenti untuk lunch di salah sebuah restaurant bosnian. Harga 1 meal di restaurant ini sangat lah murah. Lepas makan, kami tahan teksi untuk ke bas terminal. Teksi di Skopje tidak terlalu mahal, yang penting, sebelum naik pastikan dulu tanya harga dan juga tanya sekiranya teksi tersebut menggunakan meter atau tidak.

Old Bazaar, Skopje (Gambar ihsan Google)

Old Bazaar, Skopje (Gambar ihsan Google)

 

Kami menaikki bas ke Thessaloniki pada pukul 4 petang dan tiba dalam pukul 8 malam.